Makanan Popular Rusia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Korang suka makan? Selalu cuba makanan yang lain dari yang lain? Kalau ya samala kita, geng !! hehehe...
Baru - baru ini, Budak Pacak telah dijemput oleh Destination Malaysia dan Kedutaan Rusia untuk mencuba sendiri makanan popular Rusia di Russian Centre for Science and Culture yang terletak di Jalan Ampang.
Bagi Budak Pacak sendiri ini adalah kali pertama mencuba makanan tradisi masyarakat Rusia. Sebelum nak cuba tu, tengok tekstur makanan pun dah terliur . Oh ya, mereka disini sudah tahu sensitiviti Masyarakat Malaysia terutamanya bagi beragama Islam. Jadi makanan yang disediakan untuk kami semuanya halal ye kawan - kawan.
Jad izinkan Budak Pacak perkenalkan makanan - makanan Rusia yang popular ini. Siap sedia semua jangan sampai terliur, kehkehkeh...
Apa macam ? Tergugat tak ? Haa.. serious cakap makanan Rusia ni sedap belaka sampai tambah dua kali yer. Budak Pacak yang tak berapa gemar makan terung pun terus jadi suka dengan terung. Memang sedap!!
Disana, kami bukan sahaja dijamu dengan makanan tradisi Rusia, malah kami turut dipersembahkan dengan dua tarian tradisional Rusia. Tak sangka pula tengah khusyuk tengok dorang menari, sekali kena tarik menari sekali daaa....
Perkenalkan Polina, yang pernah mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012
Apapun pengalaman datang dan berkenalan dengan mereka di Kedutaan Rusia ini memang antara yang terbaik Budak Pacak dapat dalam tahun 2014.
Terima kasih diucapkan kepada Destination Malaysia dan Kedutaan Malaysia atas jemputan dan pengalaman yang berharga ini
p / s : 2014 Best Moment
4 comments:
Makin lama, aku tengok kau makin sihat la .. share rahsia menternak lemak sikit.. kehkeh
wow! sedapnya! looks so yummy. sekarang boleh lah main ke kedutaan russia dulu, but next, semoga bisa traveling to russia! :)
terujanya... laparnya
wah! macam best jerk
Post a Comment