Total Pageviews

Sajian Terbaik Dari B's Restaurant | Hotel Pullman Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !


Kalau perasan lately ni asyik blogpost jom makan je enn ? Minta maaf yer cuci mata korang semua dengan gambar makanan yang enak semuanya, hehehe...

Kali ini masih lagi blogpost segmen jom makan dan kali ini kita terjah B's Restaurant Pullman Putrajaya Lakeside yang menjanjikan aneka sajian terbaik disini .

Cakap pasal Hotel Pullman Putrajaya , terbayang kecantikan 'The First Premier Malaysian Icon Hotel' ini. Tak cukup dengan gelaran itu,salah satu restoran mereka, B's Restaurant menyediakan makanan Autentik Asia dan Barat yang terbaik demi menangkap selera para pengunjung. 



kredit : B's Restaurant

Kredit : Ahmad Fauzi Aryaan

Pertama kali datang ke B's Restaurant, terpaku dengan dekorasi restoran ini yang boleh menempatkan 170 orang dalam satu masa.



 Paling menarik adalah dapur kayu untuk membakar roti dan pizza yang dibakar panas khas untuk pelanggan . 

Tak cukup dengan itu, aneka makanan barat yang segar turut disediakan disini. 






Korang dessert lover? Sini adalah tempat untuk korang menikmati aneka pencuci mulut yang terdapat hampir 30 pilihan yang disediakan setiap hari , 








Kemudahan disini memang mesra pelanggan. Buat korang yang ada keluarga ataupun inginkan privasi seperti makan bersama client atau rakan sekerja, ada ruangan khas yang disediakan mengikut pilihan korang. 




Korang juga boleh makan ruangan luar restoran ini sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan Tasik Putrajaya . 

Kalau datang ke Putrajaya, jangan lupa untuk ke B's Restaurant ye ! Sebab setiap sajian pasti membuatkan korang untuk datang ke sini lagi 

Terima kasih kepada B's Restaurant , Hotel Pullman Putrajaya dan Asia Horizon Magazine kerana sudi menjemput Budak Pacak kesini. 

B's Restoran, Hotel Pullman Putrajaya
Pullman Putrajaya Lakeside
No.2, Jalan P5/5, Presint 5
62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Tel. +60 (3) 8890 0000 
Email : info@pullmanputrajaya.com
 p /s  : teringin nak bermalam di Pullman Putrajaya, hehehe ..