Pengalaman Di Macau
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Ini adalah entry terakhir mengenai pengalaman Budak Pacak di Macau selama 4 Hari 3 Malam anjuran AirAsia dan Macau Government Tourism Office sempena Media Familiarization Trip To Macau . Buat korang yang terlepas, bolehlah klik di atas .
Trip ini telah disertai 5 orang blogger iaitu Budak Pacak , Farid Laham , Melastik Bintang , Selebriti Online dan Hanef . Selain kami, wakil dari Harian Metro , Utusan Malaysia, Majalah Asia Horizon dan Malay Mail pun turut serta dalam trip ni. Memang have fun gila dengan diorang!
Rezeki Demam
Masa dapat panggilan tempoh hari dari AirAsia untuk ke Macau ni memang terkejut gilos . Sepatutnya Budak Pacak dah balik ke kampung. Tapi disebabkan demam time tu, batalkan niat balik kampung , berehat dekat rumah je .
Sekali dapat call dari AirAsia, memang keesokannya tu terus buat passport. tak kisah demam ke apa. berbaloi okay tunggu 10 jam nak siapkan passport!
Pertama Kaki Menjejak Ke Negara Orang
Selama ni asyik berangan je nak menjejak kaki ke negara orang . Alhamdulillah dengan rezeki blogging ni dapat juga merasa pengalaman berada di negara orang. Well,I dont think its quite late for 22 years old boy to step on other country right?
Macau Ibarat Las Vegas
Kenapa Budak Pacak ibarat Las Vegas sebabnya kota Macau ni hidup sentiasa. Negaranya bersih dan pada waktu malam meriah dengan cahaya LED dari bangunan pencakar langit.
Menariknya disini, hampir semua hotel mempunyai tarikan unik yang tersendiri.
Ditahan Pihak Berkuasa Macau
Macau memang terkenal dengan tempat kasino nya. Nak masuk ke situ mestilah cukup umur. Alkisahnya di Venetian, tempat tu sangatlah besar. Jadi nak ke satu tempat tu kenalah melintas kawasan kasino.
Kalau tak korang kena ikut jalan jauh. Kawan - kawan yang lain semua lepas sekali bila time Budak Pacak kena tahan .Dorang tahan sebab ingat bawah umur. Muka jambu sangat padahnya macam ni la. Padahal dah ketat habis muka time tu, hahahaa..
Makanan Di Macau
Buat yang Islam terutamanya memang kita menitikberatkan makanan yang halal bukan? Sepanjang disini Alhamdulillah pihak AirAsia dan MGTO sangat menitikberatkan soal makan dan sensitiviti kami.
Malah pihak Hotel Royal pun sama. Disebabkan makanan buffet dan bercampur, pihak hotel telah memastikan jenis makanan untuk kami dan hantar ke sampai pintu bilik ye. Terima kasih Hotel Royal. Buat korang yang ke Macau , berikut adalah senarai tempat makanan yang boleh kunjungi
- Taste of India di Macau Fisherman's Wharf
- Indian Garden di Taipa
- Aruna Maharaja Indian Curry
- Golden Peacock Indian Restaurant di Venetian
- Indian Spice Restaurant
Okay kalau korang ke Macau , dua matawang boleh digunakan iaitu Hong Kong Dollar atau Macau Pataca - MOP . Adalah dinasihatkan korang tukar ke Hong Kong Dollar sebab nilai duit Macau kalau convert ke duit lain kebanyakkannya tak diterima. Nilai duit disana RM 50 duit Malaysia bersamaan dengan 100 Hong Kong Dollar
AirAsia Menyediakan perjalanan terus ke Macau
Sebagai salah satu lokasi pelancongan yang terkenal , AirAsia kini menyediakan perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Macau. Kalau dulu, pelancong yang nak ke Macau kena ke Hong Kong barulah boleh ke Macau. Kini dengan AirAsia terbang terus ke Macau yang mengambil masa empat jam dari Kuala Lumpur
Jadi itulah serba sedikit cerita dan tips sepanjang Budak Pacak berada di Macau. Best things happen in 2014! Budak Pacak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada AirAsia dan Macau Government Tourism Office kerana telah memilih Budak Pacak dalam trip ini , menyediakan tour yang sangat happening dan meleyan kerenah kiteorang . Harap nanti bawa lagi yer. kehkehkeh...
Alhamdulillah , selama 4 tahun berblogging , ini adalah pencapaian dan penghargaan yang sangat tinggi pernah Budak Pacak terima. Malah balik dari trip ni makin banyak pulak peluang yang dapat .
Kalau dulu orang selalu memperlekehkan kemampuan blog ini , tapi hari ini Budak Pacak dah buktikan sesuatu. Insyallah lepas ni akan ada sesuatu yang baru dan menarik untuk dikongsi pada pembaca Blog ini. Nak tahu apa nantikan ye. Apa pun terima kasih atas sokongan korang . Love you guys!
Untuk maklumat lanjut mengenai macau boleh ke
p /s ; gambar terpaksa recycle kes folder hilang.sedih kejap
12 comments:
hai adik, abang ultras ko nie dik oii...
pencapaian yang hebat bg seorang blogger... tahniah !
No wonder laa sikit je gambar. Bestnye gi negara orang. Haha..muka tu kasi jerawat menapak 2 3 ketul, baru nampak dewasa sikit. Hihi.
oh mai gadddddd!!!! hahahaha
Seronoknya dapat jalan-jalan :D
wah, bestnye.siap dapat offer lagi tu..jeles ni..hahaha.x pernah dapat any offer lg.
Artikel tentang Macau nya bagus. Ikutan lomba blog "Why Macau" yuk. Re - publish aja artikel ini. Hadiahnya jalan-jalan ke Macau dan iPhone 5c GRATIS!
Yuk ikutan lomba blog 'Why Macau' di sini http://bit.ly/WhyMacau
Submit sebelum 30 September 2014!
@Hafiz Hafizolthank you abam !
@Ismi Anahaha muka camni pun dah cukup tua
@Ismi Anahaha muka camni pun dah cukup tua
@hazwan hairydah kenapa haha
@Nadya BubbleAlhamdulillah rezeki demam :)
@Nick Nashraminsyaallah ada la rezeki nanti
Post a Comment