Total Pageviews

Assalamualaikum dan salam sejahtera ! 

Makhluk setinggi 23 Kaki menyerang Malaysia ? Biar Betul ? Nak tahu makhluk apa baca sampai habis ya !

Merujuk entry yang sebelum ini mengenai Soft Launch Transformers Expo , kali ini secara rasminya telah dilancarkan dan akan dibuka kepada orang ramai bermula pada 31 Januari ini sehingga 16 Februari 2014. 




Transformers Expo ini telah dilancarkan oleh YB Dato Seri Mohammd Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz , Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama - sama Dato Sri Lee Choong Yan , President and Chief Operating Officer of Genting Malaysia Berhad dan Mr Raymond Tew , Chief Executive Officer of Target Exposition Sdn Bhd 

Dijangkakan seramai 250 ribu orang dari seluruh Asia akan datang ke Resorts World Genting bagi mengalami sendiri pengalaman di dalam dunia Transformers.Terdapat 6 slot atau ruangan expo yang menunggu para pengunjung ! Antaranya adalah pameran lebih dari 1520 koleksi figura hasil daripada Malaysian Fans of Transformers yang menggelarkan diri mereka sebagai TransMy 










Ada peminat kereta disini ? Kenal si Kuning aka BumbleeBee ? Di ruangan ini para pengunjung boleh bergambar dengan robot BumbleeBee dan kereta Chevrolet Camaro



Bagi Khai sendiri , berada di dalam Chevrolet Camaro , yang berupaya berubah menjadi BumbleeBee di dalam filem Transformers tak akan dilupakan. Mana tak nya, kalau dulu hanya tengok dalam filem. 









sekarang dapat merasa sendiri berada dalam BumbleeBee. Silap tak de Megan fox je kalau tak dah lama berangan berlakon kehkehkeh.




 Selain Chevrolet Camaro , kereta - kereta dibawah jenama Chevrolet turut dipamerkan disini.



Seterusnya adalah War Zone ! Berjalan di dalam terowong 3D war zone ini pengalaman baru menanti para pengunjung. Di dalamnya terdapat banyak Transformers yang korang saksikan selain diiringi lagu - lagu di dalam filem dan animasi Transformers .

Menanti di zon seterusnya adalah Transformers Cybertron World. Disini Cybertron yang penuh dengan misteri dan kegelapan menanti ! 






3D Tunnel juga antara slot yang menarik dimana terowong ini  mengandungi 6 buah televisiyen 84 inci 4K Ultra Hd yang memaparkan aksi menarik di dalam filem Transformers selain di slot seterusnya, 3D Mapping dan Augmented Reality of the Cybertron World di dalam gaya yang interaktif dan memukau para pengunjung.


3D Mapping 

Di slot terakhir ini, makhluk setinggi 23 kaki dan 18 kaki menanti korang. Sebenarnya apa yang dikatakan sebagai Makhluk setinggi 23 Kaki ini adalah Optimus Prime manakala 18 kaki pula adalah ketinggian BumbleeBee , robot di dalam Filem Transformers .


Megah Berdiri Optimus Prime Setinggi 23 Kaki 

paras lutut BumbleeBee je LOL 




 Untuk pengetahuan korang robot - robot harganya menelan hampir 2 juta dan mereka kelihatan hidup seperti di dalam filem sehingga ada di antara robot ini tingginya hampir mencecah bumbung Arena of Stars Resorts World Genting. 




Jadi itulah tarikan di Transformers Expo yang terbesar di Asia. Untuk alami sendiri pengalaman bersama robot - robot kesayangan korang bolehlah berkunjung ke Resorts World Genting. 

Untuk harga tiket adalah seperti berikut : 

Kanak - kanak di bawah umur 3 Tahun : Percuma
Kanak - kanak berumur 4 sehingga 12 Tahun : RM 45
Dewasa : RM 55
Warga Emas yang berumur 60 Tahun ke atas : RM 45
Pakej Keluarga ( 2 Dewasa + 2 Kanak - kanak ) : RM 180 

untuk sebarang maklumat lanjut boleh lawati www.transformersmal.com.my atauwww.rwgenting.com 

p/s : dapat T-Shirt Transformers Glow In The Dark ! Thank You RWG 




MAKHLUK SETINGGI 23 KAKI MENYERANG MALAYSIA

by on 31.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera !  Makhluk setinggi 23 Kaki menyerang Malaysia ? Biar Betul ? Nak tahu makhluk apa baca sampa...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !


Selalu kehabisan kredit ? Ingin hubungi orang tersayang yang berada di perantauan ? Memperkenalkan Voopee, satu - satunya perkhidmatan yang membolehkan para pengguna mempunyai nombor telefon mudah alih kedua tanpa perlu menggunakan kad sim atau telefon yang lain. 



Voopee juga membenarkan penggunanya membuat panggilan Internet , SMS , IM , mesej bergambar dan banyak lagi secara percuma dan pada kadar terendah .

Fungsi Voopee ini telah diperkenalkan pada orang ramai pada Pelancaran Voopee : Satu Evolusi Komunikasi dimana majlis telah dirasmikan oleh Juara Perseorangan Maybank Malaysian Open Super Series Premier 2014 , Dato ' Lee Chong Wei dan Juara Beregu, Lim Khim Wah dan Goh V Sem. Turut bersama pada perasmian itu adalah XOX Berhad Group CEO ,Mr.Ng Kok Heng dan Datuk Eddie Chai , Group Managing Director, XOX Berhad. 



Menurut Mr Ng, pengguna Voopee boleh menghubungi sesiapa sahaja tak kira dalam atau luar negara  dan ianya boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna Android melalui GooglePlay Store. Bagi pengguna Apple pula, XOX menjanjikan dalam masa terdekat ini , semua pengguna Apple boleh muat turun aplikasi Voopee di AppleStore. 

Untuk sebarang maklumat lanjut , korang boleh lawati www.voopee.com 

p/s : I'm on Voopee ! Are you ?

VOOPEE JANJIKAN PERKHIDMATAN PANGGILAN PERCUMA

by on 29.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Selalu kehabisan kredit ? Ingin hubungi orang tersayang yang berada di perantauan ? Memperken...
Assalamualaikum dan salam sejahtera !

Merujuk kepada entry yang lepas [klik sini] mengenai Kaum Adam yang menjadi mangsa skodeng di tandas kumpulan Gay , ramai yang risau takut dorang pula yang menjadi mangsa selepas ini .

tagline pun alahai.....


Korang kena tahu, dunia sekarang ni bukan setakat perempuan, tengok lelaki buang air  pun dah jadi pemuas nafsu . Jadi di kesempatan ini Khai nak kongsi tips yang diperoleh baru - baru ini . 

  1. Sebelum masuk ke tandas , sila bawa telefon bimbit yang mempunyai aplikasi bluetooth 
  2. Turn On bluetooth dan cari devices yang ada. 
  3. Kalau korang terjumpa devices yang nama 'WDX2201' , 'CAM122' atau apa - apa yang pelik dan meragukan, batalkan saja niat korang untuk membuang air sebab kemungkinan besar terdapat wireless CCTV yang tersembunyi
Jadi jangan lupa untuk kongsi tips ini, mana tahu kalau lepas korang pulak yang jadi mangsa 



#Info dari Pegawai Forensik Bahagian Video dan Audio 

p / s : pelik - pelik zaman sekarang 

CARA UNTUK MENGESAN KAMERA CCTV DI TANDAS

by on 27.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ! Merujuk kepada entry yang lepas [ klik sini ] mengenai Kaum Adam yang menjadi mangsa skodeng d...
Assalamualaikum dan salam sejahtera ~!


Siapa suka pergi Taman Tema Air ? Kalau ya, bolehlah geng dengan Khai. kehkehkehkeh.



Bertempat di Desa Waterpark , Taman Danau Desa , Kuala Lumpur  Khai bersama - sama 3 rakan bloggers yang lain telah dijemput untuk membuat review disana. Kali terakhir Khai ke sana sewaktu kecil lagi . Sekarang besar gedabak barulah merasa nikmat main air di Desa Waterpark .Terima Kasih Desa Waterpark . 


bersama - sama Mr David Wan ,Park Manager dan Mr M.Gunaseelan , Head of Operations disini. Terima kasih kerana menjemput kami ! 

Walapun Desa Waterpark merupakan antara taman tema yang terawal di Malaysia, saban tahun taman tema ini menjanjikan sesuatu kelainan. Nak tahu apa kelainan disini? Baca sampai habis ya..



cuba teka siapa yang tengah mengayut nih ? kehkehkeh 






Apa yang akan korang dapat di Desa Waterpark ? Disini terdapat 12 permainan yang unik sesuai untuk hiburan seisi keluarga. Antaranya adalah Bubble Pool , Ripple Bay , Shock Wave , Super Tube , Tarzan in Town , Surf Shack , Thunderbolt , Baby Wave , Water Factory , Pink Slide , Clown a round  dan Action River . 



Yang paling penting semua permainan disini menjanjikan keselamatan para pengunjung dimana terdapat Para Penyelamat ditempatkan khas untuk mengawal kejadian yang tidak diingini berlaku .




model pelampung yang tak bertauliah 

dewan pun turut disediakan untuk acara - acara besar

 Selain itu , disini juga terdapat pelbagai kemudahan disediakan  seperti parking yang mencukupi, tempat tukar pakaian yang besar dan selesa , surau , loker keselamatan , kiosk dan restoran . 




Mengenai restoran disini pula adalah kendalian Kafe Sila Rasa dimana untuk pengetahuan korang Kafe Sila Rasa ini merupakan tender tetap untuk makanan Staff Air Asia . Tidak hairanlah makanan di sini sedap - sedap belaka sehingga menjadi pilihan Air Asia. 




Oh ya , mesti korang tertunggu, permainan apa yang menarik sehingga menjadikan Desa Waterpark ini lain dari yang lain ? Jawapannya adalah Thunder Bolt ! Uniknya mengenai Thunder Bolt ini kerana permainan ini merupakan Permainan Pertama yang menggunakan Kuasa Pancutan Graviti Air dan  Yang Terpanjang di Asia! Satu pencapaian yang membanggakan. 




Patutlah orang ramai sanggup beratur panjang dan lama semata - mata untuk merasai sendiri pengalaman mencuba permainan ini. 

Malangnya buat kami kerana tidak sempat menaiki Thunder Bolt ni kerana masa mencemburui kami namun begitu kami sempat mencuba kesemua permainan disini. Ternyata meluangkan masa terluang disini sangat berbaloi dengan keseronokan mencuba permainan di Desa Waterpark. 

Harga tiket dan waktu operasi  masuk ke sini  adalah seperti berikut  : 

Harga Tiket 

Dewasa : RM 35 
Kanak - kanak : RM 25

Waktu Operasi 

Hari Bekerja : 10.30 Pagi - 6.00 Petang
Hari Minggu dan Cuti Sekolah/  Am : 10.00 Pagi - 6.00 Petang 
*Ditutup setiap Rabu kecuali pada Cuti Sekolah / Am 

Untuk maklumat lanjut boleh layari website Desa Waterpark : www.desawaterpark.com.com 

Terima Kasih Desa Waterpark !

p /s : Terima Kasih juga dekat Kisah Tatie tak pernah lupa untuk jemput Blog Budak Pacak :) 

DESA WATERPARK MENJANJIKAN SUATU KELAINAN

by on 25.1.14
Assalamualaikum dan salam sejahtera ~! Siapa suka pergi Taman Tema Air ? Kalau ya, bolehlah geng dengan Khai. kehkehkehkeh. ...