Total Pageviews

TEMPAT MENARIK DI KUALA TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !

Nak ke Terengganu tetapi tak tahu tempat - tempat yang menarik ? Jangan risau ! Untuk entry kali ini Khai akan berkongsi dengan korang semua antara tempat menarik di Kuala Terengganu yang boleh korang lawati.

Kunjungan kami ke Sumai Apartment Hotel membawa 1001 kenangan. Mana taknya pihak hotel telah membawa kami bersiar - siar di Kuala Terengganu sampai tak cukup masa ! Terima kasih Sumai Apartment Hotel

Taman Panorama



Destinasi pertama kami adalah Taman Panorama yang terletak di atas puncak bukit. Disini korang akan dapat pemandangan seluruh Kuala Terengganu. Tapi bagi kami agak kurang bernasib baik tempoh hari kerana cuaca tidak mengizinkan .



Jadi hajat untuk melihat keseluruhan bandar Kuala Terengganu tidak berkesempatan. Hanya dapat melihat kawasan yang berhampiran.

Muzium Negeri Terengganu




Muzium Negeri Terengganu ini buat pengetahuan korang merupakan muzium paling besar di Malaysia. Kunjungan kami disini berkesempatan untuk melihat sendiri sejarah Negeri  Terengganu, Kesultanan dahulu serta sejarah Batu Bersurat. 



Muka semua bajet fokus je hahaha 



Secara kebetulan juga, semasa kami disini sedang berlangsungnya Pameran dan Pertunjukan Haiwan Berbisa. Jadi buat korang yang datang ke Terengganu jangan lepaskan peluang untuk ke Muzium Negeri Terengganu kerana ianya lain daripada yang lain ! 

Taman Tamadun Islam ( TTI ) 



Taman Tamadun Islam Terengganu merupakan salah satu tempat wajib korang lawati sepanjang berada di Terengganu. Selain Masjid Kristal ,keunikan Taman Tamadun Islam adalah dimana didalamnya menempatkan pelbagai jenis replika dan monumen Masjid - Masjid di seluruh dunia .




 Antaranya adalah Masjidil Haram , Great Mosque of Samarra, Iraq dan banyak lagi !


Selain itu , disini juga terdapat perkhidmatan river cruise. Dengan river cruise ini korang dapat bersiar di sekeliling kawasan perairan Kuala Terengganu dengan bot yang telah disediakan. 



Untuk pakej River Cruise sebanyak RM20 dikenakan seorang. Perjalanan yang tenang dan menarik ! 

Kilang Perusahaan Tembaga 




Untuk mereka yang sukakan seni tembaga , bolehlah berkunjung ke Kilang Perusahaan Tembaga Wanisma yang terletak di hadapan Sumai Apartment Hotel. 






Kami sempat melihat cara - cara membuat acuan tepak sirih yang berasaskan tembaga. Jadi buat penggemar tembaga, jangan lupa dapatkan tembaga Terengganu di sini. 

Perusahaan Batik STR Sdn Bhd 




 Kalau datang ke sini jangan lupa beli batik sebagai tanda kenang - kenangan . Di Perusahaan Batik STR Sdn Bhd  kami para Blooggers berkesempatan untuk melukis dan mencanting sendiri batik menggunakan kreativiti masing - masing. Pada mulanya semuanya kekok untuk mencanting batik, akhir sekali semua berebut untuk mewarna.

sebelum 

selepas 

Barulah tahu , bukan senang untuk membuat batik ini, patutlah harganya begitu tinggi dan mendapat permintaan ramai. 

Kilang Keropok Losong

Kalau korang ke Taman Tamadun Islam atau Muzium Negeri Terengganu, jangan lupa singgah di gerai atau kilang Keropok Losong. Buat yang tak tahu, Losong itu merupakan nama tempat. 




Jadi di sepanjang jalan di Losong boleh dikatakan semuanya menjual keropok. Kata orang kalau datang ke Terengganu , Tak sah kalau tak beli Keropok Lekor. Jadi pada hari tersebut , selamatlah sudah borong keropok dibawa balik untuk keluarga.

Jadi itulah antara tempat yang menarik di Kuala Terengganu dapat Khai kongsikan , Nak tahu dekat mana tempat penginapan yang berhampiran semua tempat ini ? Jawapannya tak lain tak bukan Sumai Apartment Hotel. Jangan lupa dapatkan harga pembaca Blog Budak Pacak di SINI.

lagi gambar dan video disini : 

Instagram : khaiartzfar
Twitter : @KhaiArtzfar
Facebook : KhaiArtzfar 

P /S : Orang Terengganu peramah belake :) 


6 comments:

www.duniafarisya.com said...

memang peramah pun.hahaha

Nick Nashram said...

macam best je dapat jumpa blogger ramai2..hehe.kt dekat je ngan rumah.

Korn Ahmad said...

dah lama x sampai ke tganu... best lagi nak pulak kumpul dgn blogger2 ni

khai artzfar said...

@Farisya Anastasyiaamboi puji diri sendiri ke

khai artzfar said...

@Nick Nashramoowh org ganu ke hehe

khai artzfar said...

@KorN ada ja gathering jom ler join lagi