Total Pageviews

Petrosains Bekerjasama Dengan Tourism Malaysia Kuala Lumpur Untuk Tahun Melawat Malaysia 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! 

Kunjungan para Media baru - baru ini membuka lembaran baru bagi pihak Petrosains Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS yang bertanggungjawab menguruskan Petrosains, The Discovery Centre dan operasi lawatan Menara Berkembar PETRONAS apabila pihak Tourism Malaysia Kuala Lumpur telah menjalinkan kerjasama sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

YM Tengku Nasariah Tengku Syed Ibrahim , Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains sedang memberi taklimat mengenai Produk Petrosains 

Dalam kunjungan baru - baru ini, kami berkesempatan untuk merasai sendiri keunikan yang ada di sana dan diakui dengan meletakkan Petrosains, The Discovery Centre dan Menara Berkembar PETRONAS sebagai salah satu tarikan utama pelancong dalam dan luar negeri  di Kuala Lumpur adalah tindakan yang tepat.

Lawatan kami ke sini juga adalah sebahagian dari langkah awal ke dua - dua belah pihak dalam mempromosikan produk - produk Petrosains dan  mercu tanda ini sebagai salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para pelancong. 

Apa yang unik mengenai Petrosains ? 

Sebagai sedia maklum, Petrosains merupakan pusat pembelajaran tidak formal sesuai untuk golongan yang masih belajar baik dari sekolah hinggalah ke universiti. Di Petrosains terdapat pelbagai gedung ilmu di dalam dunia Sains dan Teknologi di samping memberikan pengalaman baru buat setiap pengunjung yang hadir. 





Di dalamnya terdapat pelbagai stesen yang mempunyai tarikan sendiri seperti The Lobby , Dark Ride, Petrojaya, Geotime Diorama , Exploration , SPARKZ , SPEED, The Molecule Nano World , Music,Art,Science,Exit Ride dan XPLORASI. Selain itu juga Camp Petrosains dan Live Science Shows antara tarikan lain di sini. Jadi kepada ibubapa disana sesuai sangatlah bawa anak - anak ke sini. santai sambil menimba ilmu kehkehkeh 

Eh jambatan apa ni? Nak tahu mengenai keunikannya nantikan dalam entry Blog Budak Pacak yang akan datang !






No comments: