TS Day Out : Escape Room
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Dah bosan dengan aktiviti yang menjadi kebiasaan ? Sukakan cabaran ? Ingin cuba aktiviti yang memerlukan korang berfikir tahap Einstein ?
Kalau semua jawapan adalah " Ya " , korang patut mencuba Escape Room yang telah menjadi fenomena satu dunia dengan mencatat angka 1,000,000 peminat di seluruh dunia.
Baru - baru ini bersempena TS Day Out , Escape Room Bandar Botanic Klang telah menjadi pilihan lokasi kali ini. Jadi ini adalah #TSDayOut yang kedua bagi Budak Pacak selepas #TSDayOutParadiseValley tempoh hari.
Terima kasih Tourism Selangor kerana menjemput Budak Pacak ! Buat yang pertama kali baca mengenai #TSDayOut ni, mesti terfikir apa itu #TSDayOut?
TS Day Out aktiviti yang memperkenalkan produk pelancongan selangor!
TSDayOut adalah singkatan bagi Tourism Selangor Day Out yang merupakan satu kempen yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor.
Selain pengamal media seperti blogger dan rakan media yang lain, selebriti tanah air turut dijemput bagi memeriahkan setiap kali TS Day Out diadakan. Apa yang Budak Pacak perhatikan setelah masuk ke semua aktiviti Tourism setiap negeri, Tourism Selangor antara yang teraktif menganjurkan pelbagai acara. Tahniah Tourism Selangor!
Selain pengamal media seperti blogger dan rakan media yang lain, selebriti tanah air turut dijemput bagi memeriahkan setiap kali TS Day Out diadakan. Apa yang Budak Pacak perhatikan setelah masuk ke semua aktiviti Tourism setiap negeri, Tourism Selangor antara yang teraktif menganjurkan pelbagai acara. Tahniah Tourism Selangor!
Macam mana nak sertai TS Day Out? 1
'00 1,000,0
Soalan ini sering diajukan rakan - rakan terutamanya rakan blogger. Macam mana nak sertai TS Day Out ? Jawapannya senang saja. Okay mohon buka facebook sekarang dan like page Tourism Selangor. Setiap kali ada aktiviti anjuran Tourism Selangor, dorang akan hebahkan di page tersebut jadi tugas korang pastikan selalu alert dengan setiap hebahan, isi borang dan tunggu keputusan sama ada korang dipilih atau tidak. Mudah kan ?
Apa itu Escape Room ?
Pada 2013, Escape Room telah pun tiba di Malaysia yang merupakan 'Malaysia First Real Escape Game' Mempunyai 7 cawangannya di Malaysia, setiap cawangan mempunyai cabaran bilik yang berbeza. Diberi masa sebanyak 45 minit, setiap kumpulan yang terdiri dari 2 hingga 8 orang dalam satu kumpulan dikehendaki mencari petunjuk bagi keluar dari bilik tersebut. Dalam mencari petunjuk tersebut , peserta bakal dikejutkan dengan pelbagai rintangan , kejutan yang tidak dijangka serta 'unexpected moment' yang menanti
Escape Room Bandar Botanic Klang
Ramai yang tidak tahu bahawa di Klang juga terdapat Escape Room. Buat korang yang duduk di Lembah Klang, Shah Alam lepas ni bolehlah ke Escape Room Bandar Botanic Klang yang terletak berhadapan dengan Aeon Bukit Tinggi Klang.
Di Escape Room Bandar Botanic Klang , 7 bilik yang berlainan cabaran disediakan seperti
- Surgery Room : The Secret of Dr Malcom
- Taken : The Perfect Abduction
- Kung Fu : The Legend of The Grandmaster (Dalam Bahasa Mandarin)
- The Abandoned Factory
- Prison Break
- The Mysterious Room
- The Slaughter House
TS Day Out : Escape Room - Perang Minda antara Blogger
Okay berbalik kepada TS Day Out : Escape Room , selepas bersarapan di Kafe Nenda, kami terus bersiap untuk menghadapi cabaran yang terdapat di dalam Escape Room. Apa yang korang perlu bersedia sebelum menghadapi cabaran Escape Room ?
- Alas perut
- Pakaian yang bersesuaian
- Tidak mempunyai penyakit yang serius seperti sakit jantung atau asthma
- Persiapan fizikal dan mental
Sebelum masuk ke bilik cabaran, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Budak Pacak bersama Bella, Jessina dan Sam berada dalam satu kumpulan dan kami telah memilih The Slaughter House sebagai cabaran pertama kami.
Manakala untuk cabaran kedua kami telah memilih The Mysterious Room. Kedua - dua bilik ini adalah antara yang mencabar iaitu berada dalam tahap 4 dan 5 kesusahannya.
Dah nama pun susah, cuba teka kiteorang menang ke tak? Jawapannya mestilah.....TAK! haha jawapan untuk keluar dari bilik ni semuanya tak dijangka. Tak aci la kan kalau Budak Pacak bagitau jawapan dia dekat sini. Kalau korang nak tau, kenalah cuba sendiri baru havoc !
Corat - Coret #TSDayOutEscapeRoom
Antara muka yang terawal datang
- Budak Pacak keluar rumah sejam awal sebab ingatkan Escape Room Klang jauh. Sekali cuma 15 minit je dari Shah Alam
- Selepas dari sarapan, semua orang cari Budak Pacak, Mira Cikcit dan Pena Berkala. Takut sesat lah katakan. Tapi sebenarnya kiteorang bergambar dekat dinding bangunan belakang tu kehkehkeh..
- Kalau ada Si Kanmani ni memang habis semua orang dikacaunya.
- Semasa cabaran bilik kedua, yang berkaitan dengan nombor semuanya Budak Pacak pass dekat orang lain, Arithmophobia la katakan
- Dalam setiap bilik , akan ada satu butang untuk minta petunjuk,Petunjuk yang diberi hanya dua kali sahaja. Tapi rasanya kumpulan Budak Pacak dah guna lebih dari dua..tapi kalah juga
- Selebriti kali ini adalah Zoey yang sememangnya sukakan aktiviti lasak
- TSDayOut antara satu - satunya acara yang mengumpulkan para blogger dan media dalam aktiviti outing
- #TSDayOutEscapeRoom kali ini memberikan hadiah sebanyak RM150 seorang kepada 6 orang pemenang Instagram. Kalau sebelum ini hanya RM100. perghh!! tahniah buat para pemenang
- Hadiah RM 1000 dipertaruhkan bagi melayakkan penulisan yang terbaik memenangi kategori Blogpost terbaik
Zoey Promo TS Day Out !
Jadi itulah serba sedikit coretan Budak Pacak mengenai #TSDayOutEscapeRoom.
Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Tourism Selangor dan Escape Room Klang kerana sudi menjemput dan melayan kerenah Budak Pacak dan rakan - rakan .
Gambar - gambar cantik ni dari Nigel Low
Kepada korang yang nak terjah ke Escape Room Klang atau Escape Room yang berhampiran tempat korang ini adalah sedikit maklumat yang mungkin membantu korang. Selamat berjuang di Escape Room!!
Harga Tiket
Normal - Weekend - Public Holiday
RM 36 seorang
Offpeak
RM 32 seorang
Facebook
Twitter
Instagram
Website
Tourism Selangor
Laman Web :http://www.tourismselangor.my
1 comment:
Nampak cam best ja Escape Room ni
Never been to one
Pernah pegi Breakout kat Avenue K ja, quite similar concept la i guess
Post a Comment