Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 Meriah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua
Mei 2014 menyaksikan Sungai Pahang sekali lagi menjadi saksi kepada Kembara Berakit sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 .
Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 kali ini melibatkan seramai 210 peserta yang terdiri daripada pengunjung tempatan, badan kerajaan dan juga badan swasta. Budak Pacak telah berkesempatan berkampung di Pahang untuk turut merasai kemeriahan Kembara Berakit pada tahun ini.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang telah menganjurkan Kembara Berakit ini buat penggal yang ketiga selepas kejayaan yang pertama sejak tahun 2011 .Untuk pengetahuan korang, dahulu ianya dikenali sebagai Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 dan Moh Ke Sungai 2012.
Kembara Berakit telah mulakan kemudi pertamanya pada 15 sehingga 17 Mei yang menyaksikan 35 Buah rakit tradisi mengharungi arus Sungai Pahang . Pelbagai ragam dan aksi oleh peserta dapat disaksikan .
Media Team with Kisah Tatie
Ada yang rakitnya tenggelam dek arus dan ada yang baru nak mengemudi terus demam dalam rakit. Bukan senang tahu nak berakit sejauh 69 kilometer yang bermula dari Dataran Esplanade Temerloh ke Jeti Lama Chenor, Maran.
Sepanjang 69 Kilometer tersebut terdapat 2 checkpoint untuk para peserta berehat sebelum mulakan pengemudian rakit. Checkpoint yang pertama setelah 32 kilometer berakit,adalah di Sekolah Kebangsaan Guai, Bera.
Sepanjang berkampung di sini selama 1 malam , terdapat pelbagai aktiviti telah diisi sebagai kemeriahan di sebalik acara ini. Antaranya adalah pertandingan permainan tradisional seperti boling kelapa , gusti lengan , sepak raga. hencang buah keras , laga biji getah dan juga tarik tali.
Keesokannya , kayuhan rakit disambung semula seawal jam 8 pagi yang telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Dato' Norul Azali Bin Sulaiman , Ahli Dewan Undangan Negeri Guai . Kali ini perjalanan sejauh 21 Kilometer menuju ke Kampung Batu Bor , Bera harus diselesaikan.
Perjalanan kali ini dari Guai ke Bera memakan masa hampir dua jam lamanya dan ketibaan para peserta telah disambut meriah Penduduk Kampung Batu Bor ,Bera. Malah tibanya disini, mereka telah dihidangkan minuman tradisional , Nira Nipah sebagai penghilang dahaga. Kalau sebelum ni hanya nampak di tepi jalan, bagi Budak Pacak sendiri ini adalah kali pertama meminumnya.
Di sebelah malamnya, telah diadakan persembahan oleh Anak Kayan. Korang tahu apa itu Anak Kayan ?Anak Kayan sebenarnya merujuk kepada kumpulan alat muzik yang menggunakan kayu kayan sebagai alat muzik dan lagu - lagu yang dimainkan kebanyakannya adalah lagu rakyat negeri Pahang.
Sebagai pengakhiran edisi Kembara Berakit Sungai Pahang 2014, kayuhan rakit yang terakhir sejauh 16 telah diteruskan menuju ke Hentian Tamat di Jeti Lama Chenor, Maran. Ketibaan peserta berakit disambut dengan tiupan tetuang , muzik pergendangan dan tembakan meriam buluh .
Bagi meraikan para peserta , Yang Berbahagia Datuk Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia selaku wakil rasmi kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah turun padang sendiri bagi meraikan kejayaan Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 .
Sepanjang Kembara Berakit Sungai Pahang 2014, 4 pertandingan utama telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Rakit Cantik , Juara Hentian Guai , Juara Hentian Batu Bor dan Juara Hentian Chenor.
Menariknya hadiah bagi setiap anugerah juara hentian ini, kumpulan yang memenanginya bakal membawa pulang seekor Lembu sumbangan ADUN Guai , Yang Berhormat Dato ' Norol Azali Bin Sulaiman , ADUN Bera , Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Haji Yaakob dan ADUN Chenor , Encik Mohamed Ariffin Bin Awang Ismail .
Jadi itu saja cerita mengenai Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 yang telah berlangsung dengan meriahnya . Bagi Budak Pacak sendiri aktiviti macam ini sepatutnya dibuat setiap tahun , tidaklah nanti generasi akan datang tanya apa itu rakit. Kalau Budak Pacak sendiri ini adalah pengalaman pertama kali berakit, korang pula ? kehkehkeh..
p /s; cerita di Pahang tak habis di sini je, Nantikan entry akan datang di sebalik Misteri Gunung Senyum
8 comments:
Wah...meriahnye! Tak pernah berakit. Huhu.
kraftangan pahang menang no 2 rakit tercantik hihihi
@Ismi Anahehe nanti buat lagi, joinlah
@Phathehe tahniah yer
Hadiahnyaaa memang menarik, bg seekor lembu tu. Wahhhhhhh. Bagusnyaaa aktiviti2 macam ni.
Assalammualaikum, ohh .. enta masuk jugak ye ? hehe.. ana jadi pemerhati jah :P
kawan2 Tourism Malaysia Pahang yg masuk
@✿AINAA ROSEBERRY✿haha kalau ena masuk mesti boleh menang
@Syaifuddin Aliasoh ada juga ke time tu? hehe kalau kenal mesti tegur dah
Post a Comment