AirAsia Caterham Meet And Greet Session
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh AirAsia untuk ke acara AirAsia Caterham Meet And Greet Session di Asian Aviation Centre of Excellence. Kalau nak tahu ini adalah salah satu aktiviti AirAsiaBloggerCommunity (AABC) .
Bila dapat email je terus 'reply Yes' mana tidaknya, acara ini telah membawa Zulfahmi Khairuddin Ongetta-AirAsia , Johann Zarco dan Ratthapark Wilairot lebih dekat kepada AABC dan media yang hadir.
Tambah pulak, Budak Pacak memang minat dan kagum dengan bakat Zulfahmi Khairuddin ni , jadi kiranya bila dapat peluang 'Meet and Greet' ni impian tercapai la..Terima kasih AirAsia !
Zulfahmi Khairuddin yang baru berusia 23 Tahun ini telah mencipta nama sebagai pelumba kedua dari Malaysia selepas Shahrol Yuzi yang sertai World Championship. Zulfahmi juga mencatat rekod tersendiri apabila terpilih dalam wildcard tempat yang ke 20 di Malaysian GP pada tahun 2009
Pasukan : Ongetta-AirAsia
Motor : Honda
Tarikh Lahir : 20/10/1991
Umur : 23 Tahun
Berat :57 Kg
Tinggi : 168CM
Gelaran Dunia :
- 2009 : 1st start in 125cc World Championship
- 2010 : 24th 125cc World Championship
- 2011 : 18th 125cc World Championship
- 2012 : 7th Moto3 World Championship
- 2013 : 12th Moto3 World Championship
Pada sesi meet and greet juga, pihak AirAsia telah berbesar hati untuk menghadiahkan pass masuk ke Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix kepada seorang yang bertuah.
Dan orang yang bertuah tu blogger Eazy Izzuddin, Untung tuan badan ye, rezeki harijadi la katakan hehe..
Buat korang yang minat dengan dunia permotoran ni, jangan lupa untuk sokong Zulfahmi Khairuddin di Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix pada 23, 24 dan 25 Oktober ini di Litar Sepang !
p/s : Cuba teka nama Budak Pacak ni diambil sempena dengan apa? kehkehkeh
2 comments:
wah syok jumpa zulfahmi live
Sebaya aku siot si Zulfahmi ni!
Post a Comment