Total Pageviews

TS Day Out 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Bulan April menyaksikan TS Day Out bagi edisi pertama 2014 telah diadakan di Paradise Valley , Semenyih yang terletak berhampiran Bukit Broga

Budak Pacak serta beberapa orang rakan blogger dan media telah dijemput oleh Tourism Selangor bagi memeriahkan lagi TSDayOut dan mencuba sendiri aktiviti - aktiviti lasak yang terdapat di Paradise Valley. Selebriti yang sedang meningkat naik , Syatilla Melvin turut sertai aktiviti ini bersama kami. 



Untuk pengetahuan korang, ini adalah kali pertama Budak Pacak sertai TS Day Out dan berasa amat terharu dan berbesar hati apabila terpilih menyertai TS Day Out. Terima Kasih Tourism Selangor. 

Sebelum itu, korang tahu tak apa itu TS Day Out , untuk maklumat , TSDayOut adalah satu kempen melalui media sosial yang telah dianjurkan oleh Tourism Selangor dalam mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di dalam negeri Selangor



Mengenai Paradise Valley ini , ianya adalah Eco -Farm Resort yang terletak di kawasan Bukit Broga. Disini pelbagai aktiviti boleh dijalankan termasuklah team building activitiy , aktiviti korporat dan banyak lagi. 

Mesti korang tertanya - tanya harga disini bukan? Untuk aktiviti disini ianya didatangkan sekali dengan pakej penginapan . Untuk harga pakej 2 Hari 1 Malam adalah seperti berikut :

Luxury Room : RM 150 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 190 

Dormitory Room : RM 118 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 138

Camping Tents : RM 90 Per Pax 
* Harga untuk peak season, public dan school holiday adalah RM 108




Untuk semua pakej ini didatangkan sekali dengan ' Welcome Drinks', Dinner dan Breakfast. Serta termasuk pakej aktiviti   : Flying Fox , Wall Climbing, Kayak ,dan Bukit Broga atau Air Terjun Broga 

Berbalik kepada kisah TS Day Out, kami bertolak dari Tourism Selangort yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam pada jam 8 pagi dan kami tiba di Paradise Valley menghampiri jam 10. 

Sampai sahaja disana terasa udaranya yang segar dan nyaman kerana terletak di dalam kawasan perkampungan serta bukit - bukit. Tidak hairanlah ianya dinamakan sebagai Paradise Valley. Terasa sungguh tenang , jauh dari kesibukan ibu kota. Memang terbaik  !


kredit gambar , pena berkala 


Untuk aktiviti kami yang pertama adalah Flying Fox dan Wall Climbing . Sepanjang disini, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh Instructor yang bertugas Encik Mohd Izham atau lebih dikenali sebagai Abang Am.



 Peringatan penting buat korang yang ingin bermain aktiviti lasak, adalah satu kemestian untuk korang dapatkan tips dan nasihat mengenai aktiviti korang. Sebabnya kalau tak ada langkah keselamatan, nyawa bakal jadi taruhan .

Setelah mencuba aktiviti pertama , kami ke aktiviti seterusnya iaitu kriss cross game dan pressure rope game. Untuk aktiviti ini peserta harus mengimbangi diri untuk meniti di atas tali berhalangan.




 Tips untuk berjaya dalam game ini , korang perlukan daya keseimbangan yang betul dan paling penting kena bersabar. Kalau tak bukan namanya pressure game kehkehkeh 



Seterusnya adalah aktiviti abseiling , antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai. Tapi malang buat Kumpulan Budak Pacak, kerana tiba giliran kami untuk mencuba aktiviti ini, Hujan turun. Tapi ada antara kami yang sanggup cuba aktiviti ini walaupun hujan. Hasilnya basah kuyup jawabnya. Apapun memang pengalaman yang terbaik .

Bersama Syatilla Melvin , abaikan muka yang basah kuyup tu kehkehkeh



Sebelum pulang, kami diberi cenderahati daripada pihak Tourism Selangor dan Paradise Valley sebagai tanda kenang - kenangan. Terharu sekejap bila dapat cenderahati daripada mereka sebab dalam itu ada satu benda yang Budak Pacak tercari - cari selama ini iaitu Beg Kalis Air. Terima kasih banyak - banyak Tourism Selangor dan Paradise Valley 

kredit gambar , Tourism Selangor 


Jadi buat korang yang nak ke Broga Hill atau tercari - cari tempat untuk lakukan aktiviti lasak bolehlah ke Paradise Valley, sesuai untuk mencabar diri dan cari ketenangan diri jauh dari kesesakan bandar.

Jangan lupa untuk tengok video sepanjang kami disana 

*boleh ubah setting untuk kualiti video 

Untuk maklumat lanjut mengenai Paradise Valley ini boleh ke 

Email  : paradisevalleybroga@gmail.com
Contact  : 011 - 1668 6186 / 6188

dan singgah juga di Tourism Selangor untuk mengetahui produk pelancongan terbaik dalam negeri ini . 


p /s ; Tourism Selangor antara organisasi awal yang memperkenalkan Budak Pacak pada niche Travel pada awal tahun lepas. Terima kasih Tourism Selangor 

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum BP, bestnya aktiviti lasak.. seronok tengok. nanti lepas bersalin dan berpantang boleh kot ajak suami datang sini. hehe singgah menabung libresse sini~~~

khai artzfar said...

@Sheila Salimwaalaikumsalam. amboi keinginan ibu mengandung ni. mesti baby aktif nanti. hehehe nanti datang la kesini.