Misteri Kellie Castle
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Istana Kellie atau lebih dikenali sebagai Kellie Castle merupakan salah satu ikon pelancongan di Negeri Perak. Istana lama peninggalan seorang peladang dari Scotland , William Kellie Smith ini terletak di Batu Gajah Perak.
Menurut sejarah , William ingin hadiahkan istana ini kepada isteri beliau , Agnes . Walau bagaimanapun hajat beliau tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1926.
Disebalik keindahan landskap dan rekabentuk istana ini , terdapat kisah misteri di sebalik peninggalannya. Dikatakan, apabila waktu malam di Istana ini terdapat roh - roh yang tidak tenteram berkeliaran termasuk roh William dan pekerjanya. Ada juga yang mendakwa , mereka terlihat kanak - kanak bermain di ruangan koridor istana ini pada waktu malam.
Menerusi Pakej Pelancongan Malam Paranormal yang telah diperkenalkan oleh Tourism Malaysia Perak , Budak Pacak bersama rombongan Sahabat Media telah berkesempatan merasai sendiri pengalaman seram di Kellie Castle
Menariknya mengenai kunjungan kami disini adalah berbanding dengan pakej yang telah diperkenalkan tamat pada jam 6 petang , kami telah masuk ke dalam Istana lama ini pada jam 12 tengah malam dan berakhir pada pukul 4 pagi.
Sebelum memulakan pengalaman yang baru ini , kami telah dipertontonkan video dan gambar entiti yang berjaya ditemui di dalam Kellie Castle .
Tepat pukul 2 pagi kami telah bergerak masuk ke dalam Kellie Castle serta telah ditempatkan di beberapa bilik yang dikatakan lokasi entiti ini berada. Budak Pacak bersama dengan seorang sahabat media telah ditempatkan di bilik yang jarang dimasuki oleh para pelawat iaitu bilik fotografi yang terletak di bawah tanah selama 20 minit.
Di bilik ini menurut petugas , suatu ketika dahulu, ada pelancong yang berjaya merakamkan imej entiti berlegar sekitar sini. Bila mendengar cerita beliau, belum ditinggalkan sudah cuak dibuatnya.
Sepanjang di sini Budak Pacak gagal merakam sebarang imej namun begitu kami berjaya mendengar beberapa bunyi termasuklah bunyi tapak kaki yang berjalan di ruangan atas istana.
Selain bilik fotografi , ada dikalangan kami telah ditempatkan di bilik arak, bilik Helen , anak perempuang William , koridor istana dan bilik linen yang dikatakan terdapat roh Gopal , salah seorang pekerja Kellie yang dikatakan tidak tenteram akibat tidak dapat pulang ke negara asalnya.
Walaupun ianya agak ekstrem namun begitu sepanjang kami ditinggalkan, terdapat petugas yang berada di kawasan berhampiran yang mengawal gerak geri kami. Malah sebelum tamat aktiviti , setiap dari kami yang sertai aktiviti ini diperiksa oleh Ustaz bagi memeriksa diri supaya tidak ada yang diekori .
imej yang berjaya dirakam oleh rakan - rakan. zoom untuk lihat lebih jelas
Bagi yang berminat untuk mengikuti pakej ini , dengan harga RM80 seorang ianya bakal meliputi pakej lawatan, minum malam, tayangan video, kemeja-T percuma, serta sijil penyertaan dan pendaftaran .
Dan untuk makluman korang , pakej ini hanya dibuka melalui tempahan dan dibuka empat kali sebulan iaitu Jumaat dan Sabtu setiap minggu pertama dan keempat.
Untuk maklumat lanjut , hubungi 05-3653381
p /s ; Kellie Castle tercalon sebagai top 5 tempat paling seram di Malaysia
2 comments:
Wah..berani eh pegi sane. Wuu..tempat peninggalan kan..mmg seram. Tengok gambar cam tak scary sgt. Tak tau la kalau btul2 kat tempat tu.
@Ismi Anakalau duduk sana baru lah tau camner keadaan dia. serammmmm
Post a Comment