Total Pageviews

Akademi Penerbangan Malaysia Terbaik

"ladies and gentlemen this is Captain Khairul Azfar , your captain speaking . We like to welcome you onboard this flight to Kuala Lumpur. flight duration is around 2 hours  and we are expecting a fairly smooth flight today. Once again we thank you for choosing to fly with us today and we hope you enjoy your flight"


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Ada gaya juruterbang bercakap tak ? hehehee... 


Nak jadi juruterbang bukan senang, perlu ada kepakaran dalam selok belok kapal terbang. Jadi untuk melatih juruterbang ini maka tertubuhlah akademi penerbangan. 

Buat korang yang tak tahu, di Melaka terdapatnya satu Akademi Penerbangan Malaysia atau MFA - Malaysian Flying Academy yang telah diiktiraf selama hampir 3 dekad lamanya. 



Baru - baru ini sepatutnya Budak Pacak ke sana untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman sebagai juruterbang namun disebabkan ada perkara yang tidak diingini berlaku,terpaksa lupakan niat untuk ke sana. 

Namun begitu, di kesempatan ini Budak Pacak nak berkongsi dengan korang mengenai MFA  dan juga syarat - syarat untuk menjadi juruterbang.

Pengetua Akademi Penerbangan Malaysia, Kapten Stephen Michael Terry 

Tahun ni genap 30 tahun penubuhan akademi penerbangan ni .Seramai 1400 orang kadet telah dilahirkan disini Bukan setakat Malaysia , malah ada kadet dari Australia, Portugal, France, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, United Arab Emirates, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Hong Kong, Finland, Japan, Oman dan Yemen turut dilahirkan di sini. 

Malah yang membanggakan , disini juga terdapat kadet wanita yang bakal menjadi juruterbang wanita . Haaa, jangan tak tahu, perempuan tak berani bawa kapal terbang. Buktinya adalah 50 orang kadet wanita ni. 


Lim Ju Lian salah seorang kadet wanita  yang berasal dari Malaysia 


Untuk lulus menjadi juruterbang , setiap kadet perlu lulus Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR) . Mesti korang tertanya apa benda pulak ni kan  

Sebagai info , Commercial Pilot License with Instrument Rating (CPL/IR)  ini melatih dan membolehkan seorang kadet mempunyai lesen untuk membawa kapal terbang komersil



Di MFA seramai 21 instructor yang bertauliah telah ditempatkan. Ratio untuk kelas penerbangan disini adalah 1 Instructor dan 6 orang kadet. 





Jumlah ini akan berubah menjadi 1 Instructor dan 4 orang kadet kelak selaras dengan penambah baikan beberapa fasiliti disini . 

Twin Engine Piper Seminole yang digunakan dalam latihan penerbangan disini 


MFA juga telah melatih kadet untuk beberapa syarikat penerbangan umum seperti Malaysia Airlines , AirAsia , Singapore Airlines , Silk Air , Air Mauritius dan juga Polis Diraja Malaysia .

Okay dari tadi mesti korang tertanya macam mana nak jadi juruterbang  Untuk membolehkan korang membawa kapal terbang , korang perlu mempunyai lesen yang diiktiraf. Lesen kapal terbang adalah berlainan mengikut jenis kapal terbang. 

Private Pilot Licence - PPL 


Commercial Pilot Licence - CPL 


The Frozen Airline Transport Pilot’s License - ATPL 


Assistant Flying Instructor Rating - AFI





Dah tahu sedikit sebanyak bukan mengenai lesen juruterbang ni kena ingat bawa kapal terbang bukan macam bawa kenderaan biasa, korang kena ambil beberapa ujian kelayakan yang setaraf baru layak bawa kapal terbang.

Sebelum Budak Pacak end up entry kali ini, buat korang dengan kawan - kawan yang nak merasai sendiri pengalaman di Akademi Penerbangan Malaysia ini , korang boleh berbuat demikian dengan upload gambar korang bersama kawan di facebook dan nyatakan kenapa korang kena menjadi #TheNextPilot

Jangan lupa , gambar korang perlu hantar direct message ke facebook page Malaysian Flying Academy bersama butiran MFA #TheNextPilot Photo Contest


1. Full Name as per IC

2. IC No
3. Valid email address
4. (i) Primary contact number; (ii) Secondary contact number



Maklumat lanjut mengenai Akademi Penerbangan Malaysia


Good Luck semua !

p /s ; Simpan impian untuk bekerja di awan biru 

10 comments:

✿INA AINAA✿ said...

Rasanya tak layak kot.. rabun.. sob! Ena dlu memang cita2 nak jadi pilot.. tapi tak terkesampaian...

Ismi Ana said...

Wuuu~pilot tuh. Thanks for info. :)

akubiomed said...

Gaji seorang juruterbang memang kencang.

khai artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿haha patutlah

khai artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿haha patutlah

khai artzfar said...

@Ismi Anasama - sama awak

khai artzfar said...

@akubiomedtu belum tambah elaun lagi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

ketika masih menjalani pengajian, student akademi penerbangan boleh kahwin tak