Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Kereta Kuda Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur . Haa biar betul Kereta Kuda ada di Kuala Lumpur kan? Betul kawan - kawan semua, sempena Tahun Melawat Malaysia , inilah tarikan terbaru di Kuala Lumpur
Baru - baru ini Khai telah dijemput oleh Tourism Kuala Lumpur untuk meyaksikan sendiri pelancaran 'The Horse And Carriage Ride " dimana pada masa yang sama telah diadakan Kuala Lumpur Chinese New Year Culture. Ramai pelancong yang telah hadir untuk sama - sama saksikan tarikan terbaru ini. Makanan pun tak kurang banyaknya, nama pun open house bukan. Memang langkah kanan la jawabnya
Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur , Datuk Seri Ahmad Phesal Bin Hj Talib diiringi Menteri Wilayah Persekutuan , Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor , YB. Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan dan H.E Ugur Dogan, Duta Besar Turki di mana mereka semua telah dibawa menaiki kereta kuda ini pertama kalinya di Kuala Lumpur
Kuda spesis Friesian yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 5 tahun ini telah dibawa khas dari Belgium manakala carriage nya pula diimport dari Istanbul,Turki.
Bagaikan kembali pada tahun 1800, buat korang yang nak merasai menaiki kereta kuda ini , berikut adalah butiran atau maklumat yang korang perlu tahu
Harga Kereta Kuda
Per Person : RM 50.00
Whole Carriage : RM 200.00
* maksimum 4 ke 5 penumpang dewasa
Sesi
Pagi : 10 hingga 11.30 pagi
Petang : 3 hingga 4.30 petang
Tempat Jualan Tiket
Kaunter Kuala Lumpur City Gallery
Kawasan perjalanan
Bermula di Kuala Lumpur City Gallery , melalui jalan Mahkamah Persekutuan - Bangunan Abdul Samad - Masjid Jamek , Panggung Bandaraya dan melintasi Jalan Raja berhadapan dengan St Mary Church . Kereta Kuda ini kemudiannya akan berpatah balik ke Kuala Lumpur City Gallery sebagai pengakhiran destinasi
Jadi tunggu apa lagi , jom cuba naik Kereta Kuda, bukan senang keliling kawasan menarik di Kuala Lumpur dengan Kereta Kuda !
p / s : tak pernah naik kuda
12 comments:
macam nk try tapi mahal la plak haha
@Farid Lahamhaha kumpul duit :P
RM50/person tu gila mahal..
Agak2 brape lame laa tu kan..
so far, tak pernah lagi naik kereta kuda.tapi kalo beca dah pernah naik sekali..hehe
@Amranhaha sekali sekala bro
@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)ikut sambutan la kot
@Nick Nashramhaha geng arh kita
aikk... kenapa macam tak perasan ja bila p situ.. skrg ada lagi ke..?
@zulhilmi tempoyakbaru je dilancarkan. dorang start bulan 3 nih!
Hubungi saya sesiapa yg berminat nk sewa kereta kuda untuk majlis perkahwinan 010-5151921
Hubungi saya sesiapa yg berminat nk sewa kereta kuda untuk majlis perkahwinan 010-5151921
Post a Comment