Total Pageviews

Miss XES Elegant 2014/2015 : Duta XES Terbaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 



Siapa tau jenama XES ? Jenama kasut keluaran negara yang semakin popular ! Baru - baru ini Budak Pacak dan beberapa orang blogger telah dijemput oleh XES bagi melihat majlis menandatangani dan meraikan Miss XES Elegant 2014/2015  sebaga Duta XES Terbaru .

Mico Pun Chiew Yoek atau Mico yang berumur 22 tahun ini bakal  menjadi Duta XES bermula pada 1 Oktober 2014 sehingga 30 September 2015.







Dimana beliau bakal mendapat kontrak yang bernilai hampir RM 16,000.00 termasuk wang tunai RM 1,000 yang turut membawa gelaran Miss XES Elegant 2014/2015 , stok bulanan kasut dan beg dari XES yang bernilai RM 3,600.00 selama setahun. 





Selain itu, Mico juga akan dibayar RM 3,900 untuk beberapa kemunculan beliau dalam kempen pengiklanan, RM 1,000 untuk iklan TV komersial. Untuk tujuan penggambaran video pula beliau akan dibayar RM 1,500. Bertuah betul Mico ni kan ? 


bersama Mico, eh sama tinggi pulak kita sama kehkehkeh 

rakan blogger yang hadir bersama Sabrina , orang kuat XES 


Kalau korang nak tahu, gadis kelahiran Johor Bahru ni sebenarnya dah hampir 2 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan dan baru je sertai Amber Chia Modelling Academy pada May yang lalu. Jadi tahniah Budak Pacak ucapkan kepada Mico kerana menjadi Duta XES yang baru.






Terima kasih tidak terhingga juga kepada XES yang suddi memberi kami sepasang kasut dan beg untuk dibawa balik. Semoga terus sukses XES !! 

P /S : Hi Mico! Kita sebaya kehkehkeh ...