KL Shopping Hunt 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Baru - baru ini telah berlangsungnya KL Shopping Hunt yang telah memulakan perlumbaannya di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Team Chikiboom kurang seorang. Kredit gambar : Destination Malaysia
Budak Pacak bersama - sama dengan Team Chikiboom yang lain turut menyertai perlumbaan ini sebagai tanda sokongan kami kepada Tourism Kuala Lumpur. KL Shopping Hunt 2014 anjuran Tourism Kuala Lumpur ini adalah antara aktiviti di dalam kalendar GP Sale dan Tahun Melawat Malaysia 2014 #TMM2014.
Cuba tengok siapa yang ghairah berlari ? kehkehkeh
Untuk pengetahuan korang konsep KL Shopping Hunt 2014 ni macam ala - ala Explorace , Amazing Race. Kiteorang berlari dari Kompleks Kraf ke kawasan hotel , Sungei Wang Plaza , Times Square Shopping Complex semata - mata nak cari klu punya pasal .
Sepanjang perlumbaan ini memang kami enjoy habis , cuma terkilan di Sungei Wang apabila Budak Pacak telah ditegur oleh pekerja mereka kerana mereka mendakwa tidak dimaklumkan mengenai perlumbaan ini. Tak memasal pulak Budak Pacak kena marah. Jadi dekat sini salah siapa ?
Bukanlah untuk menunding jari pada sesiapa. Tapi pada Budak Pacak ini adalah kali kedua Budak Pacak menyertai pertandingan seumpama ini dan mengalami situasi yang hampir sama. Harap lepas ini ada pembaikan baik dari segi kakitangan mahupun lokasi.
Apapun Budak Pacak nak ucapkan tahniah kepada para pemenang yang telah memenangi wang tunai sebanyak RM 3000. Walaupun kami kalah, Budak Pacak tetap bernasib baik kerana mendapat hadiah cabutan bertuah .Adalah jugak kan daripada pulang tangan kosong kehkehkeh..
Kalau pandai cuba cari mana Budak Pacak.kehkehkeh
kredit gambar : ILuvTour.com
p /s : kecewa apabila tidak dimaklumkan dengan jelas mengenai syarat dan peraturan.
13 comments:
bestnya! Tak dapat cam pun muka budakpacak ni XD
Tak ada rezeki nam buat macam mana kan. Banyak juga tu RM3000
tak tau pon ade event nih. kalo tak lame dah aku masuk. hehehe
@Nur Madihahhaha kena la zoom XD
@Bahrainitulah punyalah bersusah payah tapi tak ada rezeki juga
@Incik Zarifkena rajin tengok web tourism bro.tiap2 bulan confirm ada event
@Incik Zarifkena rajin tengok web tourism bro.tiap2 bulan confirm ada event
sibbaik laa menang sikit.. huhuh
@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)adalah rezeki ye dak
alahia comeyneyr dengan kain batik..lor awat pekerja tak tau
@Nadia Johariitulah kesian kite huhu
hai budak pacak. dah kena tukar nama blog jadi jejaka pacak nie. dah x budak lagi dah. kbye
@Hafiz Hafizolhaha identiti tu mana boleh tukar
Post a Comment