Total Pageviews

Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu


Day 6 

Hari keenam kami ataupun hari terakhir kami di Terengganu sebelum bertolak balik ke ibu kota keesokan harinya lebih kepada jalan - jalan sekitar bandar Kuala Terengganu yang kaya dengan warisannya. 

Kalau sebelum ini Budak Pacak dah ke Taman Panorama , Taman Tamadun Islam , Kilang Perusahaan Tembaga , Perusahaan Batik STR dan Kilang Keropok pada entry Tempat Menarik Di Kuala Terengganu

Kali ini Budak Pacak nak kongsi Senarai Tempat Menarik Di Kuala Terengganu sebagai tambahan pada entry yang lepas. 

Kompleks Kraf Noor Arfa 


Untuk pengetahuan korang,batik jenama Noor Arfa adalah antara perusahaan batik yang popular di Malaysia.

Di kompleks ini, korang boleh dapat pelbagai barangan yang bermotifkan batik dengan harga yang murah. Malah selain jualan barangan batik , disini juga terdapat demonstrasi membuat batik khas untuk para pengunjung 

Masjid Terapung 

Masjid Terapung atau masjid Tengku Tengah Zaharah adalah salah satu ikon pelancongan di Negeri Terangganu, nak tengok keunikannya kenalah datang sendiri ke sini okay.



 Di kawasan sini juga  terdapat tempat untuk berekreasi bersama keluarga 

Pasar Payang

Orang Terengganu cakap tak sah kalau ke Terengganu kalau tak ke Pasar Payang.Keunikan Pasar Payang ini terletak pada segala jenis kraftangan , makanan tempatan boleh dapat disini dengan harga paling murah. 




Jadi kalau nak cari keropok lekor, batik tak payah cari jauh - jauh datang je ke sini boleh dapat semua benda. 

Muzium Negeri Terengganu 

Muzium Negeri Terengganu merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara . Terdapat pelbagai artifak menarik malah Batu Bersurat yang terkenal turut dipamerkan.





 Kunjungan kami di sini lain dari kebiasaan kerana kami melawat muzium ini disebelah malam , malah kami turut diraikan dengan kenduri seperti warisan dahulu kala. 

***************************************************************

Jadi itulah serba sedikit cerita mengenai Budak Pacak berkampung di Terengganu sempena Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014

Pada malam terakhir disini, kami telah ke kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu untuk menikmati jamuan makan malam bersama beliau. 


bersama - sama rakan Media dari Thailand 




Gambar yang telah memenangi hadiah sebagai gambar Instagram Harian Terbaik

Malah pada malam tersebut, Budak Pacak telah diumumkan sebagai salah seorang pemenang untuk Gambar Instagram Harian Terbaik . Terima kasih sebab pilih Budak Pacak sebagai pemenang. 



Di kesempatan ini , Budak Pacak ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu , Tourism Terengganu , PDRM Terengganu , RELA serta organisasi lain yang telah menjaga kebajikan kami disini. Tidak dilupakan, terima kasih dan tahniah kepada Gaya Travel kerana menjemput kami serta menjayakan acara ini. 

Bagi Budak Pacak ini adalah antara trip yang terbaik pernah Budak Pacak sertai. Dan buat korang yang tercari - cari lokasi menarik untuk bercuti , Budak Pacak cadangkan Negeri Terengganu yang penuh dengan warisan negara. 

Sekian sahaja entry mengenai Negeri Terengganu , buat yang terlepas entry sebelum ini, boleh klik di Day 1 |  Day 2  |   Day 3 | Day 4 | Day 5  untuk catatan pengalaman Budak Pacak di sini. 


Untuk sebarang aktiviti dan produk pelancongan di Terengganu boleh lawati 



Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia
No Telefon :
09-6231553
Email :
tourism@terengganu.gov.my
Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu
Website :
Terengganu Tourism





p /s ; Rindu Terengganu dah.....

1 comment:

Villa 827 said...

Selamat bercuti!

Kunjungilah A' Famosa Resort, Melaka dan 5* villa

www.villafamosaresort.com

Terima Kasih