Terrapuri Heritage Village penuh nostalgia | Pesta Candat Sotong Antarabangsa Terengganu
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Day 2
Pada Hari Kedua , awal - awal pagi lagi kami dah ke Setiu Wetland, Setiu yang menempatkan beberapa tempat yang menarik seperti di Gong Batu dan Pengkalan Gelap. Di Gong Batu , kami telah dibawa menaiki bot menyusuri sekitar sungai atau aktiviti ini lebih dikenali sebagai river cruise. Disini kami juga turut dibawa melawat ke Sangkar Ikan.
Terdapat banyak ikan yang telah diternak disini malah saiznya pula agak besar. Budak Pacak agak kagum dengan sistem penternakan yang telah dilakukan oleh nelayan disini.
Selepas itu , kami ke Pengkalan Gelap untuk melihat sendiri demonstrasi menganyam tikar kerecut , tikar mengkuang dan Atap Nipah .
Menariknya , orang kampung disini memang pakar habis dalam bab ini kerana mereka hanya mengambil masa hanya untuk seketika menyiapkan sesuatu hasil seni . Kami juga berkesempatan untuk melihat cara penanaman pokok bakau.

Disini , kami juga telah dimaklumkan terdapat juga aktiviti pencarian Lokan. Korang tahu apa itu Lokan ?Budak Pacak sendiri baru pertama kali mendengar dan melihat Lokan yang dikatakan datangnya dari kumpulan kerang.
Menurut orang kampung disini , Lokan sedap dibuat tomyam atau dicampur bersama ulam. Mesti cuba !
Menurut orang kampung disini , Lokan sedap dibuat tomyam atau dicampur bersama ulam. Mesti cuba !
Di sebelah tengahari pula, kami telah dibawa ke Terrapuri Heritage Village untuk jamuan makan tengahari dan aktiviti seterusnya.
Pertama kali Budak Pacak menjejakkan kaki disini, kagum dan speechless sebentar kerana pemandangan dan landskap yang sangat cantik.
Pertama kali Budak Pacak menjejakkan kaki disini, kagum dan speechless sebentar kerana pemandangan dan landskap yang sangat cantik.
Sampai je sini, kami dikehendaki ke muara sungai untuk lepaskan anak tuntung. Excited sebenarnya ! Jarang - jarang sekali Budak Pacak dapat peluang sebegini.
Untuk pengetahuan korang , Terrapuri Heritage Village ini adalah hotel dimana hotel atau rumah - rumah di dalamnya diambil di serata Terengganu seperti Jeram Tepoh, pulau Bahagia, Pulau Duyong, Losong, Pulau Manis, Gelugor Raja, Seberang Takir, Binjai Rendah dan Kedai Buluh.
Terrapuri sendiri bermaksud ' Tanah Raja ' . Untuk korang yang ingin tempat yang penuh ketenangan , Budak Pacak cadangkan untuk menginap di Terrapuri Heritage Village. Malah untuk filem Merong Mahawangsa terbitan KRU lokasi penggambarannya turut diadakan disini.

Di sebelah petangnya pula kami bertolak ke Jeti Fikri, Setiu untuk bersiap sedia aktiviti mencandat sotong di perairan Pulau Chepu. Disini kami telah dibahagikan , dan di dalam satu bot terdapat 4 orang peserta. Bagi Budak Pacak , ini adalah kali pertama dapat sertai aktiviti mencandat sotong kalau sebelum ini, dapat makan je, kehkehkeh.
Selang 45 minit kemudian, Budak Pacak berjaya menaikkan seekor sotong hasil daripada aktiviti mencandat. Bangga la jugak dapat sebab kawan - kawan yang naik bot sekali langsung tak dapat. rezeki untuk hari itu.
Tetapi untuk pengetahuan korang, lama - kelamaan semangat berkobar - kobar tadi kian hilang disebabkan mabuk laut. Serious, kali ini memang give up. Sepanjang perjalanan pulang, hanya mengira waktu supaya cepat sampai. First time juga mabuk laut yang teruk sampai macam tu sekali.
Dalam jam 11 malam selepas tiba di jeti, kami terus ke Rhu 10 Beach Resort, Setiu untuk menikmati jamuan makan malam.
Agak mengejutkan kerana ketibaan kami disambut meriah oleh penduduk Setiu malah paling tidak disangka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah menyambut kami.
Sempat jugaklah bergambar bersama beliau, sporting habis . Terima kasih Datuk Seri dan orang Setiu.
Agak mengejutkan kerana ketibaan kami disambut meriah oleh penduduk Setiu malah paling tidak disangka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sendiri telah menyambut kami.
Datuk Seri Ahmad Said mempromosikan ' negeri cantik , budaya menarik '
Sempat jugaklah bergambar bersama beliau, sporting habis . Terima kasih Datuk Seri dan orang Setiu.
Tamat sudah untuk aktiviti hari kedua, next entry nantikan Budak Pacak bercerita mengenai tarikan di Tasik Kenyir yang penuh dengan khazanah negara.
p / s ; di Terengganu, hampir setiap hari kami dijamu Sotong, kehkehkeh
10 comments:
Banyak tempat yang menarik rupenye kat ganu nih.. -_- ain jek org ganu tak tau mende.. hahaha..
http://www.norainyusoff.com/2014/04/melancong-ke-pulau-redang-lepaskan.html
Mak aih! Ada special video jugak! Nice! Memang sporting la MB ni.
Wahhh bestnya, orang terengganu tapi tak pernah taw tempat2 camni. Hehe
@Norain Yusoffterengganu terbaik kot. serius cakap
@R.a.W | Ramble and Wanderterharu dengan layanan diberi . orang terengganu ramah belake hehe
@nor hidayah mohd noramboi ni sorang lagi haha mohon pergi lepas ni
@Khai Artzfar Tapi mmg respect la dgn MB, very friendly dan tak kisah pasal protokol.
Orang tua-tua kata kalau nak candat sotong kena tunggu waktu bulan mengambang. Betul ke?
@Nurfarhana Chek Saatyup! mmg malam tu bulan mengambang penuh
@R.a.W | Ramble and Wanderantara MB yang paling humble :)
Post a Comment