Total Pageviews

Majlis Penghormatan Ulangtahun ke - 100 Peperangan Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 



100 Tahun yang lepas, kapal Rusia, Zhemchug berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang yang ketika itu Malaya berada dalam jajahan British . Pada jam 4 pagi,  28 Oktober 1914 Kapal Jerman , SMS Emden yang telah diketuai oleh Kapten Karl von Mueller telah menyerang pelabuhan tersebut dengan mengebom Kapal Rusia, Zhemchug .



Zhemchug yang hanya mampu melepaskan satu torpedo gagal mempertahankan diri apabila dibedil oleh SMS Emden yang turut memusnahkan kapal Perancis, Mousquet

Dalam kalangan 250 orang anak kapal Zhemchug , seramai 88 orang telah terkorban manakala 121 orang telah tercedera. Kelasi Rusia yang telah diselamatkan oleh nelayan tempatan telah menjadi titik persahabatan antara Rusia dan Malaya .  



Sebagai rekod, 12 orang yang terkorban telah disemadikan di Pulau Pinang termasuk 2 orang di Pulau Jerejak.manakala selebihnya telah disempurnakan di Tanah Perkuburan Western Road



Sebagai memperingati peristiwa tersebut, Kedutaan Besar Persekutuan Rusia di Malaysia mengajak korang ke Majlis Penghormatan Ulangtahun ke - 100 Peperangan Pulau Pinang dimana korang berpeluang lihat sendiri bagaimana upacara ini dijalankan. 

Setiap tahun, Kedutaan Rusia di Malaysia akan mengadakan majlis penghormatan sempena Peperangan Pulau Pinang sebagai tanda menghargai jasa baik rakyat Malaysia yang pernah satu ketika menyelamatkan kelasi Rusia yang hampir lemas.


Tidak hairanlah, semakin ramai pelancong dari Rusia dating ke Malaysia terutama semasa cuti musim sejuk. Selepas melawat Pulau Pinang, mereka akan meneruskan percutian ke Pulau Langkawi. Selain destinasi utara Semenanjung Malaysia, pelancong Rusia juga tertarik dengan keindahan di Sabah dan Sarawak. 

Khabarnya kapal ' Russian Cruiser Moskva ' akan turut berlabuh di Pulau Pinang 28 Oktober ini sebagai simbolik memperingati majlis penghormatan ini . Budak Pacak pun Insyallah akan berada di sana. Jadi ampa yang dok Penang tu , pakat mai noh lepas tu ampa bawa cheq pi ronda..kehkehkeh ..

p /s : Terima kasih Kedutaan Besar Rusia dan Destination Malaysia atas jemputan ini 


No comments: