Total Pageviews

Tempat Menarik Di Macau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Kali ini Budak Pacak nak sambung cerita mengenai   Media Familiarization Trip To Macau  anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Kalau yang lepas dah bercerita mengenai Pilihan Hotel di Macau,- Rujuk SINI , entry kali ini mengenai Tempat Menarik di Macau yang harus korang lawati . 



Macau salah satu tempat yang terkenal dalam destinasi pelancongan. Dekat sini terdapat pelbagai tarikan yang boleh dikunjungi seperti peninggalan gereja, bangunan sejarah Portugis dan banyak lagi.  

Sebelum itu, bila korang ke Macau, bolehlah hubungi Macau Government Tourism Office sebab mereka menyediakan pakej khas untuk pelancong yang datang. Senang bukan? mudah dan dipercayai. Sepanjang kami disini, pakej yang telah ditawarkan kepada kami adalah A tour Of Arts and Culture dan A tour of Historical Trials

Sebenarnya terdapat lagi dua pakej iaitu A tour of East Meets West dan A tour of Nature and Creativity tapi disebabkan trip kami agak singkat , hanya dua pakej dipilih. Lepas ini pihak MGTO kena buat seminggu baru puas kehkehkeh...




Perjalanan kami selama 4 Hari 3 Malam ini penuh dengan pengalaman yang havoc dan awesome gilaSatu pengalaman manis yang tak akan dilupakan sampai bila - bila . Jadi di bawah ini adalah beberapa tempat yang Budak Pacak cadangkan untuk korang singgah 



Macau Fisherman's Wharf 



Kalau nak tau , tempat ni lebih kurang macam Laman Seni Shah Alam. Cuma yang membezakannya adalah disini menempatkan restoran , tempat hiburan , membeli belah , konvensyen dan sesuai untuk korang yang suka bergambar. 






Salah satu tarikan terkenal di Macau . Dekat sini ada restoran Indian tau, namanya Taste of India. Sedap juga makan di sini. 

Macau Giant Panda Pavilion 

Budak Pacak tak berkesempatan lagi untuk melihat beruang panda secara dekat di Malaysia.  Dekat sini terdapat dua ekor panda  gergasi yang menjadi tarikan Kai Kai dan Xin Xin. Eh sama pulak nick name kita hahaha. 


ni replika ye. panda yang betul asyik tidur je dalam rumah dia 


Beruang ini adalah hadiah dari tanah besar China sempena ulang tahun yang ke 10 Macau. Tiket untuk masuk di sini bersamaan RM 5 di negara kita. 

Grand Prix and Wine Museum 

Disini terletaknya himpunan kereta dan sejarah mengenai pelumba seluruh negara . Macau kan terkenal dengan litar grand prix


Arsenio Dodjie, salah seorang pemenang Grand Prix 


Kalau nak tau sejarahnya bolehlah kesini. Budak Pacak tak masuk pun bahagian wine, sebab bukan minum wine pun hehehe...

Leal Senado Building and  Senado Square 

Leal Senado ini adalah tempat yang selalu menjadi pilihan para pelancong kerana di sini terdapatnya seni dan bangunan lama yang masih kekal utuh. 






Di sini, ada beberapa lorong yang wajib orang bergambar kerana dikatakan disini adalah lokasi penggambaran di dalam beberapa filem termasuk Boys Of Flower

St Dominic Church 




Jangan terkeliru ye bila tengok bangunan ni kerana ada satu lagi peninggalan sejarah yang menyerupai gereja ini. Gereja ini telah dijumpai pada tahun 1587 yang merupakan gereka Dominician yang pertama di China. Pada waktu malam kebiasaannya akan ada pemuzik jalanan yang membuat persembahan di sini. 

The House of Dancing Water 

Okay nak cakap dekat korang, sini adalah tempat favourite Budak Pacak . Sampai sekarang boleh ingat kehebatan persembahan ini. 







The House of Dancing Water ni bukan setakat air sahaja yang berirama yer,sepanjang persembahan dua jam ini korang bakal melihat aksi akrobatik di dalam air dan di udara yang mantap gilos. serius cakap so far ini adalah live performance paling hebat pernah Budak Pacak tengok! 

The Dragon's Treasure Show

Kalau tadi dah tengok aksi bermain air, sekarang kita lihat persembahan magis naga - naga pulak. Tempat The Dragon's Treasure Show ni berada dalam satu bangunan dengan The House Of Dancing Water iaitu di City of Dreams




Dalam Dragon show ni korang bakal duduk dalam glob gergasi dan melihat naga - naga keluar sambil mengeluarkan asap dan magisnya tersendiri. 

Venetian Macau 

Di Macau ni memang terkenal dengan pembangunan hotelnya. Terlalu banyak hotel sepanjang jalan di Macau dan salah satunya adalah Venetian Macau yang merupakan pusat kasino terbesar di dunia dan tersenarai sebagai  salah satu tempat paling menarik di Asia




Menariknya di sini kesemua kemudahan  dan tarikan disini mempunyai seni reka yang berlainan dari tempat lain. 



Percaya tak langit ni hanya lukisan dinding semata - mata 


Disini juga korang tak akan merasa suasana malam kerana tempat ini sentiasa berada dalam keadaan siang. 







Sempat juga kami naik Venetian Gondola menyusuri sungai buatan yang terdapat di dalam hotel ini. 

Kun Lam Statue 

Patung Gergasi yang terdapat di tepi pantai ini merupakan dewi Kun Lam yang menjadi kepercayaan mereka di sini. 


kelihatan patung dewi Kun Lam dan Macau Science Center


Patung setinggi 20 meter ini diperbuat daripada gangsa dimana dibawahnya terdapat pusat informasi bagi penganut Buddha , Taoism dan Confucianism 

Macau Tower 

Menara Macau atau Macau Tower merupakan menara yang ke 10 tertinggi di dunia dan yang ke 8 di Asia . 






Disini buat penggemar aktiviti sukan lasak korang boleh membuat bungee jumping di sini yang merupakan 'World's Highest Bungy Jump'. Selain itu, korang juga boleh lakukan aktiviti lasak yang lain seperti Skyjump, Skywalk X dan Mast Climb. Kalau korang pernah tengok running man, dorang pernah lakukan semua aktiviti ini disini. 

Ruin of St Paul 

Ruin of St Paul ini adalah kesan peninggalan runtuhan gereja yang terdahulu. Yang masih kekal adalah pintu hadapannya yang masih berdiri utuh. Untuk pengetahuan korang, Ruin of St Paul adalah salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO




Ruin of St Paul ni berhampiran dengan tempat kami menginap. Satu tips untuk korang yang nak cari tempat membeli cenderamata murah di Macau adalah dekat sini. Cuba cari satu kedai pakcik di atas Ruin of St Paul. Pakcik ni boleh berbahasa melayu tau . tapi taklah fasih sepenuhnya. Kami borong disini je sebab harganya jauh lebih murah 


MGM Water Aurora. Banyak pulak gambar selfie di Macau nih. kehkehkeh 


Sebenarnya banyak lagi tempat yang Budak Pacak nak kongsi dengan korang seperti The Bubbles , Michael Jackson Gallery , Tree of Prosperity , Dragon of Fortune , Performance Lake , Macau Science Center , MGM Water Aurora dan banyak lagi. 

Kalau cerita semuanya memang tak habislah kan hehe.. Pada pandangan Budak Pacak, secara keseluruhan hotel - hotel di Macau ini kesemuanya mempunyai tarikan tersendiri. Memang mengagumkanTidak hairanlah ada hotel di Macau ini dinobatkan sebagai antara hotel yang terbaik di dunia

Jutaan terima kasih kepada pihak AirAsia dan Macau Government Tourism Office (MGTO) sebab sudi menaja trip kami ke Macau. Ada masa jemputlah lagi hehehe 

Nantikan bahagian terakhir mengenai perjalanan kami di Macau!

Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke page mereka 







AirAsia Kini memperkenalkan Premium Flex ! 


p /s ; Rezeki semakin terbuka selepas balik dari Macau . Alhamdulillah. 


13 comments:

Bahrain said...

Seronok dapat ke negara orang. Banyak benda baru yang tak ada di Malaysia

akubiomed said...

Apa yang saya tahu Macau terkenal dengan pusat perjudian terbesar dan ada peninggalan bangunan lama kerana pernah di jajah oleh Poertugis.

Hafiz Hafizol said...

apa yang saya tahu tentang Macau? Saya tak tahu apa-apa sehingga saya baca entri ini . Rupanya banyak gila tempat-tempat best di Macau :(

gtu.

khai artzfar said...

@BahrainJauh Perjalanan , banyak pengalaman hehe

khai artzfar said...

@akubiomedyup, betul tu. sana sini penuh dengan casino. mini las vegas la katakan

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizolharap dapat membantu

hazwan hairy said...

wahhhh bila lah dpt travell gini wehhh..hahaha

Ramble and Wander said...

Aiseh! Pernah sampai ke Macau tapi buat day trip sahaja dari HK semata2 nak tengok Ruins of St. Paul. Lepas ni tak tahu la bila lagi boleh pergi tapi the House of Dancing Water tu nampak macam menarik! Kena pergi ni kalau ada rezeki lagi.

Farid Laham said...

wah seronoknye khai haha

khai artzfar said...

@hazwan hairyInsyallah ada la rezeki nanti tu

khai artzfar said...

@R.a.W | Ramble and Wanderyes water dancing tu sangat bestt

khai artzfar said...

@Farid LahamAlhamdulillah :)

adarain said...

ada juga tempat menarik kat Macau. Menarik pula gambar 2x tu.