Total Pageviews

Pengalaman Menjadi Pramugara AirAsia




Pengalaman menjadi Pramugara AirAsia telah Budak Pacak ikuti baru - baru ini di bawah naungan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) . Budak Pacak bersama - sama lagi 8 orang rakan blogger secara eksklusifnya telah dijemput oleh pihak AirAsia ke AirAsia Academy untuk merasai sendiri bagaimana proses untuk menjadi seorang pramugara dan pramugari AirAsia. 



Sebenarnya dari kecil lagi memang teringin nak menjadi salah seorang cabin crew malah family pun banyak yang menyokong memandangkan mak Budak Pacak sendiri pun hampir bekerja sebagai seorang Flight Attendant. Jadi atas sebab - sebab tertentu , beliau terpaksa menolak. Bagi Khai pula, fikirkan nak habiskan degree ni, baru apply jadi Pramugara atau lebih dikenali sebagai Flight Attendant

Oh ya , untuk pengetahuan korang nampak macam senang je bukan ? tapi hakikatnya banyak cabaran dan ujian perlu ditempuhi sebelum korang layak bekerja di awan biru. Kalau nak tahu macam mana , kenalah baca sampai habis, kehkehkeh...

Welcome on Board Sir.....



Ketibaan kami telah disambut mesra oleh Mr Ashman Mahfuz, kakitangan di unit komunikasi AirAsia dan Mr Elson, Instructor di Asian Aviation Centre of Excellenc (AACE)

Mr Elson , seorang yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam bidang ni 


Mr Elson ni memang berpengalaman di awan biru malah beliau juga pernah menjadi seorang Flight Attendant.Sepanjang latihan ini, beliaulah yang melatih kami . Terima kasih Mr Elson atas perkongsian ilmu dan pengalaman bersama kami. 

pentas yang menyaksikan Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia dinobat


Mr Elson sedang memberi taklimat mengenai bilik yang tersimpan segala manual Flight Attendant dan Juruterbang AirAsia

pejabat operasi Akademi AirAsia 

Kelas Grooming 

sebahagian dari alat make up untuk kelas grooming 

Kami telah dibawa melawat keseluruhan akademi ini, termasuklah hadir ke kelas grooming bersama - sama bakal pramugara dan pramugari AirAsia . 



Selain itu kami juga telah dibawa ke beberapa bilik khas termasuklah Pilot Lounge yang merupakan tempat eksklusif bagi juruterbang AirAsia untuk berehat .



 Sepanjang kami dibawa melawat ke bangunan AirAsia Academy , kami telah berjumpa dengan ramai Flight Attendant dan juruterbang AirAsia.

bersama - sama bakal pramugara dan pramugari Thailand AirAsia X



Ternyata setiap kali berjumpa , mereka tidak pernah kedekut untuk senyum dan bertanya khabar. Agaknya disinilah kelainan akademi ini, kerana terasa nilai - nilai murni dan ketimuran telah diterapkan dalam jiwa mereka. 



Dengan kemesraan, kesopanan, kecantikan ,ketampanan Flight Attendant dan juruterbang AirAsia disini  tidak hairanlah AirAsia Academy ini merupakan salah satu akademi penerbangan yang terbaik.



Untuk latihan kami yang pertama adalah Safety Demonstration dimana dalam latihan ini kami wajib mengetahui alat - alat bantuan kecemasan , cara memberi ucapan dan pengumuman dalam pesawat dan melakukan sendiri demonstrasi keselamatan . 


Safety Demonstration


Pendek cerita bagi korang yang pernah naik kapal terbang , kan ada demonstrasi yang dibuat oleh pramugara dan pramugari sebelum kapal terbang berlepas, jadi kami wajib hafal dan lakukan demonstrasi tersebut sebagai permulaan latihan kami pada hari itu. 



Seterusnya adalah latihan Door Drill dimana ini adalah latihan untuk mengetahui cara buka dan tutup pintu kapal terbang di dalam penerbangan biasa atau kecemasan. Sebagai seorang Flight Attendant , pintu ini adalah menjadi satu kewajipan dan dibawah tanggungjawab mereka sepenuhnya. 

Nampak macam pintu biasa tapi hakikatnya penuh dengan teknologi sehingga terleka sekejap dengan fungsi yang sedia ada .

Selesai dengan Door Drill, kami di bawa ke tempat latihan Slide Drill. Di dalam latihan ini, kami diajar cara  terjun dan menggelongsor menggunakan tilam gelongsor sekiranya mendarat secara kecemasan. 



Untuk pengetahuan, sekiranya kecemasan adalah menjadi tanggunjawab bagi seorang Flight Attendant untuk pastikan tidak ada seorang pun yang terkecuali termasuk juruterbang di dalam pesawat dan Flight Attendant adalah orang yang terakhir akan keluar dari pesawat. Mencabar  bukan ? 



Akhir sekali adalah Wet Drill. Ini adalah latihan sekiranya pesawat mendarat kecemasan di kawasan yang berair seperti laut. Dalam latihan ini, kami dikehendaki terjun ke dalam kolam renang yang dalamnya dikhaskan untuk latihan ini. 


selfie tanda kejayaan, eh ? hahaha


Kesemua calon Flight Attendant dan juruterbang wajib tahu cara menyelamatkan penumpang sekiranya dalam kecemasan. Dari turun ke pesawat sehinggalah cara untuk menggerakkan pelampung kecemasan menggunakan tangan diajar kepada kami. Memang latihan yang terakhir ini menggunakan banyak tenaga fizikal.

Ternyata segala kesusahan yang dialami semasa latihan sangat berbaloi apabila berada di awan biru nanti. Bagi Khai sendiri ini adalah satu peluang dan hadiah hari jadi dari pihak Air Asia. 





Mana taknya berpeluang merasai sendiri menjadi sebahagian dari AirAsia All Stars bukan semua orang boleh dapat. Ini satu peluang yang susah untuk dapat di mana - mana tempat . Terima kasih tidak terhingga kepada AirAsia dan AirAsia Bloggers Community ( AABC ) atas kesudian menjemput Khai ke Akademi AirAsia. Sampai masa jemput lagi !


"FLIGHT ATTENDANT IS NOT ONLY A JOB, IT'S A LIFESTYLE"

p /s : Mimpi jadi Realiti. 

37 comments:

Bahrain said...

Pengalaman yang menarik tu dapat jadi pramugara walaupun sekejap je.. :)

khai artzfar said...

@BahrainInsyallah ada rezeki sambung sini pulak hehe

Cik Nad said...

wah...selalu tengok dalam cerita je..hee macam best je :)

Unknown said...

best nye bdk pacak...terpacak rasanya bc entry ni sbb seronok nauuu korng p ek.

len kali ajak2 laaa ek. teringin sgt nak rs lgu ni haaa

khai artzfar said...

@Cik Nadpengalamaan yang tak akan dilupakan hee :)

khai artzfar said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)Insyallah kalau berkesempatan nanti

nabila biela said...

seronoknya khai...xajak pun??hee

Hafiz Rahim said...

Seronok korang ye dapat jadi staff airasia kejap. hehehe

Liyliz said...

memang bagus la perkongsian blog budak paacak ni. haish hensem nye la yek merasa jd pramugara.

Liyliz said...

memang bagus la perkongsian blog budak paacak ni. haish hensem nye la yek merasa jd pramugara.

khai artzfar said...

@nabila bielahehe ni dapat jemputan eksklusif dari Air Asia

khai artzfar said...

@nabila bielahehe ni dapat jemputan eksklusif dari Air Asia

khai artzfar said...

@Hafiz Rahimmemang best gilerr haha

khai artzfar said...

@Muhammad Taufiqtq bro !

khai artzfar said...

@Liylizhaha terima kasih yer

sae said...

nickname fb ape ek?

khai artzfar said...

can find khai artzfar

xiao eyraa said...

Bestnyaaaaaa. Cita cita tu nak jadi pramugari.

aksarafendi said...

satu permulaan dan pengalaman menarik. dgr cerita kawan2 yg dah bergelar FA mmg seronok. Tapi tanggungjawab tu sangat besar mcam apa yg diceritakan dalam entry ni..apa2 pun good luck, mna tau one day impian akan jd knyataan.

Anonymous said...

salam boleh bagi emel or contact person incharge lawatan ke akademi air asia tak?

Fahmi Anhar said...

wow! what a great experience. next, kalau ada lawatan to air asia academy invite me too as a guest blogger from indonesia hahaha. nice story khai :)

Anonymous said...

Ada x FA yg prempuan yg bertudung? Ataupun diaorg ambil x prempuan yg brtudung?

Unknown said...

nak tanya bi mmng kene betul2 power eh? hihi.. saye tringin jgk nak jdi pramugara.. XD

khai artzfar said...

terima kasih saudara aKSARAfENDI

khai artzfar said...

thank you mas Fahmi Anhar

khai artzfar said...

Anonymous : untuk AirAsia tiada yang bertudung tapi Airlines lain mungkin ada

khai artzfar said...

Faris Hakimi : tak semestinya kena power . At least you can speak and well presented that one is good enough :)

Ying Bing Bing said...

Salam and Hi!

Just wondering, kalau nak jadi pramugari, mesti kena pandai berenang ke? I hope you reply as soon as possible:)

Ying Bing Bing said...

And, I have scar on my right knee(old stitches). Will it affect the interview?

Anonymous said...

Kalau Matematik SPM tak kredit Air Asia terime tak?

Rabiatulaini Hashim said...

hai blogger..
nice entry.. boleh taw x macam mana cara nak apply untuk jadi pramugara.. adakah secara walk in jika ade open interview atau mcm mne.. if x keberatan , boleh emelkan ke saya rabiatulainihashim@gmail.com
terima kasih.

Unknown said...

Tq admin,
Nk tya, klau gune result spm je boleh x mohon? Sbab xambik course hospitality pun,
Pastu kn, intake dia stiap tahun ke ade?
Knpe intake utk cadet pilot xada thun ni?

jerry said...

nak tanye klau inggeris dalam spm low tapi inggeris dalam diploma ok.. blh apply kew..?

jerry said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hye KHAI.i ada add wechat u but tak bolehla.i nak tanya bout FA for my bf.thank khai.
please add wechat i yanaismail

Shahlan AIA Takaful Advisor said...

Assalamualaikum brother..thanks di atas perkongsian..bleh sya ingin mengetahui tempoh minimum bekerja sebagai pramugara..,bro kerja dah berapa tahun??sgt berminat sbb saya memg minat apa2 yg berkaitan aerospace..sya bru grad Aerospace engineering tpi paham2 la skrg susah nk kerja as an engineer utk airline..At least sya bleh buka minda alang2 ekonomi negara masih x stabil

mr flying said...

kalau tak reti sangat berenang, boleh je apply jadi cabin crew