Total Pageviews

Salebration Exploration Sunway Pyramid 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 


Pada 15 Mac yang lalu , Budak Pacak telah dijemput ke Sunway Pyramid untuk acara Salebration Exploration 2014. Selalunya Budak Pacak dijemput untuk cover event, tetapi kali ini dijemput sebagai peserta.




 Menariknya mengenai Salebration Exploration Sunway Pyramid 2014 ini, ianya adalah satu pertandingan seperti Explorace tetapi melibatkan pengetahuan mengenai shopping dan outlets yang terdapat di dalam Sunway Pyramid 




Sekali lagi , untuk pertandingan ini, Budak Pacak telah bergandingan dengan Team Chikiboom yang terdiri dari Nazlan Nasir , Kisah Tatie, Kite Punye dan AK dari Majalah Santai Travel. Ini adalah pengalaman pertama Budak Pacak menyertai pertandingan seperti ini. 






Mana tidaknya berlari di dalam Sunway Pyramid kesana - sini mencari petunjuk. Petunjuk pula bukan main susah nak teka dan cari. Persis soalan Add Math tahu ! kehkehkeh..


kredit Potia ( Link)

Cari punya cari, sampailah keputusan diumumkan .Dan keputusan yang tidak dijangka, Kumpulan Chikiboom telah memenangi Tempat Kedua dalam pertandingan itu dan kami membawa pulang baucer bernilai RM750. Tetapi bagi Budak Pacak agak kecewa sedikit kerana hadiah tersebut seperti tidak membawa makna apa - apa kerana 'tiada nilai untuk ditebus' . 

Diharap kepada pihak penganjur dapat membuat penilaian kembali dari segi hadiah yang ditawarkan, kesian dekat kami yang curi masa bersama keluarga dan rakan, serta berlari kesana sini semata - mata untuk Salebration Exploration Sunway Pyramid  ini. 

Namun bagi Budak Pacak ini adalah pengalaman baru , yer la sebelum ni mana ada berlari dalam Mall, setakat window shopping , jalan - jalan itu adalah ye dak. 




Selesai sahaja program, Salebration Exploration Sunway Pyramid , kami ke Pelancaran Jualan Grand Prix 1 Malaysia 2014 yang juga diadakan di Sunway Pyramid. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melancarkan Jualan Grand Prix 1 Malaysia 2014  dengan gegaran bunyi enjin Lotus Supercar .






 Sepanjang perasmian , turut diadakan Pertunjukan Fesyen Batik oleh Pink Jambu , Pertunjukan Fesyen PUMA, persembahan ASWARA dan persembahan artis terkenal , Farhan dan Man Kidal.  




Apa pun , Budak Pacak enjoy sepanjang keseluruhan acara tersebut. Terima Kasih Tourism Kuala Lumpur dan Sunway Pyramid kerana menjemput kami. 

p /s : 1st time juga breakfast dekat Bubba Gum. Thank you for having us .


1 comment:

hazwan hairy said...

hat ni memang sempoi..haha..