Tempat Menarik Di Macau
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Kali ini Budak Pacak nak sambung cerita mengenai Media Familiarization Trip To Macau anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Kalau yang lepas dah bercerita mengenai Pilihan Hotel di Macau,- Rujuk SINI , entry kali ini mengenai Tempat Menarik di Macau yang harus korang lawati .
Macau salah satu tempat yang terkenal dalam destinasi pelancongan. Dekat sini terdapat pelbagai tarikan yang boleh dikunjungi seperti peninggalan gereja, bangunan sejarah Portugis dan banyak lagi.
Sebelum itu, bila korang ke Macau, bolehlah hubungi Macau Government Tourism Office sebab mereka menyediakan pakej khas untuk pelancong yang datang. Senang bukan? mudah dan dipercayai. Sepanjang kami disini, pakej yang telah ditawarkan kepada kami adalah A tour Of Arts and Culture dan A tour of Historical Trials .
Sebelum itu, bila korang ke Macau, bolehlah hubungi Macau Government Tourism Office sebab mereka menyediakan pakej khas untuk pelancong yang datang. Senang bukan? mudah dan dipercayai. Sepanjang kami disini, pakej yang telah ditawarkan kepada kami adalah A tour Of Arts and Culture dan A tour of Historical Trials .
Sebenarnya terdapat lagi dua pakej iaitu A tour of East Meets West dan A tour of Nature and Creativity tapi disebabkan trip kami agak singkat , hanya dua pakej dipilih. Lepas ini pihak MGTO kena buat seminggu baru puas kehkehkeh...
Perjalanan kami selama 4 Hari 3 Malam ini penuh dengan pengalaman yang havoc dan awesome gila! Satu pengalaman manis yang tak akan dilupakan sampai bila - bila . Jadi di bawah ini adalah beberapa tempat yang Budak Pacak cadangkan untuk korang singgah
Kalau nak tau , tempat ni lebih kurang macam Laman Seni Shah Alam. Cuma yang membezakannya adalah disini menempatkan restoran , tempat hiburan , membeli belah , konvensyen dan sesuai untuk korang yang suka bergambar.
Salah satu tarikan terkenal di Macau . Dekat sini ada restoran Indian tau, namanya Taste of India. Sedap juga makan di sini.
Salah satu tarikan terkenal di Macau . Dekat sini ada restoran Indian tau, namanya Taste of India. Sedap juga makan di sini.
Macau Giant Panda Pavilion
Budak Pacak tak berkesempatan lagi untuk melihat beruang panda secara dekat di Malaysia. Dekat sini terdapat dua ekor panda gergasi yang menjadi tarikan Kai Kai dan Xin Xin. Eh sama pulak nick name kita hahaha.
Beruang ini adalah hadiah dari tanah besar China sempena ulang tahun yang ke 10 Macau. Tiket untuk masuk di sini bersamaan RM 5 di negara kita.
ni replika ye. panda yang betul asyik tidur je dalam rumah dia
Beruang ini adalah hadiah dari tanah besar China sempena ulang tahun yang ke 10 Macau. Tiket untuk masuk di sini bersamaan RM 5 di negara kita.
Grand Prix and Wine Museum
Disini terletaknya himpunan kereta dan sejarah mengenai pelumba seluruh negara . Macau kan terkenal dengan litar grand prix .
Kalau nak tau sejarahnya bolehlah kesini. Budak Pacak tak masuk pun bahagian wine, sebab bukan minum wine pun hehehe...
Arsenio Dodjie, salah seorang pemenang Grand Prix
Kalau nak tau sejarahnya bolehlah kesini. Budak Pacak tak masuk pun bahagian wine, sebab bukan minum wine pun hehehe...
Leal Senado Building and Senado Square
Leal Senado ini adalah tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana di sini terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh.
Di sini, ada beberapa lorong yang wajib orang bergambar kerana dikatakan disini adalah lokasi penggambaran di dalam beberapa filem termasuk Boys Of Flower
St Dominic Church
Jangan terkeliru ye bila tengok bangunan ni kerana ada satu lagi peninggalan sejarah yang menyerupai gereja ini. Gereja ini telah dijumpai pada tahun 1587 yang merupakan gereka Dominician yang pertama di China. Pada waktu malam kebiasaannya akan ada pemuzik jalanan yang membuat persembahan di sini.
The House of Dancing Water
Okay nak cakap dekat korang, sini adalah tempat favourite Budak Pacak . Sampai sekarang boleh ingat kehebatan persembahan ini.
The House of Dancing Water ni bukan setakat air sahaja yang berirama yer,sepanjang persembahan dua jam ini korang bakal melihat aksi akrobatik di dalam air dan di udara yang mantap gilos. serius cakap so far ini adalah live performance paling hebat pernah Budak Pacak tengok!
The Dragon's Treasure Show
Kalau tadi dah tengok aksi bermain air, sekarang kita lihat persembahan magis naga - naga pulak. Tempat The Dragon's Treasure Show ni berada dalam satu bangunan dengan The House Of Dancing Water iaitu di City of Dreams.
Dalam Dragon show ni korang bakal duduk dalam glob gergasi dan melihat naga - naga keluar sambil mengeluarkan asap dan magisnya tersendiri.
Venetian Macau
Di Macau ni memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia dan tersenarai sebagai salah satu tempat paling menarik di Asia.
Menariknya di sini kesemua kemudahan dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain.
Percaya tak langit ni hanya lukisan dinding semata - mata
Disini juga korang tak akan merasa suasana malam kerana tempat ini sentiasa berada dalam keadaan siang.
Sempat juga kami naik Venetian Gondola menyusuri sungai buatan yang terdapat di dalam hotel ini.
Kun Lam Statue
Patung Gergasi yang terdapat di tepi pantai ini merupakan dewi Kun Lam yang menjadi kepercayaan mereka di sini.
kelihatan patung dewi Kun Lam dan Macau Science Center
Patung setinggi 20 meter ini diperbuat daripada gangsa dimana dibawahnya terdapat pusat informasi bagi penganut Buddha , Taoism dan Confucianism
Macau Tower
Menara Macau atau Macau Tower merupakan menara yang ke 10 tertinggi di dunia dan yang ke 8 di Asia .
Disini buat penggemar aktiviti sukan lasak korang boleh membuat bungee jumping di sini yang merupakan 'World's Highest Bungy Jump'. Selain itu, korang juga boleh lakukan aktiviti lasak yang lain seperti Skyjump, Skywalk X dan Mast Climb. Kalau korang pernah tengok running man, dorang pernah lakukan semua aktiviti ini disini.
Ruin of St Paul
Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh. Untuk pengetahuan korang, Ruin of St Paul adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ruin of St Paul ni berhampiran dengan tempat kami menginap. Satu tips untuk korang yang nak cari tempat membeli cenderamata murah di Macau adalah dekat sini. Cuba cari satu kedai pakcik di atas Ruin of St Paul. Pakcik ni boleh berbahasa melayu tau . tapi taklah fasih sepenuhnya. Kami borong disini je sebab harganya jauh lebih murah
MGM Water Aurora. Banyak pulak gambar selfie di Macau nih. kehkehkeh
Sebenarnya banyak lagi tempat yang Budak Pacak nak kongsi dengan korang seperti The Bubbles , Michael Jackson Gallery , Tree of Prosperity , Dragon of Fortune , Performance Lake , Macau Science Center , MGM Water Aurora dan banyak lagi.
Kalau cerita semuanya memang tak habislah kan hehe.. Pada pandangan Budak Pacak, secara keseluruhan hotel - hotel di Macau ini kesemuanya mempunyai tarikan tersendiri. Memang mengagumkan! Tidak hairanlah ada hotel di Macau ini dinobatkan sebagai antara hotel yang terbaik di dunia.
Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) sebab sudi menaja trip kami ke Macau. Ada masa jemputlah lagi hehehe
Nantikan bahagian terakhir mengenai perjalanan kami di Macau!
Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke page mereka
AirAsia Kini memperkenalkan Premium Flex !
p /s ; Rezeki semakin terbuka selepas balik dari Macau . Alhamdulillah.
13 comments:
Seronok dapat ke negara orang. Banyak benda baru yang tak ada di Malaysia
Apa yang saya tahu Macau terkenal dengan pusat perjudian terbesar dan ada peninggalan bangunan lama kerana pernah di jajah oleh Poertugis.
apa yang saya tahu tentang Macau? Saya tak tahu apa-apa sehingga saya baca entri ini . Rupanya banyak gila tempat-tempat best di Macau :(
gtu.
@BahrainJauh Perjalanan , banyak pengalaman hehe
@akubiomedyup, betul tu. sana sini penuh dengan casino. mini las vegas la katakan
@Hafiz Hafizolharap dapat membantu
wahhhh bila lah dpt travell gini wehhh..hahaha
Aiseh! Pernah sampai ke Macau tapi buat day trip sahaja dari HK semata2 nak tengok Ruins of St. Paul. Lepas ni tak tahu la bila lagi boleh pergi tapi the House of Dancing Water tu nampak macam menarik! Kena pergi ni kalau ada rezeki lagi.
wah seronoknye khai haha
@hazwan hairyInsyallah ada la rezeki nanti tu
@R.a.W | Ramble and Wanderyes water dancing tu sangat bestt
@Farid LahamAlhamdulillah :)
ada juga tempat menarik kat Macau. Menarik pula gambar 2x tu.
Post a Comment