Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . 


Siapa pelanggan Astro di sini ? Kalau pelanggan Astro baguslah, bagi yang bukan tu, jangan risau ye sebab pada entry kali ini , Budak Pacak nak berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi Astro On The Go.




Jadi buat korang yang tak ada Astro tu baca sampai habis yer sebab mana tahu korang berminat untuk muat turun Aplikasi Astro On The Go . 

Kenapa Budak Pacak cakap Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini ? Dengan aplikasi Astro On The Go , korang boleh luangkan masa melihat rancangan kegemaran korang seperti drama Korea, game show atau mana - mana rancangan hanya di tablet atau smartphone korang. Yang paling menarik kesemua ini boleh dilihat dimana sahaja tak kira tempat atau masa.  Gempak bukan ? 




Tambah pula sekarang adalah musim Piala Dunia 2014 , kepada kaki bola di luar sana korang boleh lihat permainan pasukan kegemaran korang pada aplikasi Astro On The Go. Kalau ditanya Budak Pacak kenapa memilih Astro On The Go, sebabnya dengan aplikasi ini Budak Pacak boleh menonton rancangan Discovery Channel dan Astro TVIQ sebagai bahan rujukan untuk menulis dan mengajar. 

Ini turut diakui oleh pelajar - pelajar HELP University dan Sunway University sempena dengan jelajah Kampus Astro On The Go baru - baru ini. Untuk pengetahuan korang sambutan yang diterima amat menggalakkan .  






Budak Pacak sempat ke sana untuk melihat sendiri kemeriahan jelajah Kampus Astro On The Go. Tak menang tangan langsung kakitangan Astro dibuatnya . 


Selfie bersama rakan blogger dan kakitangan yang bertugas







Mana tidaknya , dengan promosi pendaftaran Astro On The Go yang dijalankan  secara percuma dan ditambah pula dengan beberapa permainan yang menarik seperti pertandingan timbang bola dan cabutan bertuah telah menarik minat pelajar kedua - dua kampus ini . 






Budak Pacak sempat juga bertanya kepada beberapa orang pelajar disana, kenapa dorang beria nak daftar Astro On The Go ? Rata - ratanya memberi jawapan sebab nak tengok bola dan minat rancangan memasak.





 Dan dengan aplikasi ini membuatkan mereka tidak perlu risau berkejar masa balik ke rumah semata - mata untuk lihat rancangan kegemaran mereka. Sebab itulah ' I Choose Astro On The Go ' . 


Budak Pacak pun gunakan Astro On The Go untuk tengok Piala Dunia 2014


Mesti korang tertanya bukan macam mana nak muat turun aplikasi ini ? Disini Budak Pacak sertakan cara - cara untuk muat turun aplikasi Astro On The Go mengikut gadget korang masing - masing. 


klik untuk zoom 


Boleh ke bukan pengguna Astro gunakan aplikasi Astro On The Go ?Jawapannya adalah BOLEH walaupun korang bukan pelanggan Astro di rumah . Malah korang boleh akses secara percuma ke rancangan berikut 




  • Astro Awani 
  • Rancangan Astro Arena yang terpilih
  • Episod pertama Rancangan Khas seperti MasterChef All Stars , Maharaja Lawak Mega dan lain - lain 
  • Filem tempatan dan antarabangsa yang terpilih
  • Sukan Tempatan dan Antarabangsa secara Live yang terpilih seperti Liga Super Malaysia 2014 , Badminton World Series dan lain - lain 
Rasa rancangan atas seperti tidak mencukupi ? Jangan risau kerana kepada pelanggan Astro atau bukan pelanggan Astro di rumah masih ada kelebihan dan pakej yang disediakan kepada korang . 




Dengan aplikasi Astro On The Go, buat pengguna Astro yang melanggan pakej Astro Super Pack , Sports Pack , Multiroom da Value Pack di rumah  , korang boleh akses ke 30 rancangan kegemaran korang pada komputer , laptop atau mana - mana gadget tak kira dimana jua secara PERCUMA .Walau bagaimanapun akses kepada rancangan tersebut bergantung kepada pakej yang telah korang pilih.





Jika korang melanggan lain dari pakej di atas, korang masih boleh layari rancangan kegemaran korang yang lain pada Astro On The Go dengan bayaran hanya RM 10 sebulan

Bukan pelanggan Astro di rumah ? Jangan risau sebab korang masih boleh menikmati rancangan kegemaran korang pada Astro On The Go dengan  memilih beberapa pakej yang disediakan khas untuk korang . 

klik untuk zoom 


Jadi segalanya mudah bukan dengan Astro On The Go ?  Tonton rancangan kegemaran korang dengan kemudahan di hujung jari . Daftar sekarang sebab ianya adalah percuma  !  Terima Kasih Astro On The Go untuk aplikasi yang gempak ini. ' I Choose Astro On The Go , How About You  ? '


Best View In 360 Quality 


Muat turun aplikasi ini pada App Store atau Google Play. 
Daftar secara percuma di https://onthego.astro.com.my

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh ke 



p /s ; segala informasi di hujung jari. Terima kasih Astro On The Go 

Astro On The Go Pilihan Pelajar Terkini

by on 26.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .  Siapa pelanggan Astro di sini ? Kalau pelanggan Astro baguslah, bagi yang bukan tu, ja...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

XES merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tanah air terutama buat korang yang shopaholic . 

Baru - baru ini bertempat di Glenmarie Shah Alam telah diadakan preview Koleksi Musim Panas XES 2014  serentak dengan perasmian Butik Premium mereka . 





Jadi lepas ni kalau korang nak shopping barangan XES , boleh terus ke butik premium mereka yang beroperasi dari jam 10 Pagi sehingga 7 Malam.




Segala jenis produk XES boleh korang dapatkan disini termasuklah kasut , beg dan banyak lagi .

Berbalik kepada Koleksi Musim Panas XES 2014 , mereka telah perkenalkan gaya musim panas yang terbaru untuk lelaki dan perempuan seperti 

Summer Ballerinas 




Summer Boat Shoes



Summer Casual Platform 




Summer Comfort Flip Flop



Summer Fisherman Shoes 



Summer Gladiators Flip Flop




Summer Platform Slip On 



Summer Princess Casual 




Summer Princess Platform 



Summer Slip On Sandals 


Ladies Summer Gladiator 


Jadi mana satu pilihan korang ? Untuk Raya nanti bolehlah dapatkan di sini . Harganya sangat berpatutan . Jenama kita kebanggan kita bukan ?



Terima kasih XES untuk pemberian ' kasut raya  ni ' . Dah tak payah cari yang lain kehkehkeh...

p /s ; Kualiti setanding dengan diimport 


Koleksi Musim Panas XES 2014

by on 24.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua XES merupakan jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen tanah air terutama buat ko...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua .


Siapa peminat KFC disini ? Kalau korang memang peminat tegar KFC , korang harus cuba menu terbaru mereka , Tangy Crunch yang kini dalam pasaran . 



Perkenalkan Tangy Crunch, ayam goreng rasa limau dan rangup satu keunikan dari KFC yang pastinya membangkitkan lagi citarasa dan selera korang . 



Ayam Goreng terbaru ini menampilkan rasa unik dari limau nipis kepada rasa pedas dan sudah tentunya rangup . KFC Tangy Crunch ini telah diperkenalkan sempena bulan Ramadhan yang menjelang tiba yang pastinya memberi kelainan pabila waktu berbuka nanti. 



Budak Pacak sempat merasa menu terbaru ini , rasanya memang sangat sedap. Serius memang menangkap selera . 

Untuk menu terbaru ini , KFC telah menawarkan pelbagai pilihan hidangan kombo . Kombo A menawarkan dua ketul ayam goreng Tangy Crunch , empat ketul kentang Hash -round , satu mangkuk nasi beserta sup dan satu minuman teh ais limau

Manakala untuk Kombo B pula mengandungi 3  ketul Ayam Goreng Tangy Crunch , satu set Cheezy Wedges saiz biasa , seketul ban butterscotch dan satu minuman teh ais limau. 

Set Tangy Feast sesuai untuk empat hingga lima orang yang mengandungi 9 ketul Ayam Goreng Tangy Crunch beserta hidangan sampingan yang berharga RM 39.90

Kalau korang yang nak makan bersama keluarga atau rakan - rakan pula, Budak Pacak cadangkan Celebration Bucket yang terdiri dari Bucket A dan Bucket B . 

Bucket A mengandungi 6 ketul Ayam Goreng Tangy Crunch berserta hidangan sampingan manakala Bucket B pula mengandungi 15 Ayam Goreng Tangy Crunch beserta hidangan sampingan

Dengan setiap pembelian Celebration Bucket ini korang bakal dapat satu set selimut serba guna Doraemon yang comel dan lembut . Didatangkan dengan 6 pilihan warna , sudah pasti kanak - kanak sangat menyukainya. 

Jadi kalau tak tau nak makan apa waktu berbuka nanti, silalah ke KFC untuk merasai rasa rangup Ayam Goreng Tangy Crunch !


 p /s ; Makan panas - panas pula, memang membangkitkan selera 

Tangy Crunch Menu Terbaru Di KFC

by on 23.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua . Siapa peminat KFC disini  ?  Kalau korang memang peminat tegar KFC , korang harus cuba...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Macau selama 4 Hari 3 Malam untuk  Media Familiarization Trip To Macau . Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal , hajat Budak Pacak untuk review negara luar telah tercapai . 

Program ini adalah anjuran Air Asia bersama - sama Macau Government Tourism Office (MGTO) . Apa yang Budak Pacak boleh katakan mengenai Macau adalah diibaratkan seperti mini Las Vegas. Pada malamnya kota Macau ini meriah dengan kerlipan lampu LED setiap bangunan

 Apapun yang itu Budak Pacak akan ceritakan pada entry yang akan datang. Kali ini Budak Pacak nak berkongsi Hotel Pilihan Di Macau . Mana tahu buat korang yang nak travel ke sini ,bolehlah menginap di hotel - hotel yang Budak Pacak bakal senaraikan ini .

Hotel - hotel ini sesuai untuk mereka yang berkemampuan kerana harganya agak tinggi namun dengan segala kemudahan dan jenis bilik memang sangat berpuas hati. 

Royal Hotel

Hotel Royal adalah merupakan tempat penginapan kami selama 4 Hari 3 Malam . Disini kami telah telah ditempatkan seorang satu bilik . Mengenai hotel di Macau , rata - ratanya adalah hotel bertarafkan 5 bintang termasuk Hotel Royal. 



Menarik mengenai Hotel Royal ini adalah ianya terletak di tengah - tengah bandar malah berhampiran dengan tempat - tempat menarik untuk dilawati seperti Ruin Of St Paul's dan rumah api. 






Di hotel ini lengkap dengan semua fasiliti malah disini, pengunjung boleh memilih untuk makan di restoran atau cafe mereka , Catalpa Garden - Shanghainese style atau Fado - Portuguese style . 


Catalpa Garden



Fado 



Antara pengiktirafan hotel ini adalah pada tahun 2012, restoran mereka Catalpa Garden telah dinobatkan sebagai Hong Kong And Macau Best Restaurants .  Status Halal  dan Haram restoran hotel ini ?

Mereka sangat menjaga sensitiviti setiap para pengunjung. Sepanjang kami disini , semua makanan telah dipastikan jenisnya dan telah dihantar ke bilik untuk keselesaan kami. Terima Kasih Hotel Royal 

Untuk Maklumat lanjut - http://www.hotelroyal.com.mo/

Conrad Hotel 

Hotel mewah ini terletak di tengah bandar Macau dimana di dalam hotel ini turut menghubungkan terminal feri. Mengutamakan ' Luxury of Being Yourself'




segala kemudahan di dalam hotel ini menjanjikan keselesaan . Dengan pemandangannya yang menghadap bandar Macau ,membuatkan setiap pengunjung yang menginap disini tertarik dengan kemudahannya. 




Untuk pengetahuan korang , yang menjadi tarikan utama hotel ini adalah Spa mereka, Bodhi Spa yang bertaraf antarabangsa.



 Malah pada World Luxury Spa Award 2014 , Bodhi Spa telah dinobatkan sebagai Best Luxury Emerging Spa in Asia dan Best Luxury Day Spa in China untuk penggal yang kedua berturut - turut .





Untuk menginap disini , harga bermula HK$2,298 untuk satu malam . 

Untuk Maklumat Lanjut - http://conradhotels3.hilton.com/

Holiday Inn Macau 

Cakap mengenai Hotel Holiday Inn mesti korang pernah dengar bukan  ? Holiday Inn Macau merupakan  Holiday Inn yang terbesar di dunia . Mempunyai 1,224 bilik , hotel ini sangat bersesuaian buat mereka yang berkeluarga. 



Mana tidaknya fasiliti disini dibuat khas untuk mereka yang ada anak - anak kecil. 




Bermula dengan kolam renang khas kanak - kanak sehinggalah ke Pertunjukan khas Shrek , Madagascar dan Kung Fu Panda  untuk kanak- kanak telah direka khas. 

Pencapaian hotel ini pula , mereka telah menerima TripAdvisor® Certificate of Excellence award di atas kemudahan hospitalitinya yang sangat memuaskan. 

Untuk maklumat lanjut - http://www.holidayinn.com/macao

Sheraton Hotel 

Sheraton Hotel terletak di Sands Cotai Sentral . Untuk pengetahuan korang , Holiday Inn dan Conrad Hotel turut berada di sini dan berhubung antara satu sama lain. 




Sheraton Hotel yang mempunyai dua bangunan ini merupakan hotel yang terbesar di Macau dan juga Starwood Hotels & Resorts yang terbesar di dunia

Hotel ini juga merupakan pilihan untuk mereka yang berkeluarga .Kerana dengan adanya family suite, ianya sangat mesra pengguna terutamanya bagi kanak - kanak .





Mempunyai 8 jenis bilik , pengunjung boleh memilih untuk menginap di Deluxe Room sehinggalah Presidential Suite . Harga untuk satu malam bermula  HKD 1,197++

Untuk maklumat lanjut - http://sheratonmacao.com/


Jadi itulah antara pilihan hotel di Macau .Sebenarnya Macau ni terlalu banyak hotel jadi tak ada masalah untuk para pengunjung. Yang membezakannya adalah jarak , kemudahan dan taraf. Untuk korang yang nak kesini , pesan Budak Pacak kena pandailah pilih, lain hotel , lain harganya. 

Nantikan entry seterusnya mengenai tempat menarik di Macau 




p /s ; Terbang Murah ke destinasi pilihan dengan Air Asia

Hotel Pilihan Di Macau | AirAsia FAM Media Trip To Macau

by on 21.6.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Baru - baru ini Budak Pacak telah ke Macau selama 4 Hari 3 Malam untuk   Media Familia...