HOTEL MURAH DI KUALA TERENGGANU
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua !
Seperti yang dijanjikan pada entry lepas, kali ini Khai akan berkongsi lagi cerita mengenai Hotel Murah Di Kuala Terengganu iaitu Sumai Apartment Hotel.
Baru - baru ini , Khai bersama- sama 9 orang blogger dan photographer telah dijemput khas untuk merasai sendiri pengalaman berada di Sumai Apartment Hotel dan Kuala Terengganu.
Mesti korang tertanya - tanya kenapa namanya Sumai Apartment Hotel ? Untuk pengetahuan Sumai ini adalah merupakan gabungan nama Sulaiman Mahyudin yang merupakan pengusaha hotel ini dan Apartment Hotel pula merupakan konsep kediaman yang diamalkan. Pengusaha hotel ini merupakan orang melayu dan anak jati terengganu !
Pertama kali ke Sumai Apartment Hotel ni, terdetik dalam hati ini Hotel ke Rumah sendiri, sebab suasana di sini macam rumah sendiri , sangat selesa sehingga percutian 3 hari kami disini terasa seperti baru sahaja menjejakkan kaki. Dengan nikmat bayu laut, membuatkan kami berasa terleka sebentar.
Di kesempatan ini Khai nak berkongsi dengan korang, info menarik mengenai Sumai Apartment Hotel yang dikatakan Hotel Murah Di Kuala Terengganu
- Terletak di kawasan strategik iaitu berhampiran Pantai Batu Burok , Pusat kerajaan, Lapangan Terbang dan tempat - tempat menarik
- Mengamalkan konsep apartment. Sesuai untuk mereka yang bekeluarga .
- Merancang untuk berbulan madu ? Jangan risau Sumai Apartment Hotel menyediakan pakej yang sesuai!
- Kemudahan hotel yang lengkap seperti kemudahan Wi-Fi, Rest N' Go, Service driver , Swimming Pool , Parking dengan Kawalan keselamatan 24 Jam dan banyak lagi .
Mengenai pakej bilik dan apartment pula, antara pakej yang disediakan adalah
STUDIO ROOM
1 Bilik Tidur+1 Bilik Air+Ruang Tamu+Writing Table
SUITE ROOM
1 Bilik tidur (2 Katil)+1 Bilik Air+Writing Table
STANDARD APARTMENT
2 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Makan+Balkoni
SUPERIOR APARTMENT
4 Bilik Tidur+2 Bilik Air+Dapur+Ruang Tamu+Meja Makan
HARGA ISTIMEWA UNTUK PEMBACA BLOG BUDAK PACAK !
Bersempena kunjungan kami ke Kuala Terengganu , pihak Sumai Apartment Hotel telah menawarkan harga istimewa khas untuk pembaca Blog Budak Pacak hanya untuk masa terhad !
Tunggu apa lagi ? Tempahlah sekarang ! Percutian korang dalam keadaan gembira dan selesa hanya di Sumai Apartment Hotel !
Review Budak Pacak
Konsep : ****
Kekemasan dan dekoratif : ****
Front table / Information Counter : *****
Kemudahan : *****
Harga : *****
Petunjuk
***** - Sangat Baik
**** - Berbaloi
*** - Memuaskan
** - Baik
* - Kurang Baik
kredit - Terbaek network & Dunia Farisya
p /s : teringat layanan 5 bintang kakitangan Sumai Apartment Hotel , Hotel Murah di Kuala Terengganu
5 comments:
nak pergi lagi..tak puas..huhu
best sangat..pengalaman yang tak akan dilupakan...awesome..nak pergi lg huhu
@Farisya Anastasyiaamboi duduk dekat je bila2 check in la haha
@farid lahamsampai demam haa pergi sana haha
Sulaiman Mahyudin Iskandar :D
Post a Comment