Riyaz Heritage Marina Resort Lokasi Aktiviti Mencandat Sotong | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu
Day 4
Untuk hari keempat kami disini, aktiviti dimulakan dengan melawat Islamic Civilization Park ataupun Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu. Disini terdapat beberapa monumen Islam yang bersejarah di seluruh dunia.
Bagi Budak Pacak ini adalah kali kedua kunjungan di sini . Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai waktu operasi Taman Tamadun Islam dan sebagainya boleh rujuk entry Budak Pacak yang lepas di SINI .
Kali ini , Budak Pacak ingin bercerita mengenai Riyaz Heritage Marina Resort yang menjadi lokasi aktiviti mencandat sotong kali ini. Untuk pengetahuan korang , disini selalunya diadakan Monsoon Cup disebabkan lokasinya yang agak strategik dan cukup menarik .
kalau korang pandai cuba teka ini apa , kehkehkeh
Dan untuk hari ini, kami akan berlepas dari sini untuk mencandat di perairan Pulau Kapas yang dikatakan sebagai ' lubuk' sotong. Seperti yang lepas , kami ditempatkan dalam satu bot 4 orang tetapi kali ini Budak Pacak hanya bertemakan Emily.
bersama Emily
Berbeza dengan Pulau Chepu, ombak di kawasan sini agak ' ganas ' . Belum pun sampai ke lokasi yang ditujui Budak Pacak dah give up sebab mabuk laut. Agak teruk berbanding hari tu sebab dari awal sehingga akhir aktiviti mencandat, Budak Pacak hanya baring dan perhatikan anak kapal mencandat. Kena pulak bot yang dinaiki kami antara yang terakhir pulang yang mengambil masa hampir dua jam lamanya.
Walau bagaimanapun Budak Pacak gembira melihat anak kapal yang tak menang tangan mencandat sebab apa yang Budak Pacak perhatikan, kali ini sotong banyak naik ke permukaan, Jadi boleh lihat dengan jelas keadaannya. Kena pula pada malam itu, bulan sedang mengambang penuh.
Kata orang , kalau bulan mengambang, sotong banyak naik ke permukaan. Ternyata telahan tersebut benar belaka. Terdapat hampir 40 ekor sotong berjaya dinaikkan dan antara jenis sotong yang kami dapat adalah sotong jenjarum , sotong katak , sotong hantu dan sotong torak .
Daripada pukul 5 bertolak , pada jam 11 malam kami mula bertolak pulang ke Riyaz Heritage Marina Resort untuk sesi pengadilan dan jamuan makan malam. Ternyata pengalaman mencandat sotong di Terengganu tak akan dilupakan.
Ketika ini barulah tahu bagaimana susah senang kehidupan seorang nelayan untuk mencari rezeki. Terima kasih kepada tekong dan anak kapal yang membawa serta memberi kami tips untuk mencandat sotong. Andai ada rezeki , kita berjumpa lagi.
Untuk sebarang aktiviti dan produk pelancongan di Terengganu boleh lawati
Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia
No Telefon :
09-6231553
Email :
tourism@terengganu.gov.my
Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu
Website :
Terengganu Tourism
p /s ; nantikan entry seterusnya mengenai pengalaman snorkeling di Pulau Redang
8 comments:
Oh sini tempat lepak aku bila balik kg nie budak pacak haha
tak pernah lagi rasa suasana candat sotong..pe lagi, bakar la sotong tu..hehe
Tak payah gi luar negara, dalam Malaysia pun de macam2 tempat travel best2.
Terliur plak aih tgk sotong. 0_o
@Hafiz Hafizol haha dalam mimpi ke apa
@Nick Nashram dah jenuh makan sotong kat sini kekeke
@Sis Annasetuju, segalanya ada disini
Sweet memories of muntah 10 kali. HAHAHA
@Emilyhaha best moment
Post a Comment