Sajian Segar Dari Kontiki The Federal Hotel
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Jom Makan kali ini, Budak Pacak nak bawakan korang ke Kontiki, The Federal Hotel yang terletak di Jalan Imbi bersebelahan dengan Plaza Low Yard.
Cakap pasal The Federal Hotel, tahu tak hotel ini merupakan hotel yang tertua di Kuala Lumpur yang telah berusia 57 Tahun, sama dengan tahun kemerdekaan negara .
Bersempena dengan wajah baru Kontiki, Budak Pacak dan rakan - rakan blogger yang lain telah dijemput untuk membuat 'food review' disini. Cakap pasal kontiki , korang tau ke Kontiki tu apa ?
Sebenarnya nama kontiki diambil bersempena rakit yang digunakan oleh penjelajah Norway pada tahun 1947 . Di sini, terdapat dua ukiran kontiki yang melambangkan kegembiraan sekaligus menjanjikan kepuasan bagi setiap pengunjung.
yang kuning tu la kontiki. kredit gambar : Hazman Fadzil
Sebenarnya nama kontiki diambil bersempena rakit yang digunakan oleh penjelajah Norway pada tahun 1947 . Di sini, terdapat dua ukiran kontiki yang melambangkan kegembiraan sekaligus menjanjikan kepuasan bagi setiap pengunjung.
Sajian Segar ? Betul tu, pertama kali datang kesini, mata Budak Pacak terpaku pada pelbagai jenis makanan yang dibuat segar seperti Udang Harimau , Udang Galah, Tiram, Salad, Sate dan banyak lagi!
Kalau nak sebut semua memang tak habislah. Tapi antara yang menjadi tarikan utama disini adalah itik peking, aneka BBQ dan juga aneka makanan laut.
hidangan Pasifik Selatan seperti Ika Rimurimu ( fillet ikan yang telah direbus dengan sos rumpai laut dihidangkan dengan kentang puding),Mitikau Stew (kiub daging lembu rebus dengan sayur-sayuran akar dihidangkan dengan ubi keledek panggang), Reme Tapatapahia (panggang dihidangkan dengan sos epal pudina) dan Kaimoana Platter (makanan laut goreng dengan buah-buahan salsa dip) turut menjadi kegemaran ramai
Makanan disini memang sedap belaka, ditambah pula sebagai 'menu penamat' , kami dihidangkan teh tarik yang menjadi 'all time favourite' rakyat Malaysia
kredit gambar : Hazman Fadzil
Terima kasih Kontiki The Federal Hotel kerana menjemput kami. Buat korang yang ingin ke sini atau ingin membuat tempahan, butirannya adalah seperti berikut
Harga
Buffet Lunch Isnin - Jumaat
RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak
Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad
RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak
Buffet Lunch Isnin - Jumaat
RM88.00 ++ Dewasa
RM48.00 ++ Kanak-kanak
Buffet Dinner Isnin -Khamis & Ahad
RM98.00 ++ Dewasa
RM58.00 ++ Kanak-kanak
KONTIKI RESTAURANT @ THE FEDERAL KUALA LUMPUR
Laman web : www.fhihotels.com
Tel : 03 - 2148 9166
Fax : 03 - 2148 2877
p /s :terima kasih juga kepada Saudara MahaMahu, hehehe
2 comments:
sedapnya ...
menangis depan laptop.
jenuh nak pilih makanan..bayk benau!!hehe
Post a Comment