Malaysia Clothes Buffet
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Ada kaki shopping dekat sini ? Kalau ada , Budak Pacak nak ajak korang shopping gila - gila punya di Malaysia Clothes Buffet yang terbesar di Malaysia!
Kenapa Budak Pacak katakan shopping gila - gila ? Sebab di Malaysia Clothes Buffet ini , dengan bayaran masuk RM60 , semua pakaian yang korang ambil dan boleh dimuatkan dalam ziplock beg yang disediakan, kesemua pakaian tersebut adalah milik korang tanpa perlu bayar untuk pakaian tersebut walaupun pakaian tersebut harga beratus - ratus . gila gempak bukan?
Setakat ini , rekod yang pernah dicatatkan dalam ziplock beg tersebut adalah 16 pakaian. Apa kata korang pecah rekod ini ? Sepanjang Malaysia Clothes Buffet yang akan diadakan pada 25-27 April 2014 di Syopz
Mall, Taylor's University Lakeside Campus ini , sebanyak 50, 000 pakaian untuk korang pilih bawa balik .
Selain itu , sepanjang tiga hari Malaysia Clothes Buffet diadakan , di sebelah petangnya iaitu jam 4 sehingga 6 petang akan diadakan pula Blowout Sale dimana setiap pakaian akan dijual dengan harga RM 10 SAHAJA ! Confirm ramai yang rambang mata nanti !
Nak tahu macam mana nak shopping nanti ? Disebabkan jualan lepas telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan , untuk musim ini , korang perlu daftar pada ketetapan di bawah. Jangan lupa ya kaki shopping semua , mark your date to shopping wih Malaysia Clothes Buffet !!
Yuran : RM 60
Tarikh : 25-27 April 2014
Masa : 10 pagi sehingga 6 petang
Tempat : Syopz Mall, Taylor's University Lakeside Campus
*setiap pengunjung akan diberi ziplock beg
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : www.fb.com/ malaysiaclothesbuffet
Twitter : @MYClothesBuffet / #malaysiaclothesbuffet
Instagram : @myclothesbuffet
Website : http://malaysiaclothesbuffet.com
p/ s : jumpa korang nanti !
10 comments:
wah, bestnya! Mesti duit habis kat situ je.
Owh my! klu nk dua ziplock byr 120 la mcm tu kan?
@Nur Madihah haha eh tapi more saving kan?
@Liyliz yup, tapi kalau tak silap seorang hanya dibenarkan satu beg,kalau nak dua , kena bawa kawan lah hehe
dari email dari Isabel.
kena buat blogpost.
kita kena bayar RM60 ke
eh tak la bro, kita datang as media coverage . nk further info bleh pm budak pacak atau isabel :)
elok la sangat..time ne gaji baru je masuk..kalo takde hal, aku dah plan nak pegi sana ne..hehe
perh best giler.. tgok nasib la berapa leh sumbat..klau pandai..lebih 16 pun boleh memang jimat..jimat
@Nick Nashramnak bawa cicer muja ke? haha
@Sobri Yaacobkite tengok tahun ni ada tak yang pecah rekod
Post a Comment