VICTORIA BRIDGE
Awal pagi hari ketiga kami terasa sayu sekali kerana hari ini merupakan hari terakhir kami bersama - sama keluarga angkat. Terasa seperti baru semalam kami sampai disini.
Apa pun , pertemuan dan perpisahan itu adat biasa . Insyallah ada masa kita berjumpa lagi. Tepat jam 10 pagi , kami bertolak pulang dari Homestay Bukit Gantang
Apa pun , pertemuan dan perpisahan itu adat biasa . Insyallah ada masa kita berjumpa lagi. Tepat jam 10 pagi , kami bertolak pulang dari Homestay Bukit Gantang
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, masih ada satu acara yang perlu kami hadiri iaitu Pelancaran Voluntourism peringkat negeri Perak di Karai , Kuala Kangsar Perak. Sebagai info ,dulunya disinilah terletaknya Victoria Bridge, jambatan landasan keretapi yang menghubungkan Enggor dan Karai sebagai alternatif utama penduduk disini .
Tapi kini keretapi tidak lagi menggunakan laluan ini kerana disebelahnya terdapat satu jambatan landasan keretapi yang baru . Namun begitu, jambatan ini masih kekal utuh dan strukturnya yang menarik dan unik menjadikannya sebagai lokasi yang kerap kali dikunjungi kaki fotografi .
meriam yang sudah siap sedia untuk menembak
Tibanya kami disana, disambut meriah oleh Dato Seri Muhammad Nazri Aziz bersama - sama penduduk kampung dengan tembakan 5 das meriam. Bagi Khai sendiri, inilah kali pertama merasai pengalaman disambut sebegitu rupa kerana menteri sendiri yang menyambut kami .
Gimik pelancaran juga tidak kurang menariknya dengan persembahan Tahun Melawat Malaysia 2014 , konvoi bermotor , absailing yang membawa bendera ,formasi Homeguard dan banyak lagi !
Selain itu, kami turut dijamukan dengan jamuan makanan ala kampung seperti rendang tok , gulai kawah , ayam masak merah dan makanan orang perak yang wajib ada , tempoyak ! memang terangkat habis selera kami .
Sebelum bergerak ke Stesen KTM Ipoh , kami sempat meronda - ronda sekitar pekan Kuala Kangsar yang terkenal dengan trademark , Bandar Diraja. Jadi jom tengok - tengok gambar yang Khai sempat tangkap sekitar Kuala Kangsar
sempat pose di Victoria Bridge bersama Sahabat Media
Istana Kenangan
Masjid Ubudiah
stesen KTM Kuala Kangsar yang baru
Jadi itu sajalah perkongsian sepanjang 3 Hari 2 Malam di Perak bersama - sama Sahabat Media. Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan , Santai Travel , Sahabat Media dan KTMB kerana memberi peluang kepada Khai untuk sertai trip ini . Yang pasti jalinan persahabatan Sahabat Media semakin akrab. Jangan lupa untuk sokong industri pelancongan negara !
13 comments:
Ena yang stay perak nim, tak pernah lagi jejak kaki kat Victoria Bridge tu... cantiknyaaaaa khai snap gambar... nice!
@✿AINAA ROSEBERRY✿ hehehe nanti khai reveal kenapa gambar jadi cantik
walopon jmbatan ni dekat dgn umah aku, aku tau orang panggil jambatan karai je. xpenah lak drang sebut victoria bridge. haha
@KorN manalah aku tau hahaaha
@KorN manalah aku tau hahaaha
Macam berada dikampung halaman sendiri.
Ah ruginya tak ikut harituuu!
Haha. Sebab jambatan dia cantik kot. Agak2 kalau pergi waktu biasa, ramai orang tak kat jambatan tu?
And dengar citer, keras? heehe
Salam kenal dari org sama nama. Haha
@akubiomedtahu tak per, tenang dan sejuk je disini. rasa rak nak balik kl
@Khairasanya waktu biasa tak ramai kot . memang la keras sebab konkrit :P
Oh pandai ko berloyar buruk kat sini eh. Hahaha
@Khai haha cer cite apa yang keras sgt tu
best. bila lagi dapat percutian lagi..
@Firdaus Redscarztu lah best kan..
Post a Comment