Total Pageviews

Face Of Youth (FOY) 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Siapa remaja disini? Make sure korang baca sampai habis entry ini sebab mungkin ini adalah peluang korang untuk bergelar Face of Youth (FOY) yang seterusnya 



Mesti korang tertanya FOY ini apa kan? FOY adalah kempen anjuran Watsons Malaysia yang menyediakan platform pada 3000 remaja Malaysia yang berumur 18-25 Tahun untuk mencuba nasib menunjukkan bakat yang mereka ada. 

FOY akan memilih duta remaja yang baru dimana ujibakat pencarian akan diadakan di 30 universiti terpilih secara roadshow, digital ataupun media. Pencarian ini telah pun bermula pada September ini dan hanya 20 orang finalis bakal dipilih bagi merebut gelaran Face Of Youth 2014 



barisan penaja 

Tahun ini , FOY Reality Show yang dihasilkan oleh Homegrown Productions dan EC Inspirasi ini  bakal ditayangkan di Hypp TV sebanyak 6 episod di siaran 111. 

20 orang finalist ini bakal menghadapi 4 cabaran yang merangkumi kebolehan memimpin, pengurusan, kerja berpasukan dan menguruskan mensyuarat dan pembentangan sebagai persediaan di masa hadapan. Semua cabaran ini bakal ditayangkan di dalam rancangan berkenaan. 

Untuk pengetahuan korang, pemenang FOY 2014 (lelaki dan perempuan ) akan diumumkan masa Finale Event yang dijangka akan diadakan pada bulan November ini di Sunway Pyramid. 

Pemenang bukan sahaja bakal membawa pengalaman yang terbaik, malah turut membawa pulang hadiah yang bernilai hampir RM 30,000 ! Hebat bukan ? 



Jadi kepada remaja diluar sana , jom cuba dan sahut cabaran ini. mana tahu mungkin korang adalah FOY yang dicari ? 

Untuk pendaftaran Face of Youth boleh ke 


atau 


p /s : pernah jadi finalis salah satu program realiti tv dulu :)