Pengalaman Menjadi Pramugara AirAsia
Pengalaman menjadi Pramugara AirAsia telah Budak Pacak ikuti baru - baru ini di bawah naungan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) . Budak Pacak bersama - sama lagi 8 orang rakan blogger secara eksklusifnya telah dijemput oleh pihak AirAsia ke AirAsia Academy untuk merasai sendiri bagaimana proses untuk menjadi seorang pramugara dan pramugari AirAsia.
Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant. Jadi atas sebab - sebab tertentu , beliau terpaksa menolak. Bagi Khai pula, fikirkan nak habiskan degree ni, baru apply jadi Pramugara atau lebih dikenali sebagai Flight Attendant
Oh ya , untuk pengetahuan korang nampak macam senang je bukan ? tapi hakikatnya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi sebelum korang layak bekerja di awan biru. Kalau nak tahu macam mana , kenalah baca sampai habis, kehkehkeh...
Welcome on Board Sir.....
Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Mr Ashman Mahfuz, kakitangan di unit komunikasi AirAsia dan Mr Elson, Instructor di Asian Aviation Centre of Excellenc (AACE) .
Mr Elson , seorang yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang ni
Mr Elson ni memang berpengalaman di awan biru malah beliau juga pernah menjadi seorang Flight Attendant.Sepanjang latihan ini, beliaulah yang melatih kami . Terima kasih Mr Elson atas perkongsian ilmu dan pengalaman bersama kami.
pentas yang menyaksikan Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia dinobat
Mr Elson sedang memberi taklimat mengenai bilik yang tersimpan segala manual Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia
pejabat operasi Akademi AirAsia
Kelas Grooming
sebahagian dari alat make up untuk kelas grooming
Kami telah dibawa melawat keseluruhan akademi ini, termasuklah hadir ke kelas grooming bersama - sama bakal pramugara dan pramugari AirAsia .
Selain itu kami juga telah dibawa ke beberapa bilik khas termasuklah Pilot Lounge yang merupakan tempat eksklusif bagi juruterbang AirAsia untuk berehat .
Sepanjang kami dibawa melawat ke bangunan AirAsia Academy , kami telah berjumpa dengan ramai Flight Attendant dan juruterbang AirAsia.
bersama - sama bakal pramugara dan pramugari Thailand AirAsia X
Ternyata setiap kali berjumpa , mereka tidak pernah kedekut untuk senyum dan bertanya khabar. Agaknya disinilah kelainan akademi ini, kerana terasa nilai - nilai murni dan ketimuran telah diterapkan dalam jiwa mereka.
Dengan kemesraan, kesopanan, kecantikan ,ketampanan Flight Attendant dan juruterbang AirAsia disini tidak hairanlah AirAsia Academy ini merupakan salah satu akademi penerbangan yang terbaik.
Untuk latihan kami yang pertama adalah Safety Demonstration dimana dalam latihan ini kami wajib mengetahui alat - alat bantuan kecemasan , cara memberi ucapan dan pengumuman dalam pesawat dan melakukan sendiri demonstrasi keselamatan .
Safety Demonstration
Pendek cerita bagi korang yang pernah naik kapal terbang , kan ada demonstrasi yang dibuat oleh pramugara dan pramugari sebelum kapal terbang berlepas, jadi kami wajib hafal dan lakukan demonstrasi tersebut sebagai permulaan latihan kami pada hari itu.
Seterusnya adalah latihan Door Drill dimana ini adalah latihan untuk mengetahui cara buka dan tutup pintu kapal terbang di dalam penerbangan biasa atau kecemasan. Sebagai seorang Flight Attendant , pintu ini adalah menjadi satu kewajipan dan dibawah tanggungjawab mereka sepenuhnya.
Nampak macam pintu biasa tapi hakikatnya penuh dengan teknologi sehingga terleka sekejap dengan fungsi yang sedia ada .
Selesai dengan Door Drill, kami di bawa ke tempat latihan Slide Drill. Di dalam latihan ini, kami diajar cara terjun dan menggelongsor menggunakan tilam gelongsor sekiranya mendarat secara kecemasan.
Untuk pengetahuan, sekiranya kecemasan adalah menjadi tanggunjawab bagi seorang Flight Attendant untuk pastikan tidak ada seorang pun yang terkecuali termasuk juruterbang di dalam pesawat dan Flight Attendant adalah orang yang terakhir akan keluar dari pesawat. Mencabar bukan ?
Akhir sekali adalah Wet Drill. Ini adalah latihan sekiranya pesawat mendarat kecemasan di kawasan yang berair seperti laut. Dalam latihan ini, kami dikehendaki terjun ke dalam kolam renang yang dalamnya dikhaskan untuk latihan ini.
selfie tanda kejayaan, eh ? hahaha
Kesemua calon Flight Attendant dan juruterbang wajib tahu cara menyelamatkan penumpang sekiranya dalam kecemasan. Dari turun ke pesawat sehinggalah cara untuk menggerakkan pelampung kecemasan menggunakan tangan diajar kepada kami. Memang latihan yang terakhir ini menggunakan banyak tenaga fizikal.
Ternyata segala kesusahan yang dialami semasa latihan sangat berbaloi apabila berada di awan biru nanti. Bagi Khai sendiri ini adalah satu peluang dan hadiah hari jadi dari pihak Air Asia.
Mana taknya berpeluang merasai sendiri menjadi sebahagian dari AirAsia All Stars bukan semua orang boleh dapat. Ini satu peluang yang susah untuk dapat di mana - mana tempat . Terima kasih tidak terhingga kepada AirAsia dan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) atas kesudian menjemput Khai ke Akademi AirAsia. Sampai masa jemput lagi !
"FLIGHT ATTENDANT IS NOT ONLY A JOB, IT'S A LIFESTYLE"
p /s : Mimpi jadi Realiti.
37 comments:
Pengalaman yang menarik tu dapat jadi pramugara walaupun sekejap je.. :)
@BahrainInsyallah ada rezeki sambung sini pulak hehe
wah...selalu tengok dalam cerita je..hee macam best je :)
best nye bdk pacak...terpacak rasanya bc entry ni sbb seronok nauuu korng p ek.
len kali ajak2 laaa ek. teringin sgt nak rs lgu ni haaa
@Cik Nadpengalamaan yang tak akan dilupakan hee :)
@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)Insyallah kalau berkesempatan nanti
seronoknya khai...xajak pun??hee
Seronok korang ye dapat jadi staff airasia kejap. hehehe
memang bagus la perkongsian blog budak paacak ni. haish hensem nye la yek merasa jd pramugara.
memang bagus la perkongsian blog budak paacak ni. haish hensem nye la yek merasa jd pramugara.
@nabila bielahehe ni dapat jemputan eksklusif dari Air Asia
@nabila bielahehe ni dapat jemputan eksklusif dari Air Asia
@Hafiz Rahimmemang best gilerr haha
@Muhammad Taufiqtq bro !
@Liylizhaha terima kasih yer
nickname fb ape ek?
can find khai artzfar
Bestnyaaaaaa. Cita cita tu nak jadi pramugari.
satu permulaan dan pengalaman menarik. dgr cerita kawan2 yg dah bergelar FA mmg seronok. Tapi tanggungjawab tu sangat besar mcam apa yg diceritakan dalam entry ni..apa2 pun good luck, mna tau one day impian akan jd knyataan.
salam boleh bagi emel or contact person incharge lawatan ke akademi air asia tak?
wow! what a great experience. next, kalau ada lawatan to air asia academy invite me too as a guest blogger from indonesia hahaha. nice story khai :)
Ada x FA yg prempuan yg bertudung? Ataupun diaorg ambil x prempuan yg brtudung?
nak tanya bi mmng kene betul2 power eh? hihi.. saye tringin jgk nak jdi pramugara.. XD
terima kasih saudara aKSARAfENDI
thank you mas Fahmi Anhar
Anonymous : untuk AirAsia tiada yang bertudung tapi Airlines lain mungkin ada
Faris Hakimi : tak semestinya kena power . At least you can speak and well presented that one is good enough :)
Salam and Hi!
Just wondering, kalau nak jadi pramugari, mesti kena pandai berenang ke? I hope you reply as soon as possible:)
And, I have scar on my right knee(old stitches). Will it affect the interview?
Kalau Matematik SPM tak kredit Air Asia terime tak?
hai blogger..
nice entry.. boleh taw x macam mana cara nak apply untuk jadi pramugara.. adakah secara walk in jika ade open interview atau mcm mne.. if x keberatan , boleh emelkan ke saya rabiatulainihashim@gmail.com
terima kasih.
Tq admin,
Nk tya, klau gune result spm je boleh x mohon? Sbab xambik course hospitality pun,
Pastu kn, intake dia stiap tahun ke ade?
Knpe intake utk cadet pilot xada thun ni?
nak tanye klau inggeris dalam spm low tapi inggeris dalam diploma ok.. blh apply kew..?
hye KHAI.i ada add wechat u but tak bolehla.i nak tanya bout FA for my bf.thank khai.
please add wechat i yanaismail
Assalamualaikum brother..thanks di atas perkongsian..bleh sya ingin mengetahui tempoh minimum bekerja sebagai pramugara..,bro kerja dah berapa tahun??sgt berminat sbb saya memg minat apa2 yg berkaitan aerospace..sya bru grad Aerospace engineering tpi paham2 la skrg susah nk kerja as an engineer utk airline..At least sya bleh buka minda alang2 ekonomi negara masih x stabil
kalau tak reti sangat berenang, boleh je apply jadi cabin crew
Post a Comment