Total Pageviews

Sajian Ramadhan Di Fish & Co

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Kalau korang perasan lately ni Budak Pacak selalu up entry dalam slot jom makan. Alhamdulillah rezeki blog di Bulan Ramadhan ni .

Untuk slot Jom Makan kali ini , Budak Pacak nak bawakan satu lagi tempat atau port yang menarik untuk korang makan sambil santai - santai iaitu di Fish & Co  . 

Bercakap mengenai Fish & Co  , sebuah restoran dan jenama terkenal yang menyediakan makanan laut segar serta mempunyai dekorasi dalaman yang sangat cantik .Bila korang ke sini terasa bagaikan berada di perairan lautan .







 Bahan - bahan makanan yang disediakan pula,  korang janganlah risau kerana ianya adalah halal dan menggunakan bahan semula jadi di seluruh dunia seperti zaitun dan pelbagai herba. 

Berinspirasikan seafood in pan , masakan yang dimasak akan terus dibawa ke meja korang, jadi korang bolehlah menikmati makanan pilihan korang dengan rasa yang panas dan asli . Servis di sini pula sangat tip - top , pekerjanya mesra belaka. 



Sebenarnya ini adalah kali pertama Budak Pacak datang ke Fish & Co sempena dengan pengenalan menu  ' Spice Up Your Ramadhan '.Dengan harga RM64.95  untuk dua orang,  bagi sajian Ramadhan kali ini , Fish & Co telah memperkenalkan Grilled Peri - Peri Chicken With Arctic Fish dan juga Seasonal Catch with choice of sambal or teriyaki sauce.






Untuk menu ini didatangkan dengan dua minuman Summer Coolers dan sepotong Triple Chocolate Cake . Sebagai tambahan, korang boleh memesan menu tambahan Prawn Fritters dengan harga RM 8.95 . Cool habis !





Terdapat beberapa fakta mengenai Fish & Co  dan acara pengenalan menu Spice Up Your Ramadhan yang korang patut tahu antaranya 
  • Budak Pacak memang tak makan ikan, tapi disebabkan menunya yang terbaru membuatkan Budak Pacak 'berani' untuk makan. Sedap kot!
  • Selebriti tanah air seperti Dato Fazley dan Peter Davis turut sertai majlis tersebut
  • Budak Pacak dan Kite Punya satu - satunya yang makan lebih dari satu menu Sajian Ramadhan. kehkehkeh..
  • Mempunyai 4 cawangan iaitu  One Utama, Paradigm Mall, Pavilion dan The Mines
  • Dua cawangan lagi bakal dibuka di Main Place dan IOI Mall




Menariknya lagi mengenai Sajian Ramadhan Di Fish & Co  , korang bakal mendapat sampul raya Fish & Co  yang eksklusif.Sementara stok masih ada ya,lambat nanti melepas la jawabnya. 



Tengok siapa yang paling excited dekat situ 


Apapun secara keseluruhannya Budak Pacak bagi 5 bintang untuk Fish & Co . Satu citarasa dan pengalaman yang terbaru bagi Budak Pacak. Terima kasih Fish & Co !




untuk maklumat lanjut boleh ke 

Website: www.fish-co.com.my 
Facebook: www.facebook.com/FishNCoMY 
Instagram: www.instagram.com/FishNCoMY 
Twitter: @FishNCoMY 

p /s ; suka tekstur rasanya. 




6 comments:

Ismi Ana said...

Fish & co? Tak pernah makan lagi. Nak pegi pun tak tau bile. Tak rajin nau nak berjalan jauh.

Nadia Johari said...

Nampak pun dh menyelerakan...harga pun boleh tahan

Luqman Zakaria said...

rm 60 lebih for 2..memang berbaloi tuh..hehe..tapi ikanlah..kureng sikit..

khai artzfar said...

@Ismi Anaalah nanti datang kl singgah la ke sini.

khai artzfar said...

@Nadia Johariwajib cuba tau hehe

khai artzfar said...

@luqman zakariaeh kita pun tak makan ikan, tapi bila dah pekena menu ni memang terbaik