PERKHIDMATAN KIRIMAN MOTOSIKAL YANG TERBAIK
Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Lama agaknya tak menghentak keypad laptop menaip entry untuk dibaca. kehkehkeh...
Ok berbalik kepada tajuk entry kali ini, perkhidmatan kiriman motosikal yang terbaik atau lebih suka aku cakap pos barang. selalunya pelajar terutama yang duduk di perantauan akan pos barang dorang dari kampung ke tempat belajar masing - masing.
Sebabnya dari asrama atau rumah sewa nak ke tempat kuliah kadang jauh,dorang lebih suka pos motor daripada bawa sendiri atas jalanraya. Kalau dari Utara nak ke Selatan , mau kebas segala benda kalau bawa sendiri motor atas jalanraya.
So nak jadikan cerita aku nak buat sedikit perbandingan kalau korang nak pos motor korang sebab baru - baru ni aku ada survey beberapa perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan kiriman barang yang besar.
Bas ? Yup ramai yang pelik bila aku sebut bas ada menawarkan perkhidmatan kiriman barang.Bas ini adalah dua tingkat, di tingkat atasnya adalah penumpang dan dibawahnya adalah luggage simpanan barang. Aku pernah sekali gunakan perkhidmatan bas ini untuk hantar motor dari Alor Star ke Kuala Lumpur.
Ada beberapa aspek yang korang kena tengok bila gunakan bas ni. Pertama dari segi harga. Kalau korang naik bas sekali dengan motor korang,(penumpang + motor) harga yang dikenakan untuk jarak perjalanan Alor Star ke Kuala Lumpur, harganya adalah sebanyak RM150+ . Tapi kalau korang nak kirim motor sahaja untuk jarak perjalanan yang sama seperti di atas, harga nya adalah sebanyak RM 160+ .
Dan masa perjalanan kiriman barang tersebut tentulah hanya makan masa beberapa jam sahaja mengikut jarak lokasi korang. Untuk makluman korang juga, setakat ni yang aku tau bas ini hanya bergerak dari lokasi sekitar Kuala Lumpur dan ke Utara sahaja. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, korang digalakkan booking lebih awal sebab sekarang sambutan sangat mengalakkan.
Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : ****
Harga : ***
Masa : *****
Untuk kiriman pos ni, aku dapat maklumat melalui kawan aku sendiri dia pernah menggunakan perkhidmatan ni. Dari segi harga agak sedikit mahal dimana untuk perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur dikenakan sebanyak RM 180+ .
Walaubagaimanapun, untuk perkhidmatan ini harga termasuk insurans.Pendek citer keselamatan dan keadaan barang terjamin Mengenai lokasi sudah tentu serata Malaysia kiriman ni boleh dihantar dan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk kiriman sampai ke destinasi
Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : *****
Harga : **
Masa : ****
3. KTMB ( Lori Kontena )
Perkhidmatan melalui KTMB ni aku gunakan baru - baru ini. Nama je keretapi tapi kebanyakan barang dihantar melalui traler berkontena milik syarikat KTMB sendiri. Untuk makluman korang, untuk penghantaran barang dari Kuala Lumpur ke mana - mana destinasi, korang kena ke stesen KTM Kuala Lumpur dan bukannya Stesen KL sentral, jangan tersalah pergi pulak yer.
Penghantaran motor dari Kuala Lumpur ke Alor Star sebanyak RM 125+ dikenakan. Kalau tak silap harga penghantaran motor mengikut CC jugak. Dari segi aspek keselamatan dan keadaan barang agak kurang memuaskan.
Masa dorang packing motor aku hari tu memanglah siap berkotak bagai, tapi bila sampai ke destinasi. Alahai ada juga benda yang cacat pada motor aku. Mungkin nasib aku sendiri la kot yang kurang bernasib baik. Dari segi masa pula, untuk penghantaran motor mengambil masa lebih kurang 3 hari ke destinasi
Faktor Keselamatan dan Keadaan barang : **
Harga : *****
Masa : ****
Rujukan :
***** : Terbaik
**** : Baik
*** : Memuaskan
** : Kurang Memuaskan
* : Sangat tidak memuaskan
diharap dengan sedikit review dan tips yang aku tinggalkan ni dapat membantu korang buat pilihan. terserah dekat korang nak pilih yang mana, ada yang murah, berkualiti . Masing - masing ada pro dan cont dia. Kalau korang ada persoalan boleh tinggalkan di ruangan komen atau terus ke page budak pacak . Selamat membuat pilihan !
p/s : korang tau mana -mana syarikat lagi yang menawarkan perkhidmatan seperti di atas?
11 comments:
Assalam. Nak tanya kalau nk post motor dari sungai petani ke negeri sembilan ada tak? Ke kena pegi ambil moto dekat ktm KL jugak? ��
Assalam. Nak tanya kalau nk post motor guna ktmb dari sungai petani ke negeri sembilan ada tak? Ke kena ambil motor tu dekat ktm KL?
Assalam. Nak tanya kalau nk post motor guna ktmb dari sungai petani ke negeri sembilan ada tak? Ke kena ambil motor tu dekat ktm KL?
Assalam. Nak tanya kalau nk post motor dari sungai petani ke negeri sembilan ada tak? Ke kena pegi ambil moto dekat ktm KL jugak? ��
boleh ktm kat seremban ada
Cer bagi pendapat, nak antar motor dari kuala kangsar ke johor baharu, berapa tambang nya dan guna ktmb atau kourier yg terbaik
Maaf tumpang iklan.
*PERKHIDMATAN POS MOTOR*
*TARIKH 20/05/2018 (AHAD)*
*DESTINASI*
TERENGGANU ▶ KOTA BHARU ▶ PERAK ▶ KEDAH ▶ PENENG
🔛 HANTAR/AMBIL MOTOR ANAK DI UNIVERSITI?
🔛 HANTAR MOTOR BARU KE RUMAH?
🔛 MALAS NAK RIDE?
🔛 ATAU ADA SEBARANG MASALAH UNTUK TOWING MOTOR?
🔛 HANTAR BARANG2 PERABUT KECIL?
🔛 DLL
P/S : HARGA BOLEH DIRUNDING MENGIKUT JARAK PENGHANTARAN
Penghantaran ke mana mana jua di Seluruh Malaysia
*DIJAMIN SAMPAI DEPAN PINTU RUMAH🏡🏡🏡🏡CUSTOMER SENANG HATI, KAMI PUAS HATI* 😉
Klik ni akn masuk wasap sy terus;
http://www.wasap.my/+60199804408
*Remy Zakaria*
Kalau dari teluk intan perak ke rembau negeri sembilan ada tak ???
Kalau dari teluk intan perak ke rembau negeri sembilan ada tak ???
Cara Pos Motosikal Online Pintu ke Pintu dengan Cepat, Mudah dan Murah
https://matdespatch.com/my/cara-pos-motosikal/
Sekarang dah boleh pos motosikal guna Delyva. Door-to-door service pula tu. Just booking through online dan tunggu je courier datang pick up. Mudahnya!
Sesiapa yang nak tahu info boleh baca kat sini http://bit.ly/2kFJxpj
Dah baca tu jangan lupa share. Org lain pun nak tahu juga hehe
Post a Comment