Total Pageviews

SAHABAT MEDIA KE BAGAN LALANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Merujuk kepada entry sebelum ini dimana, Sahabat Media Cuti - Cuti 1 Malaysia ( SMCC1M ) telah berkunjung ke bagan lalang . Kunjungan kami turut disertai oleh artis yang sedang meningkat naik iaitu Iqwal Hafiz

Kami ke bagan lalang bukan sahaja untuk menyaksikan MoU sempena Pelaksaan Voluntourism Adoption Initiative , malah kami juga telah dibawa ke Homestay Banghuris yang terletak di Kg. Hulu Chuchoh , Sungai Pelek, Sepang. Bagi Khai sendiri, ini adalah homestay kedua di Negeri Selangor yang sempat dikunjungi selepas Homestay Sg Hj Dorani tempoh hari .



Menariknya mengenai Homestay Banghuris ini adalah dimana Homestay Banghuris merupakan " Award - winning Kampung " . Nama Banghuris diambil daripada 3 kampung yang menyokong penuh program homestay ini iaitu Kampung Bukit Bangkung, Hulu Chuchoh dan Ulu Teris .

Paluan Kompang dan Persembahan Muzik 

klik SINI untuk lihat instavideo 

Siapa sangka, kedatangan kami disini telah disambut meriah dengan paluan kompang anak - anak muda yang bergiat aktif di kawasan sini. Terasa macam pengantin pula apabila disambut dengan kompang.



Kalau dahulu ini adalah salah satu adat orang melayu dalam menyambut tetamu . Selain itu juga, kami telah dihiburkan dengan  nyanyian lagu - lagu 90-an oleh penduduk kampung disini. 

Kesegaran Air Kelapa dan Keenakan Mi Sup Homestay Banghuris 




Dengan cuaca panas terik , memang tepat betul apabila menikmati kesegaran Air Kelapa sambil menjamah Mi Sup disini. Memang terbaik ! 



tengoklah  blogger si emas putih dengan nina , khusyuk betul makan 


Selain itu juga , kami juga dihidangkan Raja Buah, Buah Durian. Tak pandang orang lain dah bila makan. 

Mengail Ikan , Menoreh getah dan Taman ala Korea 




Selepas menikmati juadah petang, kami ke kolam ikan yang terletak bersebelahan pusat aktiviti Homestay Banghuris .



Sempat juga kami mengail ikan, adalah juga  beberapa ekor ikan yang tertarik dengan umpan kami. 




Seterusnya kami di bawa ke Kebun Getah dimana di sini kami telah diberi beberapa penerangan mengenai cara menoreh dan menghasilkan getah yang berkualiti.






 Masing - masing punya bersemangat untuk merasai sendiri pengalaman menoreh getah. 

Yang menjadi tarikan kami pada lawatan kali ini adalah Taman Ala Korea. sebenarnya nama ini Khai yang bagi sendiri memandangkan suasana dan pemandangannya yang memukau buat siapa yang berkunjung disini. 






Buat mereka penggemar fotografi , tempat ini wajib korang singgah ! 


Jadi buat korang yang tercari - cari homestay suasana kampung disamping ingin merasai sendiri budaya masyarakat Melayu disini adalah tempatnya ! 

Homestay Banghuris 
Kg Hulu Chuchoh 
43950 Sungai Pelek
Sepang
Selangor Darul Ehsan 

Hjh Misriah : 012 - 662 8458
Hj Basir : 019 - 232 5787

E-mail : banghuris_homestay@yahoo.com 



No comments: