HOMESTAY BUKIT GANTANG
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Oh ya buat yang tidak tahu , Khai telah ditempatkan di Homestay Bukit Gantang,Perak. Hari pertama kami tidak apa yang menarik untuk dikongsi memandangkan kami tiba di Homestay tengah malam. Disana kami telah dipecahkan 4 orang dalam satu kumpulan untuk duduk bersama - sama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam.
Khai bersama - sama lagi dua orang rakan blogger dan seorang pelancong Indonesia telah ditempatkan untuk tinggal bersama Keluarga Encik Tamim dan Puan Hashimah .
Mereka inilah Abah dan Mak kami sepanjang disana kehkehkeh... Pada hari kedua , awal pagi lagi sudah bangun kerana pada hari tersebut kami akan ke Lenggong untuk menghadiri Pesta Makanan .Jadi pagi - pagi lagi Mak dah sediakan kami cucur sampah ! hahahaha...
Rumah Abah dan Mak
Selesai saja sarapan , kami terus ke Lenggong menaiki bas yang disediakan bersama - sama rakan yang lain untuk merasai sendiri Pesta Makanan Lenggong 2014 .
Disana terdapat hampir 25 Jenis makanan tradisi Lenggong dan Perak telah disediakan dan semuanya secara Percuma ! Antara makanan tradisi Lenggong dan Perak yang wajib korang cuba adalah Pekasam , Rendang Tok , Pecal Lenggong, Ulam Kebebe , Gulai Kawah dan banyak lagi !
berselera betul Dato Seri Mohammad Nazri Aziz !
demonstrasi cara membuat Ikan Pindang
Rendang Daging Hitam fresh dari Kawah !
Inilah Pecal Lenggong. Lain dari yang lain
demonstrasi memasak nasi dalam buluh
kata orang Lenggong , kalau datang sini tak sah kalau tak pekena Tilapia Tasik Raban
Disana terdapat hampir 25 Jenis makanan tradisi Lenggong dan Perak telah disediakan dan semuanya secara Percuma ! Antara makanan tradisi Lenggong dan Perak yang wajib korang cuba adalah Pekasam , Rendang Tok , Pecal Lenggong, Ulam Kebebe , Gulai Kawah dan banyak lagi !
Disebelah petangnya pula, kalau ikutkan program , akan diadakan sukan rakyat. Tetapi malangnya terpaksa dibatalkan memandangkan hari hujan dan kami pun agak penat selepas pulang dari Pesta Makanan . Jadi aktiviti petang tersebut digantikan dengan sesi meluangkan masa bersama - sama keluarga angkat .
Petang tu , sambil sembang dengan keluarga angkat , kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah - buahan tempatan termasuk raja buah, durian. Uniknya disini, hampir kesemua penduduk mempunyai dusun sendiri dan setiap pagi mereka akan ke dusun untuk mengambil buah.
Jadi petang tu , memang sampai tercungap - cungap kami 'menghentam' buah durian dan menurut Abah , setiap pokok , duriannya rasa berlainan. Sampaikan ada satu durian tu rasanya seperti ayam KFC , ini serius ! hahaha ...
cucur durian! serius dah lama tak rasa .
Jadi petang tu , memang sampai tercungap - cungap kami 'menghentam' buah durian dan menurut Abah , setiap pokok , duriannya rasa berlainan. Sampaikan ada satu durian tu rasanya seperti ayam KFC , ini serius ! hahaha ...
Pada malamnya pula, kesemua peserta homestay dikehendaki berkumpul di Dewan Orang Ramai Bukit Gantang bagi menghadiri majlis perkahwinan olok - olok yang dibuat khas untuk kami merasai sendiri perkahwinan adat melayu. Maklumlah ada diantara kami berasal dari Iran , Somalia dan Indonesia. Abah dan Mak pula awal - awal lagi dah siapkan Baju Melayu untuk kami pakai pada malam tersebut.
Pada mulanya ingatkan cuma pertunjukan tayangan video perkahwinan rupa - rupanya penduduk sekitar Homestay Bukit Gantang telah membuat persiapan terlebih awal ! Antaranya seperti persediaan pelamin , kugiran , paluan kompang , pertunjukan silat serta adat persandingan.
Jamuan makan malam juga disediakan seperti majlis perkahwinan yang betul. Suasana disana tersangatlah meriah !
sesi joget lambak bersama Iqwal
Pelamin Pengantin
bersama - sama Pelancong dari Somalia dan Indonesia
bersama Keluarga Angkat
kengkonon gambar family hahaha
sesi persandingan
Memperkenalkan para pengapit dari Somalia dan Indonesia, pengantin lelaki dari Indonesia dan pengantin perempuan dari Iran
Jamuan makan malam juga disediakan seperti majlis perkahwinan yang betul. Suasana disana tersangatlah meriah !
Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada penduduk Bukit Gantang yang secara langsung dan tidak langsung mengadakan majlis seperti ini. Tersangatlah bangga di hati ini apabila melihat kaum lain dan orang lain yang datangnya dari negara asing seronok memakai pakaian tradisional negara kita.
I LOVE MALAYSIA !
p / s : Love sahabat media juga. kehkehkehkeh ...
12 comments:
Hahaha okey main kawen2 tu best
meow meow, amboi joget lambak sakan no korang. kami kt kg ben joget bawah selimut jer ahhahaha
wahhh bestnyaaaa.... mai perak bukan nk roger.. heheheheheh...
bestnyer majlis mcm ni :)
Yoh!
Saya Yng Bagi Bungar Telor Tau!
Hehe
Nice to meet yo!
@Mawardi Yunus haha setiap kampung ada tarikan sendiri kan
@✿AINAA ROSEBERRY✿ooowh ena orang perak ke ? ate idak ler nak bagitau kekekee
@✿ pink velvet ✿seronok tengok orang dari negara lain menghargai khazanah negara
@WendyPuahaha amacam pengalaman ? best ?
DLS 2019 GTA 5 Pes 2018 Free Download Android iPhone Games dls19 2018 - Mobile Game
Download Android and iPhone Best Game 2018 Mobile Game
Unlocked Game Mod Money and Gems
DLS 2019 GTA 5 Pes 2018 Free Download Android iPhone Games 2018 windows, mac,
iphone, ipad, android hack, download, apk, app, hack, mod,
android, warriors, kingdom, free, gold, game, games, seo,
gangstar, battle, criminal, unlimited, cheats, coins, money, mobile, cheat, tool, themes,
plugins, software, codecanyon, software, windows, recovery,
activator, genuine, code, serials, nulledscripts, freenetdownload.com, credit, business, budget,
build, hosting, billing, virtual, cheap, insurance,
loans, sell, donate, car, transfer, mesothelioma, asbestos, money,
nulledscripts, nulled, tekken
I for all time emailed this web site post page to all my friends,
for the reason that if like to read it after that my links will too.
PES 2018 Mobile Mod Apk Black Ball Players Android
PES 2018 Mod BlackBall Game Download
2018 SOCCER Games PES 2018 Ultimate Team Mod Offline PES 2018 Mod BlackBall is the latest version of this amazing Konami soccer simulator
for Android, iOS, PS4, PlayStation 4 and Xbox One .
Unlike other games with similar names, this time you can control
every player on your team when you play matches, just like when you play on consoles and computers.
PES 2018
http://freenetdownload.com/pes-2018-mobile-mod-apk-black-ball-players-android-download/
DLS 2018
http://freenetdownload.com/dls-2018-dream-league-soccer-2018-apk-mod-download/
FIFA 18 http://freenetdownload.com/fifa-19-mod-fifa-14-offline-russia-cup-download/
FTS18
http://freenetdownload.com/fts18-first-touch-soccer-2018-mod-apk-obb-file-data-file-download/
Post a Comment