Hotel Pilihan Di Melaka
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya nak cerita kunjungan ke Melaka baru - baru ni memang betul - betul habis explore. Kalau dulu pergi time sekolah rasa macam separuh puas je. Kali ini punya memang puas !
Kenapa Budak Pacak ke Melaka? Haa, yang itu bakal diceritakan dalam entry akan datang. Jadi di kesempatan ini Budak Pacak nak berkongsi dengan korang hotel pilihan di Melaka, manalah tahu korang still blur nak buat pilihan kan ?
Bayou Lagoon Park Resorts
Rasanya ini adalah kali pertama Budak Pacak menginap di hotel yang ada lagoon park dia sendiri, Tambahan pulak dekat Melaka mesti korang tertanya dekat mana bukan ? Hotel ini terletak 15 minit dari bandar Melaka.
Konsep hotel ini adalah apartment hotel. Menawarkan hampir 565 unit bilik, korang boleh memilih untuk menginap di Studio Room, 2 bedroom apartment , 3 bedroom apartment atau 3 bedroom penthouse.
Sesuai sangatlah kalau korang yang dah berkeluarga menginap dekat sini.
Selain mini taman tema air, dekat sini juga ada teater 9D yang pertama di Melaka. Budak Pacak dah rasa semua game dekat sini, memang gempak okay! Malam tu siap ada mini game lagi dekat taman tema air yang ditempah khas untuk kami, penyudahnya esok demam kehkehkeh.

Harga Tiket masuk ke taman tema air ini adalah seperti berikut
Adult | RM 20 |
Children | RM 15 |
Senior Citizen (55 years and above) | RM 10 |
Admission is FREE for children under 3 feet tall (90cm) |
Makanan yang disediakan disini sedap gilos okay?
Korang patut cuba nasi lemak dia. Selalunya Budak Pacak kalau ke mana - mana hotel memang akan cari nasi lemak, Hantu Nasi Lemak la katakan. So far tak keterlaluan untuk Budak Pacak cakap nasi lemak Bayou Lagoon Park Resorts adalah terbaik !
Kunjungan kami baru - baru ini disana turut diadakan perasmian kad keahlian resorts ini. Jadi apa kata korang 'Sign Up' untuk dapatkan lebih banyak manfaat sebagai ahli
untuk maklumat lanjut mengenai hotel Bayou Lagoon Park Resorts ini - http://www.bayoulagoon.com.my/

Eco Tree Hotel
Kalau kotang yang nak cari hotel yang berada betul - betul di bandar Melaka, Budak Pacak syorkan Eco Tree Hotel !
Apa yang membezakan hotel ini dengan hotel yang lain ? Mengamalkan konsep kempen hijau, hotel yang bertaraf 3 bintang ini mempunyai kawasan yang free air. bermakna kawasan tersebut menggunakan sumber semula jadi.
Ruangan bilik Premier Suite
Mempunyai 166 buah bilik, bermula dari kategori Superior, Executive Deluxe, Executive Suites, Premier Suites, Studio Suites dan Family Suites, Hotel ini juga dilengkapi dengan 3 bilik mesyuarat dan kolam renang.
Menariknya mengenai hotel ini adalah mereka mempunyai ruangan untuk bersantai di Sky Deck bagi menikmati pemandangan bandaraya Melaka. menarik bukan ?
Lagi info dan untuk tempahan bilik boleh ke https://www.ecotreehotel.com
The Settlement Hotel
Hotel yang terletak di jalan Ujong Pasir betul -betul membuatkan Budak Pacak terpukau dengan konsep deko yang ada pada setiap inci hotel ini. Boutique Hotel di Melaka ini telah direka mengikut nilai sejarah dan konsepnya yang tersendiri.
Terdapat 5 bilik yang direka mengikut konsep melayu lama dan terdapat juga bilik pameran seni. Budak Pacak telah diberitahu, ada sesetengah jubin hotelnya berusia beratus tahun telah dipasang di The Settlement Hotel bagi mengembalikan nilai estetikanya.
Luxury Villa
Mempunyai 45 bilik yang terbahagi kepada 5 jenis bilik. Pengunjung boleh memilih untuk tinggal di The Settlement Suite , Junior Suite , Deluxe Room, Junior Villa atau Luxury Villa.
Penat berjalan sekitar bandaraya Melaka apakata korang manjakan diri di Tradisional Spa Village . Pasti percutian korang akan berasa lengkap di The Settlement Hotel !
Untuk maklumat lanjut mengenai The Settlement Hotel: http://www.thesettlementhotel.com/
Jadi inilah antara Hotel Pilihan di Melaka dimana setiap daripada hotel ini mempunyai tarikannya tersendiri. Terima kasih sebab sudi menerima kunjungan Budak Pacak dan Sahabat Media ke sini. Akan datang, tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi !
p/s : rasa nak feeling mat saleh jap, kehkehkeh
p/s : rasa nak feeling mat saleh jap, kehkehkeh
2 comments:
Jeng jeng jeng! Kenapakah ke melaka? :D
Boutique Hotel yang baru di bandar melaka.
https://www.taipanhotel.com.my
Post a Comment