Keseronokan Di Resorts World Genting Bersama Sesame Street Live
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Kalau sebelum ini, Budak Pacak ada promosikan Sesame Street Live, kali ini Budak Pacak berkesempatan melihat Sesame Street Live di Genting International Show Room, Resorts World Genting.
Bertemakan The Sesame Street Live - Elmo Makes Music , rancangan yang telah bersiaran selama 45 tahun ini telah menghiburkan para hadirin dengan 16 lagu kenangan sepanjang zaman rancangan ini.
Dalam berhibur kita mendidik, ramai juga ibubapa yang mengambil kesempatan ini membawa anak - anak dan keluarga melihat persembahan yang julung kali diadakan ini. Sesame street pula memang sangat sesuai untuk ditonton kerana setiap lagunya diterapkan unsur - unsur pendidikan.
Antara lagu - lagu yang dipersembahkan adalah The Sesame Street Band, Abby' Song , Elmo's World dan banyak lagi. Yang pastinya kanak - kanak pasti sukakannya.
Dengan tiket berharga RM 88 ke atas , buat ibubapa yang berhajat untuk membawa keluarga ke sana masih lagi berkesempatan sehingga 3 Januari 2015. Dibuka setiap hari bermula 5.30 petang kecuali pada hari selasa, buat ahli Genting Rewards korang boleh dapatkan diskaun 15 peratus bagi setiap tiket. Bagi setiap hari jumaat dan sabtu pula, persembahan akan bermula pada jam 2 petang.
Jadi tunggu apa lagi, cuti sekolah inilah masa untuk bersama keluarga. Apa kata ambil peluang lihat sendiri Sesame Street Live di Resorts World Genting
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03 - 6101 1118
p /s ; Suka tengok Cookie Monster
No comments:
Post a Comment