Total Pageviews

Keindahan Tasik Kenyir | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu




Day 3 



Keindahan Tasik Kenyir memang tidak boleh dirungkai lagi. Hari ketiga kami berkampung di Tasik Kenyir , Hulu Terengganu. Perjalanan yang mengambil masa hampir satu jam dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ini ternyata tidak sia - sia apabila sampai di Tasik Buatan Manusia terbesar di Asia Tenggara ini . Sungguh cantik pemandangannya. 




Sampai sahaja disini , aktiviti kami yang pertama adalah Kenyir Island Hopping dimana dalam aktiviti ini kami dibawa melawat tasik yang mempunyai hampir 340 buah Pulau Kecil dan 14 Air Terjun di dalamnya. Menarik bukan ? 




Disini kami telah dibawa ke beberapa pulau kecil seperti Tropical Garden dan Orchid Garden . Di Tropical Garden kami telah diperkenalkan beberapa jenis tumbuhan yang terdapat di dalam pulau ini. Malah kami turut diberi peluang untuk mencuba sendiri rasa Buah Ajaib





Ini adalah kali pertama Budak Pacak rasa buah ini. Nak tahu di mana ajaibnya Buah ini ? Kami telah mencuba makan buah ini dan seterusnya makan Buah Limau Kasturi yang sememangnya terkenal rasa masam - masam manis. Ajaibnya, rasa masam buah limau Kasturi ini telah hilang malah telah bertukar menjadi sangat manis. Ajaib bukan ? 




Seterusnya kami ke Pulau yang tersimpan pelbagai jenis Orkid. Disini terdapat banyak spesies Orkid dalam dan luar negara .Kesemua spesis Orkid ini hidup meliar di Pulau ini dan dijaga sepenuhnya .




 Jadi kalau korang ke Tasik Kenyir jangan lupa singgah ke Pulau - pulau ini yang kaya dengan Flora dan Fauna .

Aktiviti yang paling dinanti - nantikan untuk hari ini adalah lawatan ke Kelah Sanctuary di Sungai Petang. dimana disinilah terletaknya pelbagai spesis Ikan sungai termasuk Kelah yang jinak -  jinak belaka.




 Untuk kesini, korang kena  lalui jalan pejalan kaki hampir ke 200 meter ke tempat yang ditujui . Walau bagaimanapun semasa lawatan kami ke sini, kerja - kerja baik pulih jalan pejalan kaki sedang dilaksanakan. Jadi sampai di satu lokasi kami terpaksa naik yang Budak Pacak pun terlupa dah nama dia ~ sigh .. 




Tapi jangan risau menurut Tourist Guide kami, apabila siap nanti , kawasan ini bakal menarik ramai pelancong untuk kesini dengan adanya jambatan gantung yang menyusuri sepanjang sungai. Sampai je ke kawasan yang ditujui memang tak tunggu dah, terus terjun dalam sungai. Masuk je dalam sungai ni, semua ikan akan ke korang , memang geli kot. Natural fish spa




Untuk pengetahuan korang, kawasan ini telah dilindungi, jadi sebarang kelakuan atau aktiviti haram bakal dikenakan tindakan. Masa yang diperuntukkan disini untuk kami agak terhad , rasa tidak puas untuk berada disini.




 Disamping menikmati 'urutan semula jadi ' pemandangan dan udara disini ternyata sangat cantik dan segar sehingga membuatkan korang yang datang ke sini lupa seketika urusan di bandar. Budak Pacak sangat cadangkan korang yang inginkan ketenangan datang kesini. Pasti hilang seketika segala masalah! 

Selepas ikan , kita ke kawasan Gajah pula yang terletak di Kenyir Elephant Village tidak jauh dari Pengkalan  Gawi . Sebagai info, apabila siap sepenuhnya Kenyir Elephant Village ini antara perkampungan gajah yang terbesar di Malaysia




Tempat ini dijangka buka untuk para pengunjung pada Jun 2014 dan kami telah diberi pas istimewa oleh pengusaha tempat ini untuk melihat sendiri aktiviti - aktiviti gajah disini.







Terdapat 8 ekor gajah setakat ini dan diselia oleh pelatih - pelatih atau mahout yang dilatih untuk menjaga gajah ini. Kami sempat melihat sendiri secara dekat gajah - gajah ini mandi serta diberi peluang untuk memberi makanan kepada gajah. Gajah - gajah ini manja dan jinak tahu ! 


pemandangan dari menara tinjau




Antara kemudahan lain yang disediakan disini adalah jambatan gantung , menara pemantau serta laluan pejalan kaki khas untuk korang yang nak tengok secara dekat gajah - gajah ini. Jumlah gajah ini akan meningkat apabila dibuka kelak. Jadi jangan lupa datang ke sini nanti ! 

Untuk sebarang aktiviti dan produk pelancongan di Terengganu boleh lawati 



Tourism Terengganu
77A Jalan Sultan Sulaiman,
Kuala Terengganu, Malaysia
No Telefon :
09-6231553
Email :
tourism@terengganu.gov.my
Facebook :
Tourism Malaysia Terengganu
Website :
Terengganu Tourism



p/ s : serius best dekat Kelah Sanctuary !

10 comments:

Hafiz Hafizol said...

seronok jalan-jalan bro Terengganu bro :")

Luqman Zakaria said...

pergh..best giler kot.

Ismi Ana said...

Bestnye berjalan-jalan...tak pernah sampai ke Ganu...

✿INA AINAA✿ said...

Ya Allah!! Seronoknyaaaa. Untung khai dapat cari pengalaman sedemikian. Paling ena teringin, spa ikan tu. ekekekeke

khai artzfar said...

@Hafiz Hafizol terengganu da best hehe

khai artzfar said...

@luqman zakariatu baru tengok bro, meh la datang sini

khai artzfar said...

@Sis Anna haa jadi wajiblah ke terengganu. mesti tak akan lupa sampai bila - bila

khai artzfar said...

@✿AINAA ROSEBERRY✿Alhamdulillah rezeki.nanti ajaklah min ke sini haha

Pakej Tasik Kenyir said...

Pesta candat adalah pesta yang sangat menyeronokkan di Tasik Kenyir. Jarang dilakukan tetapi kemeriahannya sangat mengamit. Seronok sekali. :D

khai artzfar said...

@Pakej Tasik Kenyirkenangan yang tak akan dilupakan