Petronas Kongsi Warisan Kaamatan dan Gawai
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Siapa dah tengok iklan Petronas yang terbaru mengenai Hari Gawai ?
Iklan yang memaparkan budaya dan ritual Pesta Kaamatan dan Gawai tersebut telah dihasilkan oleh Petronas yang telah mula disiarkan bermula 26 Mei .
Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Galeri Petronas untuk menyaksikan sendiri Majlis Pelancaran Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai Petronas .
Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kedua - dua perayaan ini selain memupuk perpaduan sosial di Malaysia . Selain Petronas, kempen ini turut menyaksikan jalinan kerjasama antara MASwings , Petrosains dan Galeri Petronas.
Untuk makluman korang, ketiga - tiga syarikat ini telah membawa 52 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur bagi merasai sendiri pengalaman baru seperti menghadiri ceramah motivasi, melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia ( MAS ), lawatan ke Menara Berkembar Petronas serta menyertai aktiviti - aktiviti menarik di Petrosains dan Galeri Petronas.
Sementara di Sabah dan Sarawak pula , Petronas meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya , Sentuhan kasih yang bertujuan untuk meraikan dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik.
Program ini melibatkan sukarelawan kakitangan Petronas dimana mereka membantu menjalankan gotong royong, membaik pulih termasuk membersihkan rumah panjang sebagai persiapan menyambut perayaan ini
Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak ingin ucapkan Selamat Hari Gawai kepada pembaca yang menyambutnya. ' Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyaman '
p /s ; teringin nak belajar budaya disana.
1 comment:
Kaamatan? Ape tu? Hehe..xtau la pe kaamtan tu. Hari gawai tau la.
Post a Comment