Total Pageviews

Sajian Segar Dari Kontiki The Federal Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! 

Jom Makan kali ini, Budak Pacak nak bawakan korang ke KontikiThe Federal Hotel yang terletak di Jalan Imbi bersebelahan dengan Plaza Low Yard. 


 Cakap pasal The Federal Hotel, tahu tak hotel ini merupakan hotel yang tertua di Kuala Lumpur yang telah berusia 57 Tahun, sama dengan tahun kemerdekaan negara .

Bersempena dengan wajah baru Kontiki, Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain telah dijemput untuk membuat 'food review' disini. Cakap pasal kontiki , korang tau ke Kontiki tu apa ? 

yang kuning tu la kontiki. kredit gambar : Hazman Fadzil 


Sebenarnya nama kontiki diambil bersempena rakit  yang digunakan oleh penjelajah Norway pada tahun 1947 . Di sini, terdapat dua ukiran kontiki yang melambangkan kegembiraan sekaligus menjanjikan kepuasan bagi setiap pengunjung. 







Sajian Segar ? Betul tu, pertama kali datang kesini, mata Budak Pacak terpaku pada pelbagai jenis makanan yang dibuat segar seperti Udang Harimau , Udang Galah, Tiram, Salad, Sate dan banyak lagi!





Aneka Salad 




Aneka Makanan Tempatan 










Aneka BBQ 







Aneka Pencuci Mulut








Kalau nak sebut semua memang tak habislah. Tapi antara yang menjadi tarikan utama disini adalah itik peking, aneka BBQ dan juga aneka makanan laut. 

hidangan Pasifik Selatan seperti Ika Rimurimu ( fillet ikan yang telah direbus dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding),Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar dihidangkan dengan ubi keledek panggang), Reme Tapatapahia (panggang dihidangkan dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter (makanan laut goreng dengan buah-buahan salsa dip) turut menjadi kegemaran ramai

Makanan disini memang sedap belaka, ditambah pula sebagai 'menu penamat' , kami dihidangkan teh tarik yang menjadi 'all time favourite' rakyat Malaysia 



kredit gambar : Hazman Fadzil 



Terima kasih Kontiki The Federal Hotel kerana menjemput kami. Buat korang yang ingin ke sini atau ingin membuat tempahan, butirannya adalah seperti berikut 

Harga 
Buffet Lunch Isnin - Jumaat
RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak

Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad
RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak
KONTIKI RESTAURANT @ THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Laman web : www.fhihotels.com
                     : www.kontiki.com.my
Tel                : 03 - 2148 9166
Fax               : 03 - 2148 2877

p /s  :terima kasih juga kepada Saudara MahaMahu, hehehe 

2 comments:

Hafiz Hafizol said...

sedapnya ...


menangis depan laptop.

Luqman Zakaria said...

jenuh nak pilih makanan..bayk benau!!hehe