GAYA RAMBUT LELAKI TERKINI
Assalamualaikum semua orang !
Entry ni lanjutan daripada entry aku sebelum, entah kenapa aku rasa entry tu sangat BBNU. maklumlah time tu baru kenal dengan dunia blog ni. Jadi sekarang nak update balik mengenai fesyen rambut lelaki yang terkini.
Sebabnya rambut bagi lelaki elemen penting dalam menggayakan penampilan harian. Kalau rambut serabai, baju je kemas kadang tak masuk juga .Pendek kata rambut memainkan peranan utama. So dalam entry kali ini aku akan cuba kongsi dengan korang gaya rambut terkini yang menjadi pilihan buat lelaki.
Spiky
Gaya spiky ni dah sinonim dengan anak - anak muda sekarang, Sebabnya tak payah gunakan sikat pun. Aku sendiri lebih senang dengan gaya spiky ni .Bila -bila masa je boleh betulkan balik kalau ada bahagian rambut yang tidak kemas. Nak menggayakan pun senang je.
Asalkan korang potong layer, dan rapikan rambut ke tengah. Dah jadi gaya spiky . Produk yang terbaik dalam gaya rambut ni, gatsby spiky yang warna pink tu.Untuk kekalkan gaya ni untuk jangka masa yang panjang.cuma perlu tambah sikit holder spray dekat rambut.
Botak
Gaya rambut botak ni melambangkan lelaki yang pentingkan kekemasan.Tak payah pakai fikir nak pakai minyak rambut jenis apa dah, kepala pun rasa ringan je
.Tapi tak semua lelaki berani buat gaya botak ni. Sebab nak jadi botak ni kena tengok bentuk muka orang juga. Kalau macam jason statham ni tak per la kena dengan dia. Kalau tak kena mau orang cakap, macam orang sakit. kehkehkeh
Mohawk
Untuk menggayakan gaya mohawk ni, korang kena pandai jaga rambut.sebab silap haribulan mau serabai jadinya. Nak gayakan mohawk ni pun kena pandai pilih jenama minyak rambut atau wax.
sebab kalau korang amik yang tak kualiti, mau jatuh rambut tu. Selalunya wax jenis 'Extra Hard' yang sesuai dalam menggayakan rambut mohawk
Bieber
Gaya rambut ala bieber ni pun boleh tahan banyak juga orang yang menggayakannya. Selalu kalau yang jenis nak gayakan apa-apa cukup jatuhkan rambut dan tarik ke depan. Orang sekarang cakap gaya hipster. kehkehkeh
Korean Look
Korean look ni pun kengkonon macam gaya hipster. selalu orang yang rambut panjang sesuai la buat gaya ni. Artis dekat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya tiru gaya rambut ala korean look ni.
Tuxedo Look
Selalunya gaya rambut macam ni lebih sesuai digayakan untuk majlis kenamaan dan sesuai dipakai dengan sut tuxedo.Tapi kalau nak gayakan seharian dekat Malaysia ni agak tak berapa sesuai sebab tuxedo look ni rambut kelihatan basah dan berkilat.
Hafiz
Gaya rambut hafiz ni boleh dikatakan agak trending sekarang bagi mereka yang berambut kerinting.Tapi kalau dah rambut panjang macam ni, confirm kena ada penjagaan rambut yang rapi.
2013
Gaya rambut 2013 ni menjadi kegilaan baik lelaki mahupun perempuan. Kalau korang perasaan macam ada gabungan antara spiky dan mohawk.
Artis dalam negara pun banyak juga yang tiru gaya lebih kurang camni .Boleh dikatakan gaya rambut ni adalah yang terkini. Lebih kemas dan berketrampilan
rasanya itu je lah perkongsian kali ini. Pilihan terletak ditangan korang untuk gayakan mana yang terbaik kehekhekeh. senang- senang botak je terus.
p/s : waktu mengajar rambut gaya lain, waktu keluar outing rambut gaya lain
12 comments:
suka no 1 tu, spiky skang
sebab malas nk sikat rambut
guna jari je
pantas!
kepala pun ringan kalau rambut pendek
skema saja la hahahha
suka rambut yang last tuu..hehehe
aku minat dgn style rambut Spiky n 2013 tu..,mcm mane nak buat rambut mcm tu ekk..
aku minat dgn style rambut Spiky n 2013 tu..,mcm mane nak buat rambut mcm tu ekk..
mcm mna nk bgitau dkt tukang gunting klau nk gunting style 2013 yg last tu?
@penaberkalasama lah
@penaberkalasama lah
@Ali Kanchanskema pun hensem juga kehkehkeh
@fashasuruh la pakwe ke tunang ke buat camni haha
@hairi. hafizhsenang je, kalau cakap kat kedai nak buat gaya david beckham takpun slurp tepi, atas kasi pendek dgn layer sikit
@kroll ameyrzrefer jawapan atas bro
Post a Comment