Ice Age Adventure Kini Di Resorts World Genting
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh Resorts World Genting bagi merasai sendiri pengalaman dalam Ice Age Adventure yang kini berada di Resorts World Genting
Malangnya disaat - saat akhir, Budak Pacak tak dapat sertai kerana ada hal kecemasan yang tak dapat dielakkan.Namun begitu, Budak Pacak tetap menulis entry ini sebagai tanda sokongan kepada Resorts World Genting dan bagi memberi gambaran yang korang wajib bawa keluarga merasai sendiri di dalam Ice Age Adventure
Menjanjikan pelbagai keseronokan dan hiburan yang bakal diperolehi, dengan harga sebanyak RM 20.00 korang bakal merasai sendiri pengalaman yang berbeza tatkala masuk ke 3 zon yang diberi nama Ice Age Theater, Ice Age Playground dan Ice Age Meet-and-Greet yang merangkumi pelbagai aktivit yang menyeronokkan . Buat mereka yang bekeluarga terutamanya, sangat sesuai untuk kesini
Ice Age theater bakal mengimbau kembali keseronokan jalan cerita ini melalui tayangan video pendek adegan filem Ice Age yang terbaik . Sebanyak 12 masa tayangan diwujudkan selama 30 minit bermula dari 10.15 pagi sehingga 9.15 malam.
Bagi mereka yang sukakan lasak, Ice Age Playground bakal membentuk kreativiti dan imaginasi setiap pengunjung apabila memasuki zon 2D die-cut displays, 3D street art element dan mirror illusion.
Akhir sekali adalah .Ice Age Meet-and-Greet . Setiap pengunjung berpeluang berjumpa, berhibur dan bergambar bersama watak animasi Ice Age seperti Sid the sloth, Scrat and Diego di kawasan lapang yang diterangi lampu spotlight dan irama muzik groovy Continental Drift.
Bila ke sini dapatkan Cool Ice Age Adventure limited edition atau menangi cabutan bertuah limited edition Twentieth Century Fox World premiums yang akan diadakan pada penghujung Oktober ini
Ice Age Adventure akan berada disini sehingga 26 October 2014, Jadi jangan lepaskan peluang untuk luangkan masa bersama keluarga atau rakan di Resorts World Genting
Untuk maklumat lanjut layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-6101 1118.
p /s : Rindu zaman kanak - kanak
4 comments:
ok teruja nk join.. hehe
Fine!
#TakHajak
#Sentap2Tahun
Singgah entry saya gak ye. TQ
@zulhilmitempoyakjoin la yer hehehe
@Rawlins GLAMnanti kite ajak la yee
Post a Comment