Total Pageviews

Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ Meriah !

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ





Ya Tuhan , kalau korang ke sana , memang meriah gilos dengan kehadiran para media , bloggers dan yang diraikan anak - anak yatim dari Rumah  Kanak - Kanak Tengku Budriah , Cheras. 

Sebelum itu Budak Pacak nak ucapkan  terima kasih kepada eWana FM , Pak John Steamboat & BBQ dan juga Halim Brothers kerana menjemput Budak Pacak ke majlis ini. Memang havoc dan gempak gilos!

Maklumlah di bulan yang mulia ini, bila dapat berbuka sekali dengan rakan - rakan yang lain memang gamatlah suasana . Sempat juga kami sambut Hari Jadi rakan blogger , Zulhilmi Tempoyak .Lagilah riuh kehkehkeh.. 


Majlis Iftar Ramadhan dan Pelancaran album eWana Raya 

Sebenarnya majlis ini bertujuan meraikan anak - anak yatim yang hadir disamping beramah mesra dengan rakan blogger , media dan juga artis. Ini adalah usaha sama eWana FM dan juga Pak John Steamboat & BBQ selaku penaja rasmi bagi lokasi kali ini.

Malah adik - adik dari  rumah  Kanak - Kanak Tengku Budriah , Cheras turut mendapat duit raya berjumlah RM 3000 sumbangan Pak John Steamboat  & BBQ

 Bercakap mengenai eWana FM , kalau korang nak tahu, eWana FM ini adalah sebuah radio IP Nusantara . Tagline dorang pulak ,' more than just a radio' . Memang betul pun , sebabnya eWana FM ini turut memperkenalkan segmen Hai Bloggers dan Carta Bloggers 30 yang turut memberi peluang kepada Bloggers di luar sana menjadi deejay jemputan . Menarik bukan ?



Jadi pada majlis tersebut , eWana FM turut melancarkan album eWana Raya . Wah tahniah yer !

Pak John Steamboat & BBQ  Lokasi Steamboat Paling Menarik 

Untuk pengetahuan korang , ini adalah kali ketiga Budak Pacak ke Pak John Steamboat & BBQ  .Tengok je pengumuman kata nak buat disini, terus isi borang takut terlepas hadir ke sini .

Mana tidaknya dekat sini terdapat pelbagai tarikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Boleh katakan ini adalah lokasi steamboat terbaik yang Budak Pacak pernah kunjungi.

Setiap kali ke sini antara menu atau bahan yang Budak Pacak wajib ambil adalah prawn sup  , daging black pepper , chicken honey , dim sum dan yang paling best adalah ayam coke. 



 Disini boleh menempatkan hampir 300 orang dan sesuai untuk anjurkan aktiviti korporat. 

 Berbanding dengan beberapa restoran steamboat yang lain, Pak John Steamboat & BBQ mempunyai hampir lebih dari 100 pilihan steamboatnya yang segar . 











Itu belum ditambah dengan menu - menu sampingan sempena bulan ramadhan seperti pulut sumbat daun teratai , ayam coke , gorengan sayur dan banyak lagi .







Ditambah pula dengan menu pencuci mulut yang pelbagai seperti waffle dan aiskrim Pak John yang sememangnya terkenal di sini. 





Kesemua menu ini korang boleh dapatkan dengan satu harga iaitu RM 39 ++ . Tak cukup dengan itu , terdapat hari tertentu korang boleh dapatkan diskaun untuk harga pelajar dan juga ladies day . Terbaik bukan  ?



muka - muka puas pekena steamboat terbaik di bandar 

Ditambah dengan kelainan pilihan supnya yang pelbagai seperti Beef Bone Papper Sup , Tomyam Sup , Curry Sup , Miso Sup , Chicken Sup dan Prawn Sup . 



Pilihan Budak Pacak setiap kali ke sini adalah Prawn Sup, memang rasanya teringat - ingat bila korang dah balik nanti. kehkehkeh..



Pilihan kami !


 Oh yer , bukan setakat sup je yang pelbagai  , sos di Pak John Steamboat & BBQ    juga pelbagai. Menariknya , sos disini adalah buatan sendiri iaitu sos Thai , Green Cili sos, sos manis , bbq sos dan beberapa sos yang lain lagi. 

Okay bercakap pasal tarikan  di Pak John Steamboat & BBQ memang tak habis.  jadi disini Budak Pacak sertakan sedikit fakta mengenai restoran ini . 

  • Mempunyai dua cawangan iaitu di eCurve Damansara dan juga Wangsa Walk Mall
  • Terdapat lebih dari 100 pilihan steamboat yang berkonsepkan makan sampai kenyang. 
  • Sempena Bulan Ramadhan , Pak John Steamboat & BBQ  memperkenalkan menu tambahan seperti rendang ayam dan daging , ayam coke, pulut sumbat daun teratai, nasi tomato dan banyak lagi 
  • Bahan - bahannya diambil terus dari kilang untuk kekalkan kesegarannya 
  • Yang pasti ianya halal dan terbaik !
Tak cukup dengan entry , kali ini Budak Pacak turut selitkan video di sebalik kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan eWana FM Dan Pak John Steamboat & BBQ. Kaio Studio pun ada rakamkan video tau . Terima kasih sebab jemput Budak Pacak jadi pengacara jemputan. Jadi tengok dua - dua video ini okay ?






Jadi buat korang yang nak tahu lebih lanjut mengenai Pak John Steamboat ini bolehlah ke butiran berikut 


Pak John Steamboat Cawangan E-Curve
Lot LG-13A, LG-15,
Lower Ground Floor,
E-Curve, No 2A, Jalan PJU 7/3,
Mutiara Damansara, Petaling Jaya


Pak John Steamboat Cawangan Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02,
Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
Kuala Lumpur

Website :

Facebook :

Facebook page eWana FM 



Terima kasih sebab jemput Budak Pacak  ke majlis ini. Pak John Steamboat & BBQ  memang best !!!

4 comments:

Mira Cikcit said...

Kemain korang! Rugi aku tak join itu hari. Jelez tengok gambar.

Ismi Ana said...

Perghh..sedapnye.. Teringin pulak nak makan steamboat dibulan puase ni haa.. -_-

khai artzfar said...

@Ismi Anajom la try. khai pun sejak makan kat sini, balik asyik teringat pak john je

khai artzfar said...

@Ismi Anajom la try. khai pun sejak makan kat sini, balik asyik teringat pak john je