Kempen ' Say Yes To Watsons Brand '
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Siapa pengguna barangan atau kaki wajib ke Watsons ? Kalau ya , kita satu geng . kehkehkeh
Baru - baru ini Watsons telah melancarkan kempen ' Say Yes To Watsons Brand ' yang telah bergandingan dengan Reggie Lee salah seorang kartunis terkenal yang telah menyumbang karya beliau di dalam kempen ini .
Sebagai salah satu outlet dan jenama yang dipercayai, Watsons telah perkenalkan beberapa produknya yang tersendiri yang jauh lebih murah dan berkualiti.
Apa yang Budak Pacak suka mengenai watsons ini adalah produknya sangat berkualiti malah setiap pembelian mempunyai nilai yang membolehkan para pengguna menebusnya dengan ganjaran sebagai satu usaha untuk berbelanja di sini.
Malah pada musim tertentu, Watsons telah mengadakan jualan potongan harga yang sememangnya jauh lebih murah berbanding outlet lain.
Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan utama pengunjung di 3500 outlets di seluruh Asia dan Eropah . Bercakap mengenai kualiti produk Watsons , jangan risau. Ini kerana setiap produk mereka telah menjalani ujian pemeriksaan selama 18 bulan dan selepas proses itu , mereka mengkaji semula produk itu untuk melihat keberkesanannya.
Budak Pacak Say Yes To Watsons Brand , how about you ?
p/ s ; benda wajib beli dekat Watsons , Wax rambut. kehkehkeh
1 comment:
Barangan watsons memang elok pun. Cume area perumahan ana ni takde watsons. Kene gi bandar baru ade. Huhu
Post a Comment