AIRASIA PERKENAL HIDANGAN TERBARU DALAM PESAWAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Para tetamu AirAsia dan AirAsia X kini boleh menikmati beberapa hidangan terbaru dalam syarikat penerbangan ini .
Antara menu terbaru bagi penerbangan AK AirAsia adalah Kamal's Mee Goreng Mamak, Spicy Tuna Wrap dan menu Krismas , Roast Chicken with Cream Sauce. Kesemua hidangan ini boleh didapati dalam penerbangan AirAsia berkod AK dan korang boleh buat pra tempahan secara atas talian di www.airasia.com
Selain itu, AirAsia turut memperkenalkan hidangan premium X-Citing yang terdiri daripada Big Breakfast Meal , Japanese Bento dan Roast Chicken with Special Stuffing dan Cranberry Sauce.
Untuk pengetahuan korang , setiap set hidang premium ini dihidangkan bersama minuman, pembuka selera dan pencuci mulut. Kesemua set hidangan premium AirAsia X boleh didapati atas pra tempahan atas talian sahaja bermula dari 1 Disember 2013.
Berita baik untuk penggemar Pak Nasser's Nasi Lemak yang menjadi signatur Air Asia , kini korang boleh dapatkannya dengan harga RM10 sahaja dalam masa terdekat !
Bersama - sama AmirNawawi.com , kami telah cuba sendiri kesemua menu hidangan AirAsia semasa sidang medianya di Le Meridien dan rasanya sangat sedap !
Para tetamu digalakkan membuat pra tempahan hidangan dalam pesawat bagi mengelakkan sebarang kekecewaan dan dapatkan penjimatan lebih.
tunggu apa lagi ? Nikmati perjalanan selesa tambang murah dengan AirAsia
p /s : selalu update dengan AirAsia untuk tambang murah :)
5 comments:
ticer! belanja tiket flight satu,haha
@Mek Oniemohon air asia nampak komen ni hahaha
sir, plis update ngan kite if air asia ade buat promotion. hehe.
@Khai Artzfar memang tak la!haha
@Cik DianaInsyallah :)
Post a Comment