Ayam Ghantari Masakan Nusantara Terbaik
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Haa pernah dengar dan rasa Ayam Ghantari ini ? Untuk pengetahuan korang, Ayam Ghantari ini adalah masakan asli nusantara yang memang digemari ramai. Resipi Ayam Ghantari ini adalah resipi ayam bakar Indonesia namun telah diolah menjadi masakan nusantara .
Menariknya mengenai Ayam Ghantari ini adalah kerana ayam mereka menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Semua orang pun sedia maklum kan , ayam kampung mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Di Ayam Ghantari ini , mereka menyediakan 3 pilihan utama iaitu Ayam Ghantari sendiri yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas manis , Ayam Taliwang , ayam yang dibakar dengan bumbu atau bahan yang pedas berapi sesuai untuk korang yang sukakan pedas tahap maksimum dan Iga Bakar , tulang rusuk atau lebih dikenali sebagai Iga ini dibakar dengan bumbu atau bahan pilihan korang samada Ghantari atau Taliwang.
Ayam Taliwang
Igar Bakar
Kesemua hidangan ini rata - rata harganya RM 7 dan setiap hidangan didatangkan dengan pilihan nasi kukus , kerepek tempe dan kerepek paru . Memang sedap gilos dimakan panas - panas. Mohon bayangkan !
Cakap pasal kerepek paru mesti korang pelik bukan ? Ye la selalu kita dengar kerepek ikan bagai tapi ini kerepek paru, Nak tahu rasa nya bagaimana ? Kenalah datang sendiri ke Ayam Ghantari . Selain pilihan ayam , dekat sini juga ada pilihan Puyuh Bakar Ghantari yang sememangnya lain dari yang lain.
Cerita pasal kiteorang di Ayam Ghantari , sampai berebut - rebut tahu? Ye la masing - masing nak rasa keunikan setiap masakan disini. Bila balik mulalah terbayang - bayang rasa keenakan Ayam Ghantari. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal , pada hari pelancaran GP Salebration baru - baru ini rupa - rupanya Ayam Ghantari menyediakan katering bagi makanan kami pada hari itu. Memang hentam habis la jawabnya siap bawa balik lagi tahu.
Kalau korang nak tahu , Kaka Azraff penyanyi yang sedang meningkat naik pun puji keenakan Ayam Ghantari tahu, silap Budak Pacak terlupa nak rakam komen Kaka mengenai Ayam Ghantari ini.
Apa yang Budak Pacak ingin Highlight disini , kalau korang dah terbiasa dengan Ayam Penyet dan lain - lain, apa kata korang cuba Ayam Ghantari , satu masakan yang pasti akan membuatkan korang teringat sampai bila - bila. Confirm !
Terima Kasih Ayam Ghantari kerana menjemput kami. Oh yer Ayam Ghantari juga menawarkan perkhidmatan katering , buat korang yang ingin rasa dan tempah perkhidmatan mereka , bolehlah rujuk butiran di bawah :
Facebook : https://www.facebook.com/ayamghantari
Twitter dan Instagram : @AyamGhantari
Email : planetgrillnetwork@gmail.com
Lokasi : Medan Selera Lokas Makana 55100 Puchong
Contact : 0195522906 / 0129925575
Dibuka setiap hari dari jam 6 petang sehingga 12 malam
lagi review dari kami jangan lupa #ayamghantari di Instagram
p /s : akan datang di Ayam Ghantari , Jagung Bakar Ghantari yang dengar
cerita sangat popular di negara seberang
11 comments:
Sila layari laman web http://www.ayamghantari.biz/ untuk maklumat lanjut.
Terima kasih kerana menjamu selera di AYAM GHANTARI
Bro. Terliur ni !
Ikhlas,
profhariz.com
Sangat mengiurkan...pedasss...
@AYAM GHANTARI MALAYSIAterima kasih sekali lagi kerana menjemput kami :)
@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)mesti ko yang paling banyak bawa balik kan haha
@profharizhehe mesti cuba bro! lain dari yang lain
memang sedap terutama Iga Bakar dia...next round kena amik Iga Bakar Full Rack baru puas...hehehe
nampak sedap..harga pon ok :) huhu
*blogwalking dari arepnakbebel.com
@NaZtak sempat merasa igar kes ada la orang tu rembat haha
@luqman zakariatq bro. kena cuba tau !
@Khai Artzfar hahahaha siapa la agaknya yang rembat igar bakar yang sedap tu. Kini kita tunggu Itik Ghantari pula...
Post a Comment