Pandora Perkenalkan Essence Collection
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Hi! korang salah seorang penggemar charms Pandora ? Bermakna korang diantara pandorians yang mesti tengok koleksi terbaru dari mereka.
Bertempat di Hilton Doubletree Hotel , baru - baru ini Budak Pacak telah dijemput oleh Pandora untuk melihat sendiri charms mereka yang terbaru . Kalau sebelum ini Budak Pacak telah bawakan cerita mengenai koleksi mereka yang bertemakan spring collection [ LINK ], kali ini perkenalkan Pandora Essence Collection .
Majlis yang dirasmikan oleh Managing Director of Pandora Malaysia , Datin Zarida Noordin ini telah menyaksikan kesemua charms yang terbaru ini telah direka khas mengikut semangat dan inspirasi. Antaranya seperti ' Joy , Trust, Passion , Love , Faith , Wisdom dan banyak lagi.
Malah setiap charms ini berbeza warna dan bentuk serta mengandungi gemstones, cubic zirconia ,dan ornamental sterling silver. Bertuah wanita disana yang memilikinya kan .
Untuk korang yang ingin memilikinya , mesti korang agak dengan bentuk sedemikian rupa harga mesti mencecah ribuan ringgit. Sebenarnya untuk Pandora Essence Collection ini harganya bermula dari RM126 ke atas !
Jadi korang tunggu apa lagi ? Minta boyfriend , suami, ayah atau senang - senang diri sendiri je belikan koleksi terbaru Pandora ni !
Outlet
Habib Ampang Point
Alamanda Putrajaya
Bangsar Village II
Empire Shopping Gallery
KLIA
Mid Valley Megamall
Pavilion KL
Paradigm Kelana Jaya
Setia City Mall Shah Alam
Suria KLCC
Tangs 1 Utama
Gurney Plaza Pulau Pinang
Tropicana City Mall
Suria Sabah
The Spring Kuching
Sekali lagi Budak Pacak ingin ucapkan terima kasih kepada Pandora kerana tidak lupa untuk ajak kami ke acara eksklusif mereka . Oh yer baca juga review mengenai koleksi terbaru Pandora ini di blog rakan blogger yang lain
p /s : tengah tunggu invitation dari anak syarikat mereka mengenai 'perhiasan' lelaki pulak .tak sabar !
No comments:
Post a Comment