Total Pageviews

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua 

Mei 2014 menyaksikan Sungai Pahang sekali lagi menjadi saksi kepada Kembara Berakit sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 . 

Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 kali ini melibatkan seramai 210 peserta yang terdiri daripada pengunjung tempatan, badan kerajaan dan juga badan swasta. Budak Pacak telah berkesempatan berkampung di Pahang untuk turut merasai kemeriahan Kembara Berakit pada tahun ini. 



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang telah menganjurkan Kembara Berakit ini buat penggal yang ketiga selepas kejayaan yang pertama sejak tahun 2011 .Untuk pengetahuan korang, dahulu ianya dikenali sebagai Kembara Berakit Antarabangsa Sungai Pahang 2011 dan Moh Ke Sungai 2012




Kembara Berakit telah mulakan kemudi pertamanya pada 15 sehingga 17 Mei yang menyaksikan 35 Buah rakit tradisi mengharungi arus Sungai Pahang . Pelbagai ragam dan aksi oleh peserta dapat disaksikan .




Media Team with Kisah Tatie 

 Ada yang rakitnya tenggelam dek arus dan ada yang baru nak mengemudi terus demam dalam rakit. Bukan senang tahu nak berakit sejauh 69 kilometer yang bermula dari Dataran Esplanade Temerloh ke Jeti Lama Chenor, Maran.  

Sepanjang 69 Kilometer tersebut terdapat 2 checkpoint untuk para peserta berehat sebelum mulakan pengemudian rakit.  Checkpoint yang pertama setelah 32 kilometer berakit,adalah di Sekolah Kebangsaan Guai, Bera.




 Sepanjang berkampung di sini selama 1 malam , terdapat pelbagai aktiviti telah diisi sebagai kemeriahan di sebalik acara ini. Antaranya adalah pertandingan permainan tradisional seperti boling kelapa , gusti lengan , sepak raga. hencang buah keras , laga biji getah dan juga tarik tali.



Keesokannya , kayuhan rakit disambung semula seawal jam 8 pagi yang telah dilepaskan oleh Yang Berhormat Dato' Norul Azali Bin Sulaiman , Ahli Dewan Undangan Negeri Guai . Kali ini perjalanan sejauh 21 Kilometer menuju ke Kampung Batu Bor , Bera harus diselesaikan. 





Perjalanan kali ini dari Guai ke Bera memakan masa hampir dua jam lamanya dan ketibaan para peserta telah disambut meriah Penduduk Kampung Batu Bor ,Bera. Malah tibanya disini, mereka telah dihidangkan minuman tradisional , Nira Nipah sebagai penghilang dahaga.  Kalau sebelum ni hanya nampak di tepi jalan, bagi Budak Pacak sendiri ini adalah kali pertama meminumnya. 

Di sebelah malamnya, telah diadakan persembahan oleh Anak Kayan. Korang tahu apa itu Anak Kayan ?Anak Kayan sebenarnya merujuk kepada kumpulan alat muzik yang menggunakan kayu kayan sebagai alat muzik dan lagu - lagu yang dimainkan kebanyakannya adalah lagu rakyat negeri Pahang



Sebagai pengakhiran edisi Kembara Berakit Sungai Pahang 2014, kayuhan rakit yang terakhir sejauh 16 telah diteruskan menuju ke Hentian Tamat di  Jeti Lama Chenor, Maran.  Ketibaan peserta berakit disambut dengan tiupan tetuang , muzik pergendangan dan tembakan meriam buluh . 

Bagi meraikan para peserta ,  Yang Berbahagia Datuk Ong Hong Peng, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia selaku wakil rasmi kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah turun padang sendiri bagi meraikan kejayaan Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 .

Sepanjang Kembara Berakit Sungai Pahang 2014,  4 pertandingan utama telah dipertandingkan iaitu Pertandingan Rakit Cantik , Juara Hentian Guai , Juara Hentian Batu Bor dan Juara Hentian Chenor. 

Menariknya hadiah bagi setiap anugerah juara hentian ini, kumpulan yang memenanginya bakal membawa pulang seekor Lembu sumbangan ADUN Guai , Yang Berhormat Dato ' Norol Azali Bin Sulaiman , ADUN Bera , Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Haji Yaakob dan ADUN Chenor , Encik Mohamed Ariffin Bin Awang Ismail . 

Jadi itu saja cerita mengenai Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 yang telah berlangsung dengan meriahnya . Bagi Budak Pacak sendiri aktiviti macam ini sepatutnya dibuat setiap tahun , tidaklah nanti generasi akan datang tanya apa itu rakit. Kalau Budak Pacak sendiri ini adalah pengalaman pertama kali berakit, korang pula kehkehkeh..

p /s; cerita di Pahang tak habis di sini je, Nantikan entry akan datang di sebalik Misteri Gunung Senyum 

Kembara Berakit Sungai Pahang 2014 Meriah

by on 30.5.14
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua  Mei 2014 menyaksikan Sungai Pahang sekali lagi menjadi saksi kepada Kembara Berakit semp...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Sebelum Budak Pacak buat perbandingan SJ 4000 dan GoPro , korang tahu ke apa itu SJ 4000 ?



Untuk pengetahuan korang SJ 4000 adalah Action Camera yang menyerupai fungsi GoPro Hero . Tapi kalau nak kata sama seratus peratus seperti Go Pro Hero tak juga. Sebab kedua - duanya mempunyai fungsi dan kelebihan masing - masing. 


ok dah tengok perbandingan dia ? Bagi Budak Pacak SJ4000 dah cukup hebat. Selain dari gambarnya yang berkualiti ianya jauh lebih murah dari Go Pro. 

gambar di atas menggunakan GoPro manakala dibawahnya adalah SJ4000


Sesuai sangat untuk korang yang baru nak berjinak dalam dunia fotografi dan kaki travel. 





Tapi untuk Budak Pacak,  GoPro Hero 3+ Black Edition telah menjadi pilihan. Mesti korang  hairan kenapa tak ambil SJ 4000 kan?
  


Ini kerana kerja Budak Pacak sekarang ni banyak merangkumi di luar dan 
kadang - kadang gambar yang diambil telah disunting oleh beberapa agensi untuk 
kadar segera. Jadi terpaksalah cari yang ada wifi dan alang - alang amik GoPro 
baik ambil latest terus ye dak , kehkehkeh

Nak tau dekat mana boleh dapatkan SJ4000  dan segala jenis GoPro ?



Jawapannnya adalah di Go Gadgets Malaysia. Untuk pengetahuan korang , Budak Pacak dapatkan GoPro disinilah . Walaupun ianya adalah online shop tetapi ia sangat dipercayai. 

Malah untuk harga korang boleh runding dan dia siap bagi free gift lagi. Jadi kalau korang ada apa - apa soalan bolehlah tinggalkan di ruangan komen atau terus terjah instagram Go Gadget Malaysia okay ?

Insyallah di lain masa Budak Pacak akan buat perbandingan di antara GoPro Silver edition dan GoPro Black Edition. Selamat berselfie semua !

GoGadgetsMalaysia
Call/Whatsapp: +60173765802
Wechat: syhrhzmn

P/S ; nama GoPro Budak Pacak GoBro. motor pulak Bebot kehkehkeh 

Perbandingan SJ 4000 dan Go Pro

by on 29.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Sebelum Budak Pacak buat perbandingan SJ 4000 dan GoPro , korang tahu ke apa itu SJ 4000...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 


Siapa pengguna barangan atau kaki wajib ke Watsons ? Kalau ya , kita satu geng . kehkehkeh



Baru - baru ini Watsons telah melancarkan kempen ' Say Yes To Watsons Brand '  yang telah bergandingan dengan Reggie Lee salah seorang kartunis terkenal yang telah menyumbang karya beliau di dalam kempen ini . 

Sebagai salah satu outlet dan jenama yang dipercayai, Watsons telah perkenalkan beberapa produknya yang tersendiri yang jauh lebih murah dan berkualiti. 



Apa yang Budak Pacak suka mengenai watsons ini adalah produknya sangat berkualiti malah setiap pembelian mempunyai nilai yang membolehkan para pengguna menebusnya dengan ganjaran sebagai satu usaha untuk berbelanja di sini. 

Malah pada musim tertentu, Watsons telah mengadakan jualan potongan harga yang sememangnya jauh lebih murah berbanding outlet lain. 

Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan utama pengunjung di 3500 outlets di seluruh Asia dan Eropah . Bercakap mengenai kualiti produk Watsons , jangan risau. Ini kerana setiap produk mereka telah menjalani ujian pemeriksaan selama 18 bulan  dan selepas proses itu , mereka mengkaji semula produk itu untuk melihat keberkesanannya. 



Budak Pacak  Say Yes To Watsons Brand , how about you ?

p/ s ; benda wajib beli dekat Watsons , Wax rambut. kehkehkeh 

Kempen ' Say Yes To Watsons Brand '

by on 29.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa pengguna barangan atau kaki wajib ke Watsons   ? Kalau ya , kita satu geng . kehke...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa dah tengok iklan Petronas yang terbaru mengenai Hari Gawai

Iklan yang memaparkan budaya dan ritual Pesta Kaamatan dan Gawai tersebut telah dihasilkan oleh Petronas yang telah mula disiarkan bermula 26 Mei .

Baru - baru ini Budak Pacak berkesempatan ke Galeri Petronas untuk menyaksikan sendiri Majlis Pelancaran Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai Petronas . 



Kempen Pesta Kaamatan dan Gawai ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kedua - dua perayaan ini selain memupuk perpaduan sosial di Malaysia . Selain Petronas, kempen ini turut menyaksikan jalinan kerjasama antara MASwings , Petrosains dan Galeri Petronas



Untuk makluman korang, ketiga - tiga syarikat ini telah membawa 52 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur bagi merasai sendiri pengalaman baru seperti menghadiri ceramah motivasi, melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia ( MAS ), lawatan ke Menara Berkembar Petronas serta menyertai aktiviti - aktiviti menarik di Petrosains dan Galeri Petronas. 

Sementara di Sabah dan Sarawak pula , Petronas meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya , Sentuhan kasih yang bertujuan untuk meraikan dan membantu komuniti yang kurang bernasib baik.

Program ini melibatkan sukarelawan kakitangan Petronas dimana mereka membantu menjalankan gotong royong, membaik pulih termasuk membersihkan rumah panjang sebagai persiapan menyambut perayaan ini  


Jadi di kesempatan ini, Budak Pacak ingin ucapkan Selamat Hari Gawai kepada pembaca yang menyambutnya. ' Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyaman

p /s ; teringin nak belajar budaya disana. 

Petronas Kongsi Warisan Kaamatan dan Gawai

by on 28.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa dah tengok iklan Petronas yang terbaru mengenai Hari Gawai ?  Iklan yang memapa...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

HTC One M8 Kini Di Malaysia ? Pada 8 Mei yang lalu , Budak Pacak telah dijemput untuk ke majlis pelancarannya. 



Untuk pengetahuan korang setakat ini HTC One mempunyai rekod terbaik iaitu pada tahun lepas ianya telah dinobatkan sebagai peranti terbaik sepanjang 2013





Terdapat beberapa penambahbaikan dan juga perubahan pada siri HTC One M8 . Antaranya adalah rekaannya kali ini lebih melengkung membuatkan ia selesa dipegang. Malah kemasan yang lebih berkilat membuatkannya nampak lebih kemas dan elegan. 



Apa yang Budak Pacak suka mengenai penambahan terbaru dalam HTC One M8 adalah fungsi motion launch. Berfungsi seperti sentuh untuk menghidupkan peranti, aplikasi ini juga memperkenalkan fungsi sentuh untuk ke beberapa aplikasi yang lain. 





Selain itu, HTC One M8 juga memperkenalkan HTC Dot View Cover. Dimana Dot View ini membolehkan pengguna  menjawab telefon seperti biasa tanpa perlu buka penutup terlebih dahulu.  



Bercakap mengenai kamera pula , HTC  One M8 juga mempunyai dwi flash  seperti iPhone 5S. Adakah ini saingan terbaru bagi produk Apple ?  




 Selain itu peranti ini juga mempunyai kamera khas untuk selfie,foregrounder untuk mengubah latar belakang ,Copy Paste  untuk meletakkan objek di hadapan gambar lain dengan mudah dan Season, kesan khas seperti hujan dan salji pada gambar.

Antara fungsi lain dalam HTC One M8 ini adalah 


Untuk harga pasaran di Malaysia , Harga HTC One M8 setakat ini adalah sekitar RM 2400. Jadi apa pendapat korang mengenai HTC One M8, yeay or nay 

p /s  ; saingan terdekat produk Apple 

HTC One M8 Kini Di Malaysia

by on 27.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  HTC One M8 Kini Di Malaysia ? Pada 8 Mei yang lalu , Budak Pacak telah dijemput untuk ke...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Siapa ada pergi Coca - Cola Collectors Fair baru - baru ini ? Untuk pengetahuan korang , pameran Coca - Cola sempena perayaan Hari Coca - Cola yang ke 125 tahun telah diadakan di Berjaya Times Square pada 10 Mei yang lalu. 



Budak Pacak berkesempatan ke sana untuk bersama - sama meriahkan pameran tersebut. Memang tak rugi kalau datang dan rugi buat siapa yang tidak datang. 



Ini kerana pada pameran tersebut seramai 60 orang peserta tempatan dan antarabangsa telah berkumpul dengan membawa koleksi Coca - Cola sepanjang zaman





Sempat juga Budak Pacak melihat koleksi - koleksi mereka malah ada antara koleksi tersebut yang Budak Pacak tidak pernah lihat dan ada yang mencecah ribuan ringgit. Benarlah kata orang disebalik koleksi itu tersimpan ceritanya tersendiri jadi tidak hairanlah ada diantaranya yang mahal dan eksklusif. 



Selain pameran koleksi Coca - Cola , sepanjang hari tersebut turut diadakan aktiviti menarik seperti demonstrasi Capoeira , mini games dan tidak dilupakan yang menarik perhatian pengunjung disitu adalah lukisan arca 3D yang unik dan arca gergasi yang dibina daripada 200 botol kaca Coca - Cola. 

Gill McLaren , pengurus besar Coca -Cola di Malaysia bergambar di hadapan arca gergasi


Sebagai info, botol - botol yang direka tersebut melambangkan simbol ikonik di Malaysia seperti flora dan fauna , kebudayaan dan pelbagai bangsa yang telah dicipta oleh para penuntut Kolej Saito 

Malah sepanjang pameran tersebut, minuman percuma Coca - Cola telah diberikan kepada setiap pengunjung yang hadir. Itulah sebabnya Budak Pacak cakap, rugi siapa yang tidak hadir, kehkehkeh.. 



Jadi ada ke antara korang yang peminat mengumpul barang coca - cola ? Budak Pacak pun dah mula minat mengumpul barangan jenama Coca - Cola ni. Pada sesetengah orang sekarang tak nampak lagi apa motifnya bukan ? Cuba bayangkan lagi 10 tahun , confirm nilai seninya sangat mahal. 

Apa pun , terima kasih kepada Pihak Coca - Cola kerana sudi menjemput ke Coca - Cola Collectors Fair. Harap tahun depan ada lagi hehehe... 

p /s ; minat kumpul tumbler juga 

Coca - Cola Collectors Fair Meriah

by on 26.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Siapa ada pergi  Coca - Cola Collectors Fair  baru - baru ini ? Untuk pengetahuan korang ...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

Rasanya dah lama Blog Budak Pacak tak ada segmen Jom Makan . Kali ini punya cerita sesuai untuk korang yang nak cari tempat makan terbaik yang merangkumi pelbagai makanan iaitu di Food Republic One Utama



Baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput ke sana untuk merasai sendiri keenakan makanan disana. Food Republic ini untuk pengetahuan korang adalah cawangannya yang kedua selepas Pavilion. Dimana Food Republic ini sebenarnya berkonsepkan ala - ala Food Court



Cakap pasal Food Court, mesti terbayang kepala korang , makanan tak sedap, tempat belum tentu menarik. Jangan risau dekat Food Republic ini Budak Pacak berani cakap ianya lain daripada lain.Berkonsepkan dining in dan Open Air , pengunjung boleh memilih lokasi kegemaran mereka. 

Lokasi yang mempunyai kapasiti 500 orang ini mempunyai 14 stores yang merangkumi pelbagai masakan nusantara dan barat dan mereka menjanjikan 'Best Street Food in Asia' boleh didapati di sini. 

Untuk menu pertama Budak Pacak perkenalkan Set Makanan Jepun iaitu Saba Bento . Di dalam set Bento ini ada Ikan Saba ,Mi So Sup bersama wakame iaitu rumpai laut , tofu jepun, tuna, cherry tomato serta dimakan bersama gumpalan nasi yang menggunakan Beras Jepun.



Untuk set ini harganya adalah RM 15. 90

Seterusnya Budak Pacak pilih Teriyaki Chicken dan Salmon Bento. Untuk Teriyaki Chicken harganya adalah RM 12.80 dan Salmon Bento berharga RM 16.90. 

Teriyaki Chicken 


Kesemua hidangan ini datangnya dari Shokuji Bento House (Japanese cuisine) . Rasanya memang asli.

Selepas jepun kita ke Rama9 yang menyediakan Thai Cuisine . Disini kami telah mencuba Kerabu Mangga , Pulut Mangga , Red Ruby serta yang menjadi Pilhan Budak Pacak adalah Pad Thai , kueytiaw ala Thai. Bezanya adalah tekstur rasanya sangat padat memang memukau selera buat setiap pengunjung yang merasainya. 

Kerabu Mangga 

Pulut Mangga

Pad Thai


Harganya pula adalah seperti berikut 

Kerabu Mangga -  RM6.90
Pulut Mangga -  RM6.90
Pad Thai  - RM9.50
Red Ruby -  RM5

Untuk korang yang sukakan masakan Indonesia asli , Ayam Penyet Indo Asli adalah tempat yang terbaik buat peminat ayam penyet



Apa yang Budak Pacak boleh komen mengenai Ayam Penyet Indo Asli ini adalah sambalnya lain dari yang lain. Malah kami diberitahu, sambal ini telah dimasak dengan ramuan asli serta kualitinya sangat dijaga. 

Sotong Penyet 

Jemu dengan ayam penyet ,  jangan risau sebab disini korang boleh jumpa Sotong penyet . rasanya memang lain dari yang lain. Harga untuk Set Ayam Penyet RM10.80 manakala untuk sotong penyet berharga RM11.80.

Udang petai berlado 

Sup Ekor


 Selain dari hidangan penyet , kami juga dihidangkan Udang petai berlado berharga RM11.80 dan Sup Ekor harganya RM11.90 , memang terbaik,bak kata orang nasi sepinggan pun tak cukup . 

Seterusnya Budak Pacak perkenalkan menu makanan western. Disini kami telah diperkenalkan dua menu utama yang menjadi pilihan ramai iaitu Spaghetti skillet salmon yang berharga RM19.90 dan Grilled Chicken sausage harganya pula adalah  RM14.90. 



Bercakap mengenai pilihan Budak Pacak , semestinya Spaghetti skillet salmon . Rasanya memang sedap.



 Spaghetti yang dimakan bersama sos rahsia dan salmon menangkap selera buat pengunjung. Ikannya pula sangat segar. Ini adalah menu yang wajib korang cuba bila datang ke sini.

Akhir sekali , minuman atau dessert pilihan kami adalah Ice -Floss. Budak Pacak telah memilih perasa Strawberry sebagai pilihan manakala rakan - rakan yang lain memesan perasa Chocolate, Mango,Black Sesame dan Green Tea . 



Harga untuk Ice - Floss ini pula adalah RM7.80 

Jadi ternyatalah ini port makan santai terbaik untuk korang yang nak cari pelbagai jenis makanan. Selain harganya yang berpatutan , tempatnya juga adalah sangat selesa. Jadi buat korang yang ke One Utama, tak tahu nak makan dekat mana, Budak Pacak cadangkan Food Republic sebagai pilihan.



Sekalung penghargaan buat Food Republic kerana menjemput kami kesini. Enjoy habis !

p /s ; Syurga makanan 

Food Republic One Utama Tempat Makan Terbaik

by on 24.5.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua  Rasanya dah lama Blog Budak Pacak tak ada segmen Jom Makan . Kali ini punya cerita se...