Tarikan di Pulau Redang
Day 5
Hari ini aktiviti kami lebih di Pulau Redang salah satu pulau yang terkenal dengan keindahan laut dan pasirnya yang putih mulus.
Bagi Budak Pacak ini antara yang aktiviti dan tempat yang sangat ingin dilawati. Mana taknya kalau sebelum in dengar orang cakap je mengenai keindahan Pulau ini, tapi hari ini impian tercapai. Syukur ,Alhamdulillah.
Kami bertolak dari Jeti Syahbandar , Kuala Terengganu dengan menaiki dua feri setinggi tiga tingkat yang ditempah khas. Perjalanan yang memakan masa hampir satu jam ini ternyata sangat berbaloi apabila dari jauh sudah kelihatan keindahan Pulau Redang.
Malah sepanjang perjalanan pergi dan balik , Budak Pacak dan rakan yang lain ambil peluang ini untuk ' meneroka isi' feri ini. Tatkala orang semua letih , kami ke ruangan dek untuk menghayati keindahan laut sekitar Pulau Redang. Untuk pengetahuan , Kami juga diberi peluang masuk ke dek kapten. Terima kasih kapten.
Sampai sahaja di Pulau Redang , terpegun sebentar melihat lautnya yang sangat jernih sehingga boleh nampak ikan bermain - main di dalam laut. Aktiviti kami di sini adalah snorkeling. Buat korang yang tercari - cari tempat snorkeling di Malaysia, Budak Pacak ingin cadangkan Pulau Redang sebagai pilihan korang.
Selesai taklimat mengenai Pulau Redang dan tatacara keselamatan , kami terus lakukan aktiviti snorkeling. Nasib Kisah Tatie ada bawa go pro beliau , jadi bolehlah kami ambil gambar di dalam dasar laut.
Ternyata kagum seketika dengan ciptaan-Nya yang sungguh indah . Alangkah ruginya kalau laut yang cantik ini dicemari dengan sisa yang memudaratkannya. Jadi kepada korang diluar sana , kalau lakukan aktiviti snorkeling atau ke laut jangan sesekali cemarkannya kerana adalah menjadi satu kesalahan kepada individu yang melakukannya.
Ternyata kagum seketika dengan ciptaan-Nya yang sungguh indah . Alangkah ruginya kalau laut yang cantik ini dicemari dengan sisa yang memudaratkannya. Jadi kepada korang diluar sana , kalau lakukan aktiviti snorkeling atau ke laut jangan sesekali cemarkannya kerana adalah menjadi satu kesalahan kepada individu yang melakukannya.
Selepas penat bersnokeling , kami ke Laguna Redang Island Resort untuk jamuan tengahari yang terletak berhampiran Pulau Redang . sekali lagi Budak Pacak tergamam sebentar dengan keindahan pemandangan resort ini . Pasir pantainya jauh lebih putih dan halus malah resort yang menghadap laut ini memukau pandangan setiap pengunjung yang hadir.
Buat korang yang berkahwin dan nak cari tempat honeymoon yang menarik , bolehlah ke sini, Untuk korang yang nak cari ketenangan pun boleh ke sini. Budak Pacak highly recommend this place . Sangat best tahu.
Selepas kenyang menjamah makanan, terasa macam rugi pulak kalau tak merasa mandi disini. Walaupun panas terik dan jam menunjukkan pukul 2 waktu itu , Budak Pacak dan rakan - rakan yang mengambil keputusan untuk terjun sekali lagi ke dalam laut. Dan hasilnya terserlah kehitaman yang memukau setiap yang melihatnya sehingga ke hari ini.
9 comments:
Kan..kan. Byk orang suke gi melancong luar negara, sedangkn dalam msia ni byk je tempat best2. Huhu! Bestnye selfie dalam air.
bestnya huhuhu
Cantiknyaaa suasana kat pulau ni. Serius tak pernah pergi lagi dan dah lama teringin nak bercuti kat sini. Huaaaaaaaaaa. Menangis sekejap tengok lautnya yang jernih tu
salam admin blog, jom baca & komen artikel terbaru saya
Liyana Jasmay selamat lahirkan bayi perempuan semalam ---> http://syokbah.com/liyana-jasmay-selamat-lahirkan/
@Ismi Anabest moment
@Mawardi Yunusjom ajak sahabat media ke sini
@✿AINAA ROSEBERRY✿Cantik kan ciptaan-Nya
@Biru Weblogterima kasih kerana singgah
Slm semua..
Saya seorang runner pekej untuk beberape resort/chalet di pulau redang
Sesiapa yang berminat nak ke sana boleh hubungi/whatsapp untuk
Sebarang pertanyaan/keterangan dan tempahan 0179799773
Post a Comment