Total Pageviews

Tempat Menarik Di Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Seperti yang dijanjkan pada entry yang lepas , kali ini Budak Pacak nak berkongsi dengan korang pilihan tempat menarik di Melaka .

Kunjungan Budak Pacak bersama - sama sahabat media ke Melaka berpeluang melawat ke beberapa tempat menarik disini yang wajib korang lawati , 

Kompleks Hang Tuah / Hang Tuah Center  



Ini adalah pertama kali Budak Pacak ke sini. Mengandungi 5 buah rumah yang mewakili Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekiu dan Hang Lekir , Kompleks ini adalah muzium yang menceritakan mengenai zaman kesultanan Melaka dahulu yang turut mengandungi Hikayat Lima Pahlawan Melayu terulung. 


kredit gambar : ruggedmom.blogspot.com 



Bezanya muzium ini berbanding muzium yang lain kerana pengunjung dapat mempelajari seni silat melayu secara visual !

The Stadthuys 



The Stadthuys yang terletak di tengah bandaraya Melaka dibina pada sekitar tahun 1641 dan 1656. Muzium merah yang masih kekal utuh ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.




Disebabkan landskap disini cantik gilos, maka gambar sendiri terbanyak pulak kehkehkeh..

Bayaran masuk disini pula adalah RM5 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak - kanak .

Kincir Air Kesultanan Melaka 

Kincir Air Kesultananan Melaka ini dibina pada hujung tahun 2007 dan siap sepenuhnya pada Mac 2008. 




Kincir air ini telah direkodkan sebagai yang pertama dan terbesar di Malaysia. Struktrur kincir air ini diambil dari kesenian Islam yang boleh didapati di Syria dan Lijiang , China 

Masjid Tengkera 

Masjid Tengkera yang merupakan salah satu masjid tertua di Melaka ini dipercayai dibina pada tahun 1750. 





Masjid ini pernah menjadi masjid Negeri Melaka dan digazetkan menjadi Khazanah Negara 2005. 

Muzium Baba dan Nyonya 

Disini korang boleh mempelajari dan mengetahui asal usul kaum Baba dan Nyonya datang ke Melaka. Daripada adat budaya sehinggalah ke artifak Baba dan Nyonya boleh diperolehi disini. 

perigi yang dipercayai berusia beratus tahun





Harga Tiket bagi 
Dewasa : RM 8.00
Kanak - kanak : RM 4.00 

Jonker Walk 

Selalunya kita sebut " Jong-Ker " kan ? Tapi Budak Pacak difahamkan oleh pemandu pelancong bahawa sebutan yang betul adalah " Yon-Ker" . Jonker walk ini terkenal dengan jualan barangan antik , kraftangan dan banyak lagi. 











Pada waktu malam suasana disini tersangatlah meriah dengan suara para penjual dan kilauan cahaya lampu. 

Menara Taming Sari





Dari ketinggian 80 Meter, korang boleh tengok bandaraya Melaka sejauh 5km dari menara berputar ini. Berputar selama 7 minit, menara ini boleh memuatkan 80 orang dalam satu masa. 
Harga Tiket bagi 
Dewasa : RM 20 
Kanak - kanak : RM 10 
*Potongan sebanyak 50 % bagi pemegang MyKad 

Melaka River Cruise 

Kalau tadi korang boleh tengok seluruh bandaraya Melaka melalui Menara Taming Sari , dengan Melaka River Cruise korang berpeluang melihat kecantikan bandaraya bersejarah ini.






 Mengambil masa hampir 45 minit, sepanjang perjalanan korang bakal melihat perkampuangan melayu Melaka yang dihias indah, pokok Melaka dan banyak lagi ! 

Makam Pahlawan 5 Bersaudara

Sebenarnya terdapat beberapa kawasan yang menempatkan makam Pahlawan 5 Bersaudara ini. 





Yang Budak Pacak sempat singgah adalah Makam Hang Kasturi. Dipercayai dikawasan berdekatan juga letaknya lagi 4 makam pahlawan melayu Melaka 

Melaka Nyonya Village 

Kalau datang Melaka mestilah nak cuba makanan yang menjadi identiti disini bukan ?

 Selain asam pedas Melaka dan Klebang Coconut Shake , apa kata singgah ke Melaka Nyonya Village yang menawarkan masakan asli Baba dan Nyonya.








kredit gambar nisa kay 





Masakan disini sedap gilos okay ? Bertambah - tambah kami makan. Sepanjang disini, korang bakal dihiburkan dengan persembahan kaum Baba dan Nyonya yang menjadi tarikan utama restoran ini . Memang menarik ! 

ABC Melaka 






Kalau korang berjalan - jalan sekitar Jonker Walk dan The Stadthuys , bolehlah hilang penat dan dahaga dengan pekena ABC Melaka yang terletak di tepi Sungai Melaka . Sambil - sambil hirup udara segar , lepak  santai di sini memang 'heaven' . 

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Melaka ini yang belum habis kami jelajah. Maklumlah dengan masa yang terhad belum tentu dapat pergi ke semua tempat. Apapun Insyallah, Melaka bakal kami kunjungi lagi. 

Terima kasih buat kerajaan Negeri Melaka dan Tourism Melaka kerana menerima kunjungan kami disini. 


p/s : suka tengok susunan Bandaraya Melaka 

2 comments:

Ismi Ana said...

Terbaik preview! Hari tu ana gi melaka jugak. Tapi tak masuk dalam muzium tu pun. Just menyinggah je. Rugi tak makan masakan sane. Isk!

Unknown said...

Nak buat cmni laaa entri.. mudah cara, simple & nice...hihi