Total Pageviews

SOFT LAUNCH OF TRANSFORMERS EXPO MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Awas ! Akan ada sesuatu yang 'berubah' di Taman Tema Genting Highlands awal Februari ini !




Pada 9 Januari yang lalu bertempat di Resort World Genting telah berlangsungnya sesi Pelancaran Expo Transformers Malaysia hasil kerjasama Target Exposition Sdn Bhd bersama - sama Hasbro Incorporated , Resorts World Genting , Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Toshiba dan Chevrolet.  

Sempena dengan ulangtahunnya yang ke 30 , Resorts World Genting telah dipilih sebagai lokasi expo yang terbesar di Asia yang akan berlangsung pada 31 Januari sehingga 16 Februari ini



Pameran yang akan diadakan di Arena of Stars Resorts World Genting ini menyasarkan seramai 300,000 peminat Transformers dari seluruh pelusuk Asia. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hamdiah binti Ismail , Secretariat Deputy General Manager, Target Exposition Sdn Bhd Chief Executive Officer , Mr Raymond Tew , Ms Angeala Siew, Project Director of Target Exposition dan Mr Kenny Yap , Assistant  Vice President of Theme Park Operations  & Marketing, Resorts World Genting


muka excited jumpa watak kegemaran dari kecil , BumbleeBee !

Untuk pengetahuan korang, Pameran Transformers kali ini menjanjikan satu kelainan pada pengunjung dimana korang pasti terkesima dengan kehadiran Optimus Prime dan BumbleBee setinggi 23 kaki , 3D Mapping , Pameran kereta Chevrolet Camaro , Cybertron World , 3D Experience , Augmented Reality dan banyak lagi ! 




Jangan lupa untuk isi masa lapang korang dengan alami sendiri kehebatan Transformers .Tiket - tiket boleh didapati dengan harga seperti berikut

Kanak - kanak di bawah umur 3 Tahun : Percuma
Kanak - kanak berumur 4 sehingga 12 Tahun : RM 45
Dewasa : RM 55
Warga Emas yang berumur 60 Tahun ke atas : RM 45

untuk sebarang maklumat lanjut boleh lawati www.transformersmal.com.my atau www.rwgenting.com 

p /s : Peminat tegar Transformers ! 


No comments: